View: 2811|Reply: 11
|
10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan
[Copy link]
|
|
Berikut adalah 10 cara bagaimana sesuatu perniagaan membuat keuntungan.
1. Produk - Mengeluarkan sesuatu produk, jual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos.
2. Perkhidmatan - Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
3. Perkongsian Penggunaan - Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.
4. Langganan - Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)
5. Insurans - Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi.
6. Penjualan Semula - Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)
7. Pajakan atau sewa - Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
8. Maklumat Pengguna - Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran.
9. Komisen - Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini.
10. Dividen - Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.
Boleh dikatakan 99% perniagaan di masa lampau dan di masa depan mempunyai salah satu atau lebih daripada perkara di atas. Jika kita ingin mulakan perniagaan, cuba pilih satu atau lebih daripada 10 perkara di atas untuk memulakannya.
Maaf, Multi Level Marketing adalah bukan satu bentuk perniagaan bagi saya, tetapi ianya adalah satu jenis skim. Cuba hindari menyertainya jika anda belum menyertainya. Jika anda sudah menyertainya, tiada guna memberi komen kerana anda tidak akan menerimanya.
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
09 April 2009
Kuala Lumpur
dipetik dari http://www.shahabudeenjalil.com/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hi, thanks for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
MLM adalah membina rangkaian perniagaan bro.. buat dengan cara yang betul.. menjual satu produk dalam satu kumpulan.. bukan menjual sistem.. keuntungan kita dapat dari untung runcit dan usaha kita membina rangkaian serta memberikan bimbingan pada ahli kita.
dalam bisnes, kita perlu ada rangkaian untuk terus bertahan dan berkembang.. kalau kita pengeluar, kita perlukan pengedar untuk menggerakkan barang kita.. konsepnya sama dgn MLM, cuma MLM dicalarkan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
list ni bg aku retorik saja ... mana faktor kos?
accounting-wise, nak untung banyak faktor kena ambik kira ... kos (fixed and variables), depreciation, provision. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku general jerr statement nii... anyway thanks |
|
|
|
|
|
|
|
good info.
No: 8 tu saya rasa ada potensi....like recently ada satu co email dan tanya jika saya mau membeli slot tayangan yang berkaitan co sy...yang disiarkan di tv...andai kata co saya tidak sempat rakam...well actualy mmg tak rakam pun..dan co ni ada orgnya yang keje dia tgk tv je...anything comercial advertisment tru slot rancangan etc dia akan call co yang terbabit tu untuk jual balik rakaman yang telah di rakamkan dlm bentuk cd..err faham ke eh saya explen ni....bm sy mcm keling sikit la...
No: 9- pun menarik..mudah
Apa aku nak buat ni eh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 9-4-2009 13:31
2. Perkhidmatan - Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
ni perniagaan yang sedang aku jalankan sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
perkhidmatan apa.. cerita sket. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 12-4-2009 15:26
perkhidmatan apa.. cerita sket.
perkhidmatan dobi... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba try campur dobi dan jualan barang2 berkaitan.. macam hanger2 yg ada pesyen2 ke... beg sarugn blazer.. (ramai org cari nie).. then seterika berdiri..
hehehe.. sekadar cadangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 12-4-2009 15:54
cuba try campur dobi dan jualan barang2 berkaitan.. macam hanger2 yg ada pesyen2 ke... beg sarugn blazer.. (ramai org cari nie).. then seterika berdiri..
hehehe.. sekadar cadangan..
dua cadangan yang pertama tu memang ada potensi...
tapi aku nasihatkan, jangan beli seterika yang berdiri tu...aku rasa seterika yang ko maksudkan ni adalah seterika jenis stim yang kita boleh lihat salesgirl seterika baju kat shopping market...seterika jenis tu sesuai untuk sesetengah kain sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
yep.. seterika nie mahal gak... bukan jenis yg murah yg diorang dok jual tipu org tu.
tapi aku rasa takyah gak kot.. better jual benda yg murah2. orang senang nak beli. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|