View: 2485|Reply: 12
|
Britney Spears bersedia pakai burqa
[Copy link]
|
|
artikel nie sebelum britney spears berpisah dengan pakwe dia Adnan Ghalib.Tetapi cuba bayangkan kalau dia sedia pakai burqa.Bukan setakat masuk Islam jer tetapi nak pakai burqa...
Spears sedia pakai burka
| SPEARS amat mempercayai Adnan.
|
LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Britney Spears akan diminta menutupkepalanya dengan purdah dan memakai pakaian Islam ketika dia berkahwindengan paparrazi, Adnan Ghalib, lapor sebuah akhbar semalam.
Spears merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Adnan yangmerupakan anak kepada pasangan suami isteri kelahiran Pakistan tetapimenetap di Britain.
Penyanyi itu yang terkenal dengan lagu Toxic sudah memberitahurakan-rakannya rancangannya untuk memakai burka yang hanya menampakkankedua-dua mata sahaja.
“Dia mahu melakukannya.
“Ia mungkin merupakan satu tanda penghormatan terhadap Adnan dan keluarganya.
“Agama Islam yang dianuti oleh Adnan mungkin menjadi penyelamat Spears,” kata seorang rakannya.
Beberapa rakan percaya bahawa pasangan itu merancang untukmendirikan rumah tangga ketika melakukan lawatan ke Mexico pada minggulalu tetapi ia terpaksa ditangguhkan.
Penyanyi itu sebelum ini dilanda dengan pellbagai masalah peribadiselepas bercerai dengan seorang penari terkenal, Kevin Federline.
Baru-baru ini, dia yang berada di rumah miliknya di Los Angelesenggan menyerahkan dua anaknya kepada Federline yang memperoleh hakpenjagaan daripada mahkamah.
Dalam insiden itu, penyanyi yang berumur 26 tahun itu bertindakkasar sehingga dia terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkanrawatan.
Sementara itu, berlaku perdebatan di kalangan wanita Pakistan keranakebanyakan lelaki kelahiran negara tersebut kerap menjadi idaman danberkahwin dengan wanita terkenal dari Barat.
Sebelum ini, selebriti Britain, Jemima Khan mendirikan rumah tanggadengan pemain kriket terkenal, Pakistan, Imran Khan sebelum merekabercerai.
Mendiang puteri Diana juga pernah bercinta dengan seorang doktor kelahiran Pakistan yang menetap di Britain, Dr. Hasnat Khan.
“Saya berpendapat, lelaki Pakistan lebih komited dan Spears adalahcontoh terbaik di mana dia boleh bercinta dengan sesiapa sahaja tetapiJemima dan Diana juga pernah jatuh cinta dengan lelaki dari Pakistan,”kata seorang wanita, Sehr Naqvi. – Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai purdah tu still boleh nampak mata dia, tetapi kalau pakai burqa tu nampak apa yer?
=)
walaupun bapak britney spear menghalang perhubungan tersebut tetapi semlam surat khabar kosmo menyiarkan britney spears masih menghubungi adnan melalui sms
[ Last edited by doden at 30-3-2009 20:57 ] |
|
|
|
|
|
|
|
harap britney betul2 ikhlas masuk islam, bukan masuk islam krn nak kawin. takut nanti bila bercerai berai jadi murtad balik mcm Brorey Marantika.
bila murtad nanti ada gerakan besar-besaran yg mahukan britney dihukum bunuh sebab murtad. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 tobby\ catat
this is before dier berpisah...ngan adnan
so plan nak kawen and masok islam semua ..tak jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Burqa ni tutup semua tapi kat part mata kain dia nipis sikit macam kain muslin, si pemakai masih boleh nampak dunia sekeliling walaupun agak samar. Female Saudi royalties pun pakai niqab yang tutup semua, mata pun tak nampak, tapi part mata tu kainnya nipis sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
ye macam pernah nampak kat Afghanistan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat arab banyak pakai purdah... burqa banyak di afghanistan... walaupun dalam quran kata wajah wanita boleh buka tapi aku hormat juga orang yang nak pakai burqa ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kupia's post
aku pun respek mrk yg pakai burqa.
pakai burqa adalah lebih baik dari dedah lurah mcm dlm majalah mangga tu.
tapi bila dah pakai burqa, then pandang rendah org lain yg tak pakai mcm dia maka ia akan jadi sebaliknya. hopefully jgn jd begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun pro-niqab/burqa ni. Kalau setengah orang boleh pakai miniskirt dan kata it's a freedom of expression, kenapa orang lain tak boleh pakai niqab dan claim benda yang sama. Kat negara lain aku tengok (online) ramai jugak muslimah yg berniqab, kalau tak pun mereka berhijab dengan sempurna. Contoh paling dekat singapura. Aku tengok muslimah kat sana kalau berhijab memang pakai betul2. Kat malaysia ni sadly halfway house @ semi-pro aje banyak. Tupun syukur sekarang dengan pesen hijab yang ada awning keras tu, sekurang-kurangnya material dia tak jarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg respek la..klu die pakai..
Tp..betul ke?? KLu betul..Alhamdulillah... Harap die istiqamah n ikhlas krn Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu memang betul tapi dia nak pakai sebelum keluar video klip womanizer tu
mungkin bagi sesetengah orang berfikir dia masa tu dah mereng agaknya
[ Last edited by doden at 2-4-2009 09:43 ] |
|
|
|
|
|
|
|
mampu ke dia menahan diri dari dunia glemer ni? bkn nak underestimate dia tp entahlah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia masuk Islam, harap ia menjadi hidayah kpd peminat dia untuk masuk Islam juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|