CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2599|Reply: 4

Jiwa Islam Shamsiah Fakeh ???

[Copy link]
Post time 20-3-2009 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Pelik, tapi artikel berikut menceritakan macam tu.
http://www.harakahdaily.net/inde ... =19544&Itemid=1

Pada 1939, sebuah sekolah agama telah dibuka di Pelangai iaitu di daerah kediamanku di Kuala Pilah. Sekolah itu ialah Madrasah Aliyah Islamiyah. .........  Lebai Maadah telah memperkenalkan cara baru dalam pengajarannya. Pengajian utama di sekolah ini ialah al-Quran dan hadis. Pengajian dimulakan dengan penterjemahan al-Quran secara perkataan demi perkataan iaitu secara harfiah. Para penuntut di sekolah ini termasuk aku sendiri sudah boleh menterjemah 30 juz al-Quran dalam masa satu tahun lebih. Seterusnya dalam masa tak sampaiu dua tahun, mereka mampu mentafsir 30 juz al-Quran itu. Bagaimanapun aku hanya dapat belajar selama setahun lebih saja di sekolah ini kerana aku berkahwin.


Saya teringat banyak tahun dulu masa zaman perang dengan komunis.  Satu artikel dalam Utusan Malaysia ada sebut, sebab anak kecil Shamsiah Fakeh menangis di hutan, dia telah bertindak membuang anaknya ke dalam sungai.   Cerita tu setakat tu sahaja.  Tak di beritahu pulak buang macamana.  Campak dalam sungai ke?  Hanyutkan kat sungai ke?  Atau itu hanya propoganda Kerajaan Malaysia untuk memburuk-burukan komunis melayu sebagai tak berugama.  

Siapa tahu atau ada sumber cerita pasal anak tu?  Apa cerita sebenarnya?  Boleh tak kita buat fitnah sebagai senjata perang?  atau itu memang berita benar dan mesti disebarkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 11:36 AM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

ada beberapa versi.

satu, dia serah pada komunis pastu dia orang bunuh anak tu dan campak sungai
kedua, anak tu mati sebab kesusahan di hutan, kemudian shamsiah kebumikan tepi sungai
ketiga, shamsiah hempas anak ke batu sebab suami serah diri (versi Utusan 1987)
ke4, (versi Musa Ahmad), shamsiah buang sendiri anak ke dalam sungai.

maknanya anak dia mati di hutan tu betul la kan.  tapi versi mana satu nak pakai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:41 AM | Show all posts

Reply #3 ibnur's post

mcm kejam jer bunyik jer

sampai hempas ke batu bagai

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:44 AM | Show all posts
Dalam hal ini Shamsiah menulis:

Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.

Shamsiah seorang yang tidak biasa dengan keadaan hidup di hutan. Dalam memoirnya dicatakan kesukaran beliau ketika berada di sana dan pernah 3 kali sesat dalam hutan berseorangan. Pernah setelah diserang hendap beliau bertempiaran lari pada awalnya berseorangan tetapi setelah menyedari telah kemudian terpaksa mengendong bayinya yang baru lahir, lari merentasi hutan dengan cuma pakaian tidur tanpa senjata. Hutan inilah akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliau terhadap perjuangannya.

Bayi inilah kemudiannya telah dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka. Dalam Memoirnya Shamsiah mencatatkan betapa sedihnya beliau apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya namun menerima keputusannya sebagai takdir Allah swt. Cuma yang beliau kesalkan adalah apabila bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah bohong dan dusta menurut Shamsiah.


http://www.geocities.com/ummahon ... roslamsms-fakeh.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046025 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list