CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2502|Reply: 12

sejarah umno

[Copy link]
Post time 30-3-2009 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Zaman Dato Onn
Sang Saka Bangsa.


Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres MelayuSe-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di KelabSultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafardaripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai PengerusiKongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orangwakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato PanglimaBukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhanMelayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadapMalayan Union. Pada 11 Mei1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertamaPertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO)berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semuapenduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkanmenjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagaipresiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenamdiadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan PartiKemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul RahmanPada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul RazakPada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein OnnPada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir MohamadUMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzahtelah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaanundi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan barudengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional,kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi DatukSeri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalamPilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Abdullah Ahmad BadawiPada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasionalmencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya diMalaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undisehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

Lagu UMNOBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 08:11 AM | Show all posts
terimakasih hari ni belaja sejarah plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2009 08:14 AM | Show all posts
UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politikBumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidakdiasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunismaatau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yangmerangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan sepertipersatuan anak jawa atau persatuan orang asli dan pertubuhan golonganprofessional seperti persatuan guru-guru Melayu.


UMNO disokongoleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawakepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultanJohor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.“Ingat UMNO bukanpertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumiMelayu. Dia (UMNO) ada daulat.” Salah seorang pelupor utama yangbertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba(menyedihkan namanya jarang diingati).a. Dengan cara yang halus Zaabatelah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada partiMelayu ini.

Sebagaipengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untukpertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supayalebih tepat, lebih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gusmembezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.b.Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yakniPertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayuadalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu.

Melayu,di bumi Melayu adalah masyarakat induk, mayarakat teras atau masyarakatibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yangberasal daripada masyarakat induknya di negara-negara asal!. Kerana itudengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan katasifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional”atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu KebangsaanBersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay NationalOrganisation’ atau UMNO.

Natijahnyadaripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawaMelayusebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negarayang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu,cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadisifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukanperkauman.d.

Natijahkeramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruhperjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan /melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semuabidang penghidupan bangsa yang merdeka:-i) Politik Melayu mesti menjadiinduk/teras politik negara.ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasanasional.iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaannasional.Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnyadapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasionalyang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialahintipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.

Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitusatu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa(bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anakMelayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNOitu.
Maka selain bendera UMNO itu melambangkanketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatannegara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negaratumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayuturun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalahwarna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalamtradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkindiputuskan oleh kehadiran penjajahan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:17 AM | Show all posts
UMNO tidak memperjuangkan kemerdekaan.....

tetapi ...

seperti biasa.....memperkodakan kemerdekaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:20 AM | Show all posts
UMNO hanya lah opportunist....

dan....

puak HUMNO yg buta sejarah di kincing selama berpuloh puloh tahun kununnya UMNO la pejuang kemerdekaan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2009 08:21 AM | Show all posts
[size=85%]Pernahsatu ketika dahulu, Persatuan Melayu Johor bangkit pada tahun 1946,mendesak Sultan Ibrahim Johor di gugurkan dari takhta. Pernah juga padawaktu yang serupa – Datuk Onn bin Jaafar diaporkan berkata– perbuatanraja-raja Melayu yang berhubung kait dengan isu Malayan Union adalahseperti mengusung jenazah Bangsa Melayu. Ada pula yang mengatakanbahawa sewaktu Malayan Union, kumpulan kepimpinan Melayu pernahmengatakan kepada Raja-Raja Melayu bahawa orang Melayu akan bangkitmenentang Tuanku sekiranya Raja-Raja Melayu terus memperakui MalayanUnion. Tindakan mentalkinkan Melayu seakan semakin hampir sekiranyaMelayu masih bertelagah dan situasi pembunuhan bangsa seakan semakindekat dengan apa yang sedang berlaku pada kita hari ini.   [size=85%]

[size=85%]Politikbergolak dan pergolakan ini memecahbelahkan Melayu kepada tahap yangamat kritikal. Masing-masing tanpa disedari mengambil jalan untukbertindak menyerang – menggunakan apa sahaja yang ada untuk menewaskanparti lawan yang lebih khusus terdiri dari orang Melayu. Tanpa merekasedari tindakan inilah yang dikatakan mengusung jenazah Melayu itusendiri.

[size=85%]

[size=85%]Hariini Institusi Raja-Raja terheret dalam kancah politik negara ini.Laungan Daulat Tuanku dan jeritan derhaka dan sembah derhaka timbultidak semena-mena. Semua ini berlaku adalah kerana kedua-dua kumpulanMelayu dalam parti masing-masing sedang mempertahankan kedudukanpolitik mereka. Sadis bukan? Apa bentuk hala tuju politik orang Melayuhari ini? Kenapa ini harus terjadi? Adakah semuanya kerana kuasa –semuanya atas nama perjuangan hak dan kebajikan orang Melayu tetapiakhirnya menjadi senjata yang membunuh Melayu itu sendiri.

[size=85%]

[size=85%]Masing-masingmendabik dada memperjuangkan orang Melayu. Semuanya mahu membela namunpembelaan itu lebih kepada melunaskan kehendak politik dan nafsu mahumemperoleh kuasa dalam negara ini. Ini semua akan memburukkan keadaanorang Melayu yang sudah sedia buruk sewaktu ini. Kedudukan Melayu yangsemakin terhakis seakan tidak dipedulikan kerana perjuangan politikadalah perjuangan unggul dan perebutan kuasa seakan tidak mengambilkira kedudukan hubungan antara orang Melayu dengan Melayu sendiri.Keadaan semakin kritikal. Pertentangan seperti yang selalu di ungkapkanmenguntungkan kaum lain. Tanah Melayu yang tergadai menjadi Malaysiabakal tergadai lagi dengan sikap dan keadaan politik yang semakinmembimbangkan. Perlembagaan terus menjadi satu pegangan kontradiksiyang dipersoalkan. Akhirnya pergelutan semakin besar yang akhirnya akanmenyaksikan negara ini terumbang ambing dan semakin meleset dari sudutsosiopolitik dan ekonomi.

[size=85%]

[size=85%]Akhir-akhirini kedengaran pula Institusi Raja-Raja mahu kekebalan raja-raja dilaksanakan semula. Ini bagi Raja-Raja Melayu dapat menyelamatkanInstitusi Raja-Raja dari terus di hina dan terus di heret ke kancahpolitik. Ini dikatakan perlu untuk menghalang tindakan-tindakan yangcenderung kepada derhaka kepada Kesultanan Melayu. Namun ini sebenarnyatidak akan menyelesaikan masalah pokok perpecahan di kalangan orangMelayu. Perpecahan di kalangan orang Melayu bukan kerana daulat danderhaka tetapi lebih kepada politik Melayu itu sendiri. Melayumempersoalkan kuasa politik orang Melayu dan lebih buruk menjual nilaidan martabat untuk mendapatkan kuasa demokratik. Pemegang kuasa politikMelayu hari ini juga tempang – sumbang dan tidak menampakkannilai-nilai kesedaran mengenai persediaan mengapankan bangsa itusendiri. Maka mahu tidak mahu kita akan mengusung kerana bangsa kitasendiri untuk di talkin dan terus dikebumikan. Lebih malang lagi jikayang mengebumikan bangsa kita – di tanah air kita dilakukan oleh oranglain – bangsa lain yang masih utuh pegangan persaudaraan dalam ikatankaum mereka sendiri.

[size=85%]

[size=85%]MakaMelayu perlu sedar bahawa bukan sahaja zaman gelap mereka akan munculmalah kedudukan mereka di tanah air ini juga akan terlucut denganpersengketaan yang sedang berlaku. Melayu harus terus diikat dan ikatansesuai yang perlu ada adalah kesedaran kepentingan untuk sama-samamemperjuangkan hakikat dan kehadiran bangsa. Tidak ada siapa yang akanmenangis dan meratap kehancuran bangsa melainkan kita sendiri.

[size=85%]

[size=85%]Apayang perlu bukan kekebalan raja – apa yang perlu bukan laungan sloganHidup Melayu – apa yang perlu bukan jeritan derhaka, Daulat Tuanku danKetuanan Rakyat. Apa yang perlu adalah satu bentuk ikatan dan mungkinini perlu dilakukan oleh penaung bangsa Melayu itu sendiri. Mungkinperanan DYMM Seri Paduka Baginda dalam mengikat kembali Melayu kepadasatu ikatan perlu. Mungkin sudah sampai masanya kepimpinan Melayudiajak duduk bersama -
Institusi Raja-RajaMelayu untuk berbincang dan ini tidak terhad kepada kepimpinan politikyang memegang kerajaan negara ini. Semua kepimpinan politik Melayu –NGO yang diiktiraf dan berdaftar – Ulama duduk pada persidangan Melayuuntuk sama-sama membincangkan dan mengeluarkan ketetapan bagi memulakanlangkah menyatukan orang Melayu pada kekuatan yang perlu ada bagimembela bangsa. Permasalahan Melayu dibincangkan dengan lebih jelasagar Raja – Raja Melayu dapat memainkan peranan yang lebih khusus dalammenyelamatkan Melayu dari terus lupus di tanah air sendiri.


[size=85%]

[size=85%]Apa pun – jangan biarkan kita mengusung jenazah bangsa Melayu untuk dikebumikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2009 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 30-3-2009 08:21
Pernahsatu ketika dahulu, Persatuan Melayu Johor bangkit pada tahun 1946,mendesak Sultan Ibrahim Johor di gugurkan dari takhta. Pernah juga padawaktu yang serupa – Datuk Onn bin Jaafar diaporkan ...


tulisan kecik la....nanti tak ada yg nak baca....rugi taww.....letih jer kopi pes....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:24 AM | Show all posts
lagu UMNO baru yg di beranakkan oleh Madey....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:26 AM | Show all posts

Reply #6 asklinux's post

Yang kebumi tulisan orang melayu - UMNO
Yang kebumi Bahasa Melayu - UMNO
Yang kebumi keadilan bg org melayu - UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by kermittx at 30-3-2009 08:26
Yang kebumi tulisan orang melayu - UMNO



Pasal tulisan melayu ni, sblm UMNO lahir lagi dah kene kebumi...  

Sblm kedatangan Islam, org melayu pakai tulisan rencong, tulisan jawi ni pengaruh arab..

Same la cam tulisan rumi, pengaruh roman picisan...

Coba bace kat sini..

  http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=360503&highlight=tulisan


Yg lagi 2 tuh, no komen...

[ Last edited by  BeskotCekelat at 30-3-2009 09:19 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 30-3-2009 08:08
Zaman Dato Onn[img]http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5f/UMNO_%28Malaysia%29.svg/200px-UMNO_%28Malaysia%29.svg.pnghttp://ms.wikipedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.png[/img]
S ...


sejarah pengecut umno takut pada HARAKAH/SUARA KEADILAN

Gantung Harakah satu mukadimah buruk buat Najib Tun Razak sebagai PM - Mohamad Sabu



NaibPresiden PAS, Mohamad Sabu ketika memberikan ceramah kepada lebih 5,000penyokong Pakatan Rakyat pada "Himpunan Rakyat Memenangkan 2 Bukit" diMarkaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar 24 Mac lalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 30-3-2009 08:08
Lagu UMNOBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


Lain kali letak sekali rentak lagu dia macam mana...baru boleh menghayati lirik sambil menyanyi...camana ahli UMNO nie...



SEKADAR LAGU HIASAN...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.694672 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list