CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12162|Reply: 19

Makan-Makan: Tarikan Gulai Tunjang

[Copy link]
Post time 25-3-2009 11:04 AM | Show all posts |Read mode
KEENAKAN gulai tunjang atau urat kaki lembu, belut goreng berlada dan gulai otak antara tarikan utama di restoran masakan Padang, Sari Ratu, yang menggamit pelanggan untuk datang semula.

Berwarna lutsinar, urat kaki lembu perlu direbus selama enam jam untuk lembut sebelum dimasak gulai menggunakan ramuan seperti cili merah, udang kering, cengkih, bunga lawang dan kayu manis.

Ia tiada kolestrol, jadi pelanggan tidak perlu risau mengenai akibat kesihatan yang harus ditanggung jika makan berlebihan.

Belut goreng berlada pula jika sekali imbas dilihat, sukar diagak kerana kelihatan seperti sayur yang digoreng garing. Bersaiz sebesar kelingking dan warna kehitaman, hidangan itu rangup seperti keropok dengan rasa pedas, masin dan manis.

Gulai otak lembu yang lembut dan bentuk berlekuk-lekuk mempunyai kuah sedikit masam. Walaupun ada keenakan tersendiri, ia tidak sesuai untuk mereka yang berpenyakit kerana mempunyai kolesterol tinggi.

Pengurus Unit Restoran Sari Ratu, Kasikhi SD, berkata aspek yang menjadi keutamaan dalam penyediaan makanan di Sari Ratu ialah kebersihan, perkhidmatan dan kualiti makanan.

Menurutnya, semua masakan adalah dari dapur berpusat di Sari Ratu, Desa Pandan. Ia dihantar ke semua cawangan restoran itu iaitu di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang; Ampang Water Front, Taman Kosas, Ampang; Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya dan terbaru, di Kota Damansara yang dibuka 7 Mac lalu.

揚enggunaan sistem dapur berpusat dilakukan bagi mengekalkan rasa masakan dan menjaga kualiti. Bahan masakan tertentu seperti belut dan buah avokado diimport terus dari Indonesia, daging yang digunakan ialah daging lembu tempatan dengan kualiti terpilih, manakala semua ayam dijual adalah ayam kampung,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 11:16 AM | Show all posts

Balas #1 carisupport\ catat

sedap tau makanan kat situ...ayam pop dia mabeles...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:20 PM | Show all posts
baru jer makan Sari Ratu kat Kota Damansara 3 minggu lepas

ingatkan dia hidang mcm kat Jakarta tu rupa2nya kena pilih lauk kat counter then dia bawa kat meja kita.... tapi saya prefer lagi Sari Ratu yang kat jakarta rasanya dia berbeza....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:54 PM | Show all posts
xrugi makan kat sari ratu.. worth for money walaupun harga dia 'boleh tahan'

hehe

aku pernah keje kat sari ratu ni lpas spm dulu.. hehe
4 bulan keje tros gemok.. mane x nye hari2 makan sedap2... hehe

try:

ayam pop
es teler
avocado jus
belut balado
talapia bakar

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:05 PM | Show all posts
makan kat pandan ... boleh je la ...

frust sebab jus avocado takde ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:27 PM | Show all posts
belut goreng berlada.
peh sedapppppp 2...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 03:33 PM | Show all posts
masa balik cuti last year la gi try makan kat sari ratu kelana jaya..sedapp..berapa kali ulang gi makan walau mahal...for me x kisah la mahal sket janji sedap...menu wajib musti gulai tunjang neh..

tapi kan rasa cam tak berapa complete la masakan padang dia neh..tak de pucuk ubi kayu yg di celur..sambal ijo dio pun tak de....

[ Last edited by  que_eight at 25-3-2009 15:36 ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:46 PM | Show all posts
kat jalan sultan ismail katne eh? hubby suka sgt makan urat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 06:18 PM | Show all posts
my parents suka sangat makan sup urat ni....tp buat sendiri lah. Sedap giler...........
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 11:46 PM | Show all posts
mana nak beli urat tunjang neh ya???kat carrefour..giant..tesco ada x??
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 12:54 AM | Show all posts
hmmm..apsal tak post kat thread jalan-jalan cari makan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:31 PM | Show all posts
gulai tunjang ni my peberet.. slalu beli kat chow kit jer.. kat restoran aper ntah nama dia.. lupa ahh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 07:45 PM | Show all posts
kat bangi ada sup urat keting
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 10:07 AM | Show all posts
sedap gulai tunjang baru makan minggu lepas di subang parade.rasa cam makan perut ayam..licin je daging dia..ikan nila cepat habis.pergi pukul 2pm dah takde...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 07:06 PM | Show all posts
Pourgh!
Ini kalau makan kerap2, jammed la sepital..
Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 01:51 PM | Show all posts
nampak macam best gulai tunjangni...teringin nak cuba...

pernah terbaca , kalau banyak makan urat/ligamen haiwan ni elok untuk sendi terutama yang ada sakit2 lutut tu........
ada sesiapa yang tahu...

boleh kongsi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 07:55 PM | Show all posts
Mmg sedap tp sy rasa kat satu gerai di kg.baru lg sedap &murah banding sari ratu.tp sy lupa ler landmark gerainyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 03:21 PM | Show all posts
kat restoren sambal hijau sungai penchala pon sedap jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 02:11 PM | Show all posts
I selalu makan kat Salero Nogori (area keramat and amcorp mall).

Hari makan 3 orang kat Sari Ratu lauk lagi sikit kena RM100++. Makan 2 orang RM70-RM80++.

Makan kat Salero Nogori 2 orang RM20-30++. Makan 4 orang RM50+. Lauk lagi banyak. Dendeng dia leroi dan crispy tak liat macam Sari Ratu punya.

Grand Seri Garuda kat area Kampung Baru tu punya paru crispy sangat sangat macam makan keropok, tapi masin sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 01:47 AM | Show all posts
i pun selalu gak pi makan kat Sari Ratu di Kelana Jaya & Kota Damsara. antara lauk yg wajib order adalah Gulai Tunjang. sedap




kalu minuman pulak wajib order jus alpokat


makanan sini semua sedap cuma harga memang mahal

Nak tahu review ttng tempat makan ni, boleh singgah di http://juadahmalaysia.com/jalan- ... -sajian-ala-minang/





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.237912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list