View: 9074|Reply: 12
|
KURSUS menyedia / membuat ROTI - PERCUMA
[Copy link]
|
|
kalau berminat nak jadik USAHAWAN, blh join kursus ni. Lepas lulus blh apply loan drp tekun, mara or mane2 agensi kerajaan. Bukan sedar roti je ... tp ada gak bun, crossaint, pizza, donut .. dan lain2 yg guna tepong
kursus membuat ROTI - percuma
Kursus PERCUMA (yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan) ..... Kursus Penyediaan / Membuat ROTI.
- tahap 1 & 2
- tempoh kursus 9 bulan, sepenuh masa
- warga m'sia umur 18 - 30 tahun
- masih Bujang (duda/janda pun boleh join)
- kelayakan : SPM atau tamat tingkatan 5
- elaun bulanan / sara diri disediakan
- asrama percuma utk meraka yg jauh
- tarikh tutup permohonan 27/04/2009
- lokasi di sec. 9, Bangi, selangor
berminat blh call, 03-8925 8806 or 03-8922 2275
** tempat terhad
- sijil akan dikeluarkan - Sijil Kemahiran Malaysia....
- nak daftar, sila hubungi no. tel diatas tu ...
- Peserta yang telah tamat kursus ini berpeluang bekerja di bidang perhotelan, pemakan & kulinari. Juga berpeluang menceburi bidang perniagaan & franchais.
Yuran pendaftara RM450.00 shj
[ Last edited by bagong at 17-4-2009 11:35 ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun buat promo gak .........
.... takde yg berminat ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
kursus buat roti je 9 bulan???
kandungan kursus apa ye?
biar betul ni sampai 9 bulan belajar buat roti?
ni kerja sekali ke apa?
please more details |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pnut at 6-4-2009 10:57
kursus buat roti je 9 bulan???
kandungan kursus apa ye?
biar betul ni sampai 9 bulan belajar buat roti?
ni kerja sekali ke apa?
please more details
byk benda yg blh dipelajari .... bukan buat sebuku roti je ... tgk kat atas tu, mcm2 ada & setiap satu produk tu pun ada mcm2 jenis lg di dalamnye.
dah tu belajar gak pasai kebersihan, pewarna, pengawet, peralatan dll ....
....... alamak, camne nak jadi usahawan ni ... jgn sempitkan fikiran anda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 bagong's post
la tanya soalan pun kata smepit pemikiran?? saya ikhlas bertanya salah ke?
kalau saya kutuk kot la sempit pemikiran
saya sebenar dah reti membuat roti dan pelbagai bun..
saya bertanya sebab saya tau asas membuat roti...
saya rasakan tempoh 9 bulan untuk kursus roti je agak panjang
itu sebab saya ingin tau kandungan kursus, ada teori juga ke
atau amali semata-mata?
ada kena attach beberapa bulan kat mana-mana bakeri shop ke?
ada diajar rancangan perniagaan ke?
akaun ke???
dan sebab itu saya mau details mengenai kandungan kursus encik..
saya ada dua orang adik yang berminat juga untuk perkara berkaitan bakeri, sy bertanya bagi pihak mereka ni,
untuk memujuk anak muda sertai benda begini saya kena tau details kursus, baru saya boleh yakinkan mereka
am i sempit pemikiran?????
sekurang-kurang kena tau modul kursus, bulan pertama buat apa? bulan seterusnya macam mana?
so saya ikhlas bertanya dikata sempit pemikiran?? siapa yang sempit pemikiran ni????
----------------
saya juga terbaca kursus lebih kurang sama begini di blog chef farid
petikan di bawah ni
Assalamualikum,,,,berikutan kegawatan ekonomi global, yang kesannya dirasai di negara kita, pihak Kementerian Sumber Manusia, telah menganjurkan "PROGRAM TRAIN & PLACE" untuk Belia, Siswazah menganggur dan Pekerja yang diberhentikan, untuk di latih semula sebelum di tempatkan bekerja kedalam industri.Sehubungan dengan itu, BAKERI RIA ACADEMY telah dipilih sebagai "TRAINING PROVIDER" untuk menjalankan program ini, khusus melatih pekerja mahir dalam bidang Bakeri.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama Kursus : Sijil Junior Baker Level 1 & Sijil Baker Level 2
Sijil Intensive Bakery
Tempoh Kursus : 6 Bulan
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Tempat : Bakeri Ria Academy, No 27 Jalan Bandar 3 Taman Melawati Kuala Lumpur
Tarikh Pendaftaran : 21 April 2009
Kelayakan
* Berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia - Sila Copy atau Klik disini untuk pendafaran http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
* Siswazah (Tiada Pekerjaan)- Mendapat Elaun RM 500.00/sebulan
* Belia (18 thn keatas) - Mendapat Elaun RM 500.00/Sebulan
* Pekerja Yang Diberhentikan - Mendapat Elaun RM 800.00/Sebulan
SELEPAS MENAMATKAN KURSUS INI, PIHAK BAKERI RIA ACADEMY AKAN MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI DALAM SEKTOR PERUNCITAN & PERHOTELAN.
PARA USAHAWAN YANG BERMINAT MENCEBURI PERNIAGAAN BAKERI ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON
SILA SMS NAMA, ALAMAT & NO PENDAFTARAN JobMalaysia ke No 019-3824067
saya sms chef farid tanya soalan yang sama, tak pulak dia kata soalan saya soalan sempit pemikiran, malah menerangkan dengan jelas
[ Last edited by pnut at 6-4-2009 15:41 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 pnut's post
la ... kalau dah tau tu buat ape tanye soalan camtu.
sorry la , aku tulis sempit pikiran sbb org yg jujur takkan buat pura2 tak tau.
nak tau modul penuh, call no di atas.
utk kursus ni , yg gagal SPM pun blh apply . Asalkan tamat tingkatan 5 pun dah cukup layak. elaun rm210/bulan
utk train & place ...
- bg yg 18th ke atas .. takde diploma or degree, elaun 300/bulan
- kursus mmg 6 bulan, tp tak dpt sijil kemahiran malaysia sbb syarat SKM kena 12 bulan or 1200 jam kredit. tp ada dpt sijil lain kot.
- pasai kerja tu, kalau ada la ...
[ Last edited by bagong at 6-4-2009 17:46 ] |
|
|
|
|
|
|
|
mrk yang dah BERKAHWIN ..... kalu minat , blh hubungi kami ..........
sbb kalau ramai yg berminat, mungkin blh dpt pengecualian nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bagong at 6-4-2009 17:39
la ... kalau dah tau tu buat ape tanye soalan camtu.
sorry la , aku tulis sempit pikiran sbb org yg jujur takkan buat pura2 tak tau.
nak tau modul penuh, call no di atas.
utk kursus ni , yg ...
elle pun rasa ada eloknya kalau bagong paste kat sini modul dan syarat2 yg dikenakn utk kursus ni..
sebab seeloknya mereka tahu secara telus.. mungkin perkataan FREE menjadi tanda tanya...
adakh mereka akan dikenakn syarat utk bekerja selepas tamat kursus atau sebagainya.
senang kalau tau semua
[ Last edited by elle_gogo at 10-4-2009 10:40 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 elle_gogo's post
syarat2 tu dah ada kat atas ........
- cuma kena bayar yuran pendaftaran rm450. (termasuk utk pakaian chef, t-shirt, insurans dll)
- peserta yg tamat kursus akan diberikan SIJIL KEMAHIRAN M'sia (SKM)
- lepas tamat belajar ............. terpulang pd usaha masing2 utk cari rezeki
- sijil SKM membolehkan peserta mennyambung pelajaran jika mau
- sijil SKM juga blh digunakan sbg sokongan utk apply loan gomen mcm Tekun, Mara dll (bg yg mau berniaga)
- elaun ada rm210/bulan .....
- tp kalau duduk asrama, elaun tu akan digunakan utk bayaran asrama & makan tghari.
[ Last edited by bagong at 10-4-2009 10:56 ] |
|
|
|
|
|
|
|
tarikh akhir permohonan dilanjutkan shgg 27/04/2009
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|