CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Zep

Produk Mengandungi Alcohol

[Copy link]
Post time 4-4-2009 09:17 PM | Show all posts
Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:

Bir mengandungi 6% alkohol etanol
Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol

Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:

“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2009 09:19 PM | Show all posts
Jumhur ulamak mengelaskan arak sebagai najis. Apabila arak ini dikategorikan sebagai najis, apa yang najis bukanlah etanol sahaja yang terkandung di dalam botol arak tetapi apa yang dihukumkan najis adalah juga keseluruhan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat, mineral, vitamin dan etanol. Air di dalam arak adalah najis dan begitulah juga vitamin yang terkandung di dalam arak. Sekiranya diasingkan air daripada minuman arak yang 100% terdiri hanya air, ia adalah tetap di katakan najis kerana air ini berasal dari najis arak. Sekiranya etanol dari arak ini diasingkan lalu menjadi 100% etanol, ia tetap najis kerana berasal dari najis arak. Namun sebarang etanol yang diperolehi selain daripada arak, ia adalah tidak najis. Kebanyakan alkohol di makmal tidak diperolehi daripada arak.

Nasi yang dimasak pada tengahari atau petang apabila dibiarkan semalaman lalu di makan keesokan harinya, ia sudah mengandungi sedikit alkohol. Alkohol di dalam nasi ini boleh diasingkan melalui proses penyulingan. Persoalannya adakah nasi yang berusia hampir 24 jam ini dihukum sebagai haram kerana mengandungi etanol?? Hukumnya tetap halal dan masih harus dimakan kerana nasi ini tidak memabukkan hatta kalau dimakan sebanyak 3 pinggan.

Tapai pulut dan tapai ubi sangat sedap  sekali. Ia dibuat dengan memasak pulut atau ubi sehingga masak dan setelah masak ia disejukkan pada suhu bilik. Selepas sejuk ia dicampurkan dengan ragi yang sudah ditumbuk halus. Kemudian ia dibungkus atau dibiarkan dalam periuk atau sebarang bekas selama 2 atau 3 hari. Menjadilah makanan ini tapai pulut atau tapai ubi. Amat manis sekali dan sungguh menyegarkan.

Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai hasil sampingan.  Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang terbentuk kepada etanol.

Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi  air, glukos, etanol selain vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir??

Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah halal  kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai dengan kuantiti banyak  pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang sudah berumur hampir 24 jam.

Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti satu gelas besar, insya-Allah muka akan menjadi warna kemerahan dan kepala mula pening dan inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.

Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak memabukkan”. Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh syaitan semoga manusia minum bir.

Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.

Terdapat minuman bir tanpa alkohol dan adakah minuman ini diharuskan?? Dari penjelasan saya di atas telah dinyatakan bahawa minuman arak adalah najis. Najis ini merangkumi segala komponen arak ini termasuk air, glukos, etanol, vitamin dan segala garam galiannya. Sekiranya arak yang terbentuk ini disuling untuk mengeluarkan segala alkohol etanolnya sehingga tidak ada lagi baki etanol dalam arak ini, umat islam tetap tidak boleh minum arak tiada alkohol ini kerana ia adalah tetap dihukumkan sebagai najis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 09:20 PM | Show all posts
Pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada 11-14 April, 1984, Majlis Fatwa telah mcngambil keputusan tentang alkohol iaitu:

1.      Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum Berdasarkan keputusan ini, pembuatan Mousy dan Malt Extract adalah haram.

2.      Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3.      Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

4.      Tapai halal dimakan

5.      Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boIeh dimakan.

6.      Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.


Apa yang perlu ditegaskan berhubung keputusan majlis fatwa nombor 4 di atas yang mengatakan bahawa tapai halal dimakan adalah tidak mencukupi atau tidak lengkap. Memanglah tapai yang berusia 2-4 hari adalah halal dimakan dan tidak memabukkan tetapi tapai yang dibiarkan pada suhu bilik melebihi 5 atau 6 hari adalah haram dan memabukkan. Namun tapai yang dibeli dan  disimpan di dalam peti sejuk insya-Allah boleh terus dimakan walaupun berusia  seminggu kerana proses penapaian oleh ragi / yeast adalah teramat perlahan apabila disimpan di dalam peti sejuk kerana suhunya yang rendah.

Apa yang menarik sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam ialah apabila arak ini telah bertukar kepada cuka, ia menjadi halal semula. Bermula sebagai halal iaitu pulut dan ubi serta tapai, kemudian ia bertukar kepada haram apabila menjadi minuman memabukkan namun apabila ia bertukar kepada cuka, ia kembali halal walau pun di dalam cuka ini mengandungi sedikit etanol yang masih belum sempat bertukar.



Karbohidrat kanji (halal) => glukos (halal) => etanol (sedikit halal banyak haram) => cuka (halal)
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 09:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:46 AM | Show all posts

o..oh ..misconception

Originally posted by kambeng_masam at 4-4-2009 19:34



oooh gitu...thanks sebab beri penjelasan...beng ingatkan yang memabukkan tu ialah jus anggur yang dperam sampai jadi arak itu sendiri...rerupanya alcohol la yang memabukkan....

so makna  ...


macam ni alcohol ( etanol ) to be specific is a substances produced by fermentation process itself. maksud kata , proses penapaian air / grape juice tu actually yg menghasilkan alcohol -  i hope you would notice by now/ Sdr/i akan lihat bahawa alcohol  yg wujud  dalam JUS ANGGUR yg dieram? ditapai / (fermented is the term) yg menyebabkan keseluruhan ARAK ITU HARAM.  ( i.e jus anggur itu ) . alcohol yg wujud dalam arak tu mmg terhsil daripada proses penapaian . ( ingat biologi Form 4 )

yes alcohol (C5H5OH) dan apa apa bhn yg memabukan adalah haram.


lagi satu ialah  tapai -  sama jugak masa  dalam proses penapaian itulah yg org kata HARAM dimakan sebab ada alcohol yg terhasil darpada proses fermentasi bacteria ( keadaan kurang oxygen -  anaerobic) so masa tu haram  tapi Ustazah saya cakap bila dah bertukaq sifat pulak tapai tadi tu  , kita dah boleh mkn...


anyway i tak pernah mkn tapai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:48 AM | Show all posts
oh dah terang dah kat atas tu..

thanks for the info...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2009 02:12 AM | Show all posts
kena amik tahu haram lizatihi

haram lighairih
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:34 AM | Show all posts

Balas #27 mejik\ catat

Explain la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 08:57 AM | Show all posts

Balas #24 seri_air\ catat

thanks seri....alcohol yg kita salu pakai dimakmal tu dan yg digunakan dalam industri adakah juga dikira sebagai najis? Secara spesificnya adakah proses menghasilkan etanol dalam makmal juga sama seperti dalam proses penapaian?

Sori hek..beng bukan dari kelas science stream dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by kambeng_masam at 5-4-2009 08:57
thanks seri....alcohol yg kita salu pakai dimakmal tu dan yg digunakan dalam industri adakah juga dikira sebagai najis? Secara spesificnya adakah proses menghasilkan etanol dalam makmal juga sama ...


yg  alcohol dalam industri tu depa hasilkan melalui kaedah saintifik  bukan penapian yeast atau anggur rasanya sebab kalau  begitu the process is too long and unproductive, inefficient - tak efficient. so dia macam ni ada banyak cara nak hasilkan etanol  melalui tindakbalas kimia  ..ni i surrender  sebab i tak minat organic chemistry tapi ni i leave it to kimia industri people


etanol ? dalam perfume - dah dinyatakan dalam posr Seri Air  kat atas - jeng jeng cariiiiiiiiiiiiiiiiiiii ...hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 10:26 AM | Show all posts

Balas #30 mbhcsf\ catat

jumpa dah....thanks yer. Pasal alcohol ni pun dah byk info yg beng dapat kat sini walopon setakat join posting bukannya tuan tred. Bukannya apa, bukan beng je tapi semer org islam tau arak tu haram...tapi nak memahaminya tu barulah kita tau lebih dalam. Esok lusa anak2 bertanya buleh la kita yg ngaji tak tinggi ni nak menjawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:01 PM | Show all posts
tapi kan kalau dalam alcohol ( etanol) dalam makmal tu kena kita - dia boleh meruap so ...najis ker tak? well  kalau dah meruap apa najis lagi, kan? ntah i ..lagipun  alcohol larut ayaq, so bila kena basuh jer lah dgn air.....

meh buat experiment

you ambil 50ml alcohol + 50 ml ayaq  then u campoq  adakah isipada kedua dua cecair tadi = 100 ml?

then u could kongsi .....dapatan data.....................
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:59 PM | Show all posts

Reply #32 mbhcsf's post

itulah yang beng nak tahu tu.



btw, sesapa yang kerja kat lab tu try la buat experiment tu hek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 07:18 PM | Show all posts

Reply #33 kambeng_masam's post

well kalau liquid etanol terkena  baju , basuh jer lah ...hlang ainya , bau , rasa , etc etc okaylah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 08:31 PM | Show all posts
alkohol pun boleh dihasilkan daripada petroleum
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 09:53 PM | Show all posts
aku pun ada jugak guna minyak wangi beralkohol bawak pergi bersembahyang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2009 10:00 PM | Show all posts

Balas #35 soulfly\ catat

pada masa ni, alkohol dari petroleum tidak digunakan kerana kos yang sangat tinggi.
sebaliknya, alkohol dari jagung adalah yang paling kos efektif.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:09 AM | Show all posts

Reply #37 ibnur's post

pardon, eh eh dari jagung?

wow ...how do you know ? i tak pernah dengaq pulak....

alcohol yg disintesis secara kimia tak plausible ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:41 PM | Show all posts

Reply #38 mbhcsf's post

ramai yang dapat fakta tak berapa tepat.  alcohol ada beberapa jenis.

satu ialah ethanol atau ethyl alkohol.  ia bukan dari petroleum tetapi ethanol dicampur ke dalam petroleum.  source yang paling popular ialah jagung.  kenapa nak campur ke dalam petrol tu kena bukak thesis lain.  satu contoh ethyl alkohol atau ethanol ialah VODKA.  Vodka ni memang dikatakan pure spirit.

satu lagi jenis ialah methanol atau methyl alkohol.  ini dari kayu.  paling popular guna sebagai solvent.  dan juga guna di makmal-makmal.  methanol di pada zaman dahulu kala dibuat dari KAYU  (!!! ya batang kayu).  Sekarang dibuat dari gas methane atau NGV.

yang ke3 ialah SD-alcohol, yang biasa kita nampak kat perfume.  Ni ialah Specially Denatured Alcohol yang ditambah sesuatu ke dalam ethyl alkohol supaya ia tidak boleh lagi diminum sebagai arak.

Jadi, kalau nak kaitkan arak dan alkohol, maka ethyl alkohol sahaja yang dimaksudkan.  Sebab alkohol-alkohol lain tu memang tak boleh minum.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 11:38 PM | Show all posts

Reply #39 ibnur's post

wow..hmm...are you chemical engineer? SD - alcohol ? stands for ?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072791 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list