Korang yang berjanggut dan berkupiah / bertudung labuh...
Rasa susah tak???
Maksud aku susah tu:
1) Dengan penampilan gitu, orang bagi high expectations kat korang punya akhlak
2) Orang expect ilmu korang tinggi
3) Bila jadi kedua-dua ni, korang susah nak ikhlas sebab expectations tersebut tak meet dengan diri korang yang sebenarnya.
Atau korang prefer penampilan biasa-biasa je..cam orang yang kebanyakan tu..just ada sejemput janggut, tu pun kalau ada...dan juga baju yang menutup aurat..???
Originally posted by eastrun at 3-4-2009 12:31
Korang yang berjanggut dan berkupiah / bertudung labuh...
Rasa susah tak???
Maksud aku susah tu:
1) Dengan penampilan gitu, orang bagi high expectations kat korang punya akhlak
2) Orang ...
salam,
saya prefer yang berjanggut berkupiah/ bertudung labuh.
Pandangan/tanggapan org lain semestinya bermacam-macam, lebih2 lagi zaman tanpa sempadan nih
Pada saya tenang2 sja dan pecaya akan hikmah2 disebalik penampilan begitu. Takyah lak nak xplain memanjang kat semua orang itu dan ini. Katakan saja ini cara pemakaian kegemaranku sepertimana sedara suka pakaian sedara. Bab ilmu memang ada yang suka bertanya, jawablah sepengetahuan kita dan minta rujuk pada yang arif. Ditanya maka dijawab, tak ditanya maka diam sajaa.
Dan bila memilih suatu jalan yang baik, Allah akan permudahkan. Insyaallah.
yang penting skali menutup aurat dan sopan santun sesuai dengan budaya dan akhlak sebagai orang Islam.
kalau nak berjubah atau berserban, itu lebih baik, tetapi kebersihan, penampilan, kekemasan diri dalam masa yang sama mesti diterapkan.
jangan simpan janggut panjang tapi serabai, kemaskan, rapikan, pastikan janggut tersusun dan rapi.
kalau dah berjubah, pastikan sentiasa bersih dan kemas. sentiasa wangi. jangan la pakai selipar plak, pastu seluar/kain macam serabai. pakai kasut yang cantik dan smart, demi menjaga martabat kita sebagai Islam yang tinggi disisi Allah.
dan yang penting, jangan sekadar sunnah dituruti sekadar penampilan dan berpakaian, tetapi turutilah sunnah tingkah laku, adab dan sopan baginda Rasulullah SAW.
dan yang terpenting sekali, apa guna kalau berjubah dan berserban, bersugi dan lain2 sunnah, jikaAs-Sunnah yang paling utama dan dituntut Rasulullah iaitu sunnah memenangkan agama, memartabatkan Islam, melaksanakan hukum Al-Quran tidak diusahakan dan tidak cuba dilaksanakan.
1) Expectation org mmg tinggi ngn akhlak kite..
xley wat salah skit..org akan kate.. kadang2, kite x sedar..
Bkn la setiap mase sempurna, alert.. ade jugak kekhilafan..
2) Org expect ilmu tinggi. Mmg pon.. Ape2, dorang akn refer kat kite. Assume kite tau sume..
Penat tu xde la.. Tp ade mase..segan jugak klu xtau nak jwb.. kene la blaja balik..
3) Ssh nak ikhlas tu..xde la.. Coz niat buat sume mmg stlh pk Allah...
Tp ade tika, penah jugak mengeluh dgn pandangan
manusia ni.. Bile pk balik..buat sume ni, krn Allah.. Bkn sbb org lain.. So..istiqamah la sbb Dia..
Jgn pk org lain.. Yg penting hub kite dgn DIa... Stp manusia x penah lari dr wat silap.. Perbaikila selagi ade hayat..
Tapi ada orang yang penampilan nye begitu personalitinya macam menyukarkan orang lain nak rapat atau mesra dengannya. Maksud aku, buat orang lain yang kurang sikit penampilannya, contoh wanita yang tak bertudung ke, rasa macam rendah diri sikit.
Personally, aku mengaku aku memang tahap paling bawah dalam bab akhlak & pengetahuan agama, tapi aku suka pakaian yang menutup aurat & longgar, macam ber abaya (walaupun tak pakai tudung labuh). Sebab selesa nak bergerak, rasa aman sebab tak ada sapa boleh usha bentuk badan aku. Ada masa terdetik gak nak berniqab sebab saja2 tak mo orang tengok muka seposen aku nie.
Tapi bukan aku pakai sebab aku tinggi ilmu ke ustazah ke apa (but frankly aku tak kisah apa orang pkir).
Aku rasa persepsi tu dalam masyarakat melayu patut ditukar. Pakaian bukan menandakan taraf piety seseorang. Wanita arab pakai niqab & abaya tu tak semestinya warak & alim.
Hukum memakai hijab niqab (atau jilbab yg ditambah tutup muka) yg dinyatakan di dalam al-Quran adalah khusus utk para isteri baginda nabi SAW. Peristiwa ini berlaku semasa Sayidina Umar memberi pendapat peribadinya kpd nabi SAW agar menyuruh isteri2 baginda menutup seluruh muka mereka, ketika dikunjungi seorang sahabat utk berjumpa Rasulullah.
Walaupun isteri2 baginda pd ketika memang dah berjilbab (tp masih nampak muka), namun idea yg dilontarkan oleh Umar Al-Khattab ini mendapat response (diperkenan) drpd Allah SWT lalu turunlah wahyu drpd Allah dlm surah Al-Ahzab; ayat ke-59:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Bagi kita org awam, tidak lah sampai difardhukan utk memakainya seperti isteri2 Rasul SAW. Cukup sekadar memakainya dgn memenuhi segala aspek menutup aurat seperti yg ditekankan oleh Islam.
Namun, jk sekiranya kita amat kasih dan bersungguh utk mengikut apa yg Allah telah tetapkan tanpa berbelah bahagi dan banyak soal jawab utk mengamalkannya, ditambah pula dgn cintanya kita pd manusia agung, nabi SAW dan Ummul Mukminiin, maka itulah yg terlebih aula (utama) utk kita mengamalkannya. Mudah2an hidup kita berkat.
*******
Berkenaan isu yg diutarakan oleh pembuka thread ttg sikap dan expectations org ramai kalau kita pakai serban jubah, bagi aku ia bersifat subjektif. Bergantung pada niat hati masing2. Kalau kita pakai serban-jubah hanya nak menunjuk-nunjuk, timbul riak, itu dah berdosa. Macam mana boleh timbul riak? Ia boleh timbul jk sekiranya kualiti kain yg kita pakai itu nampak lebih mahal drpd org lain. Masa tu hati kecil akan berkata, "nampaknya kain aku lebih mahal drpd org sebelah".... Pada masa ni, niat asalnya utk mengikut sunnah sudah berubah...berhati-hati. Sbb tu aku kalau ke masjid, aku pakai jubah pun yg harganya murah. Bukan aku takleh pakai jubah yg harga bernilai ratusan ringgit, tp utk mengelakkan perkara sebeginilah aku rela beli jubah yg boleh didapati kat pasaraya Mydin! Org perempuan pun sama. Niatkanlah dlm hati kalau pakai jubah ke, jilbab ke, niqab ke atau apa2 nama yg seangkatannya tu, jagalah niat.
Sehubungan dgn itu, kalau kita dah menyarung jubah-serban kat badan kita, kenalah jaga adab dan tingkah laku kita dlm masyarakat. Sbb, masyarakat memang akan perati apa yg kita buat. Org akan bercerita kalau kita pakai serban jubah, tp mulut kita tak sunyi dprd mengata dan mengumpat org lain. Mulut kita jahat. Kita tak jaga sunnah rasul. Ini yg bahayanya!
Tetapi, inya-Allah, selagi kita sedar yg kita ni sedang memakai pakaian yg dipakai oleh junjungan besar nabi kita Rasulullah SAW, maka perkara2 buruk atau tingkkah laku buruk dapat dielakkan. Itupun kalau kita manusia waras.
Utk rekod, Sayidina Umar Al-Khattab r.a semasa beliau nak menghembuskan nafasnya yg terakhir, hanya meninggalkan 2 helai jubah yg lusuh dan nampak buruk sahaja, walaupun beliau seorang ketua negara (khalifah)!
IMHO, tu yang membuatkan some women tak berani nak tutup aurat ikut shariah...takut dikatakan ustazah & orang mai mintak dalil plak. Dan secara general, wanita yang tutup aurat ikut shariah ni selalu dianggap backwards, oppressed dan tak sekolah, tak boleh berfikir etc. Bukan saja kat malaysia, kat mana2 je.
Padahal aku rasa it has not so much to do with how pious you are. Cuma cara berpakaian yang sopan dan, while she may not have the piety of the Mothers of the Believers, she tries to please her Lord in clothing.
Kat youtube ada sorang non-muslim ajar cara2 berhijab...sebab katanya dia suka pakai hijab.
"Tetapi, inya-Allah, selagi kita sedar yg kita ni sedang memakai pakaian yg dipakai oleh junjungan besar nabi kita Rasulullah SAW, maka perkara2 buruk atau tingkkah laku buruk dapat dielakkan."