|
Ekonomi bumiputera tidak diabai
Oleh ali mahmood
[email protected]
TEMERLOH 12 April - Kerajaan tidak akan mengabaikan pembangunan ekonomi Orang Melayu dan bumiputera walaupun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dimansuhkan.
Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan sebaliknya akan terus memberi perhatian serius dengan membuat penyusunan semula pelbagai program berkaitan ekonomi orang Melayu dan bumiputera.
''Kerajaan sedang menyusun semula untuk memperkasakan perniagaan di kalangan orang Melayu supaya boleh bersaing dengan kaum lain dan memesatkan lagi ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar usahawan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP) di sini hari ini.
Saifuddin yang kini merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, agensi kerajaan seperti Tekun Nasional Berhad (Tekun), Bank Rakyat, Bank Pembangunan dan CIMB tetap berperanan seperti biasa malah ia akan dipertingkatkan lagi bagi memudahkan usahawan dan peniaga bumiputera mendapat peluang serta pinjaman.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Biro Ekonomi UMNO akan terus membela dan berusaha dari semasa ke semasa bagi memesatkan kegiatan ekonomi di kalangan usahawan Melayu dan bumiputera.
Katanya, tempoh tiga dekad pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencukupi bagi mengukur kemajuan orang Melayu dalam perniagaan malah dasar itu akan tetap diteruskan supaya matlamat kerajaan melahirkan lebih 150,000 usahawan bumiputera dalam tempoh lima tahun akan menjadi kenyataan.
Tambahnya, orang Melayu dan usahawan bumiputera perlu berani bersaing dan berubah sikap jika ingin maju kerana dalam zaman yang serba canggih ini mereka perlu berani berlumba-lumba dan bersaing.
Dalam perkembangan lain, beliau menggesa DPMP menyediakan kertas kerja dan garis panduan untuk memajukan lagi persatuan tersebut pada masa akan datang.
Katanya, ini perlu kerana dengan adanya garis panduan serta kertas kerja itu, bukan sahaja akan memudahkan kerajaan dan institusi kewangan menyediakan peluang dan kewangan, malah akan memberikan kebaikan serta kemajuan pada persatuan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ke usahawan yg kat dlm forum ni yg bernaung bwh mecd??
means yg jd anak didik..dpt pembiayaan n mentoring dari mecd...
sbbnya ramai jugak yg kat luar sana tak bernaung bawah mecd..tp dgn semangat n kekuatan yg ada...mereka mampu berdiri di kaki sendiri...boleh survive dgn baik...tanpa subsisdi...termasuk subsidi iklan... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya nak jd usahawan kena bersedia dr segala segi...pastu kalau dpt pembiayaan dr mecd atau dr mana2 tu, anggap sebagai satu bonus...
yang ptg, dlm apa jua business, kita dah ada basic dan strategi utk survive...jgn semata2 bergantung kepada subsidi org...sebab, kalau bergantung kpd satu2 pihak, when something happen, kita jugak yg akan berputih mata...
kita kena siap sedia utk hadapi segala kemungkinan....
Originally posted by faridali at 13-4-2009 06:16
ramai ke usahawan yg kat dlm forum ni yg bernaung bwh mecd??
means yg jd anak didik..dpt pembiayaan n mentoring dari mecd...
sbbnya ramai jugak yg kat luar sana tak bernaung bawah mecd..tp ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faridali at 13-4-2009 06:16
ramai ke usahawan yg kat dlm forum ni yg bernaung bwh mecd??
means yg jd anak didik..dpt pembiayaan n mentoring dari mecd...
sbbnya ramai jugak yg kat luar sana tak bernaung bawah mecd..tp ...
nak jadi kontraktor kena register bawah pkk, agensi under mecd... so terpaksalah bernaugh bawah mecd,
belum dgr lagi, pkk park kat mana sekarang...
dan sebenarnya, fungsi mecd tak jelas..
membantu bumiputera???? byk program bawah payung diujudkan yg sepatutnya bantu bawah payung, tapi yg dpt imbuhan terbesar adalah payung itu sendiri...
cth franchise system - byk franchisee mati sebab franchaisor lepas tangan |
|
|
|
|
|
|
|
Tekun, Mara--- Under Kem Luar Bandar
Lain-lain---- MITI
PKK---- JKR
LPKP----MOT
Kot lah.. keputusan tak tau lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pkk bawah JKR mesti shaziman terkejut atau terkedu...
punyalah banyak alamat staf jkr, sama alamat pulak tu dalam sijil pkk
he he he ....ramai pasangan hidup staf jkr, termasuk nenek, datuk, mak mertua, bapak mertua, baby sitter, tukang kebun.... dsbnya yg bukak pkk... dan yg kasi jobnya ... org yg sign inden tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
emmmmmmmm
susah le..
ekonomi semakin gawat tp tmp bernaug dah hilang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku yg jaga mecd neh,setakat yg aku taw laa..aritu mmg jpa da cadangkan mara ni dibwh KKLW,lpkp di bwh MOT,dan serpihan2 yg lain ada yg bwh MITI dan JPM.lepas tu usulkan pada KPPA,masa ari sabtu aku g opis nak tolon membe aku neh,dia kata dah tuka..skang derang nak cadangkan mara dan anak2 dia masuk bwh MOF..tu blom rasmi lg..
keputusan tu nak kena bwl g jumpa KSN dan PM sendiri,kalu meraka setuju ok la kan..kalu x,ubah lg.kami ada masa sbln tu utk setlekan ni semua..blom lg kementerian yg di merged.ko nak kena susun balik bhgn2 yg ado tu |
|
|
|
|
|
|
|
... mungkin jugak dia nak taruk bawah umno...
sebab....
tahun2 lepas, kontraktor yg nak dpt kerja cabut undi, cuma perlu daftar dgn JPM
tapi tahun ni, kontraktor yg nak keja, PERLU daftar dgn Bahagian UMNO, pastu kekawan yg dah dapat kerja awal tahun ni kata, setiap keja yg dpt kena contribute 5% dekat Tabung UMNO.
so, mungkin juga semua usahawan kena daftar bawah UMNO memasing, nanti berniaga, selain dari bayar cukai dekat LHDN, bole juga contribute kat tabung UMNO... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 hazel23's post
Masuk tabung UMNO tu takleh dikira sebagai zakat/charity kan ? ... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 13-4-2009 19:22
Masuk tabung UMNO tu takleh dikira sebagai zakat/charity kan ? ... hehehehe
boleh di kira sbg sweet charity
MeCD: Kenyataan rasmi akan dikeluarkan
KUALA LUMPUR 13 April - Kerajaan mungkin mengeluarkan satu kenyataanrasmi bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pemansuhan KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaanberjanji akan memberi perhatian serius terhadap segala pandangan yangdilontarkan pelbagai pihak berhubung isu itu.
Beliau berkata, segala pandangan yang dilontar pelbagai pihak akandibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, status pemansuhan MeCD masih kekal seperti yang telah diumumkan.
"Status dia (pemansuhan MeCD) seperti itu iaitu seperti yang telah dimaklumkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis serahtugas jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yangdisandang Muhyiddin sebelum ini kepada menteri yang baru, Datuk MustapaMohamed.
Agensi di bawah MeCD iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga(TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diserapkan di bawahKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) puladiletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Mengulas pandangan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabubahawa Menteri Besar dan Ketua Menteri lebih layak dilantik PengerusiBadan Perhubungan UMNO negeri, beliau berkata, perkara itu perludiputuskan Najib selaku Presiden UMNO.
Katanya, sebarang keputusan yang dibuat akan terlebih dahulu mengambil kira pandangan akar umbi UMNO di sesebuah negeri.
"Kalau ikut sejarahnya, kadang-kadang begitu, kadang tidak begitu.
"Ini akan diputuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib sendiri,mungkin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, beliau akan umumkan,"katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal ini aku rasa Tekun jugak lah yang paling 'bagus' ......... ramai dapat RM50 ribu like a 'free gift' walaupon majoriti cuma dapat RM10K - 20K ...... tetapi yang tak bayar pun ramai juga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 hazel23's post
erm tok noh masuk kementerian haku...hmmm tak tau ler camno jenis orang nie...?? |
|
|
|
|
|
|
|
ada sikit perbincangan
MECD, payung usahawan yang direntap Najib
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Apr 15, 09 | 1:27:08 pm MYT
Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Iklan
Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.
Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.
Sebelum ini pun seperti kata beberapa tokoh usahawan, MECD sendiri masih belum cukup kuat dalam pencapaiannya dan ia perlu diperkasakan lagi.
Malangnya tak sempat untuk diperkasakan, MECD dihapuskan menyebabkan usahawan hilang 'arah', terkapai tanpa arah tujuannya hingga detik ini.
Hingga kini kedudukan MARA, TEKUN, LPKP, UDA dan sebagainya termasuk Bank Rakyat belum tentu pastinya, dan ramai yang menyatakan jika agensi ini diletakkan di bawah kementerian lain, apa pula dasarnya selepas ini.
Timbul bibit kebimbangan, tak kira di kalangan orang Umno, PAS, KeADILan mahupun pihak lain akan pemansuhan ini, yang ratanya bimbang dengan nasib usahawan tatkala ekonomi negara pun terumbang ambing,
Sebagai contoh, Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Veteran Umno, Dato' Razali Isohak, sendiri berkata majoriti usahawan Bumiputera khususnya orang Melayu kecewa dengan pembubaran MECD.
Razali sendiri menyatakan, sepatutnya kementerian itu perlu diperkukuh dan dipertahankan bagi memperjuangkan nasib usahawan Bumiputera yang masih jauh ketinggalan.
Seperti juga kata Dato' Mahfuz Omar bahawa tindakan kerajaan dengan membubarkan MECD ini sebagai tindakan yang terkebelakang yang hanya akan menjadikan pembangunan usahawan itu terbantut.
Mengikut maklumat, lebih kurang empat juta pertubuhan koperasi dan enam juta ahli koperasi yang akan hilang tempat �berteduh� dan �mengadu nasib�.
Malangnya apa yang mungkin difikirkan Najib dalam perihal melaksanakan agenda memansuhkan MECD tatkala usahawan masih belum benar-benar dimantapkan untuk pembangunan ekonomi yang lebih jitu.
Apakah Najib tidak mengambil iktibar dari pembangunan di Jepun dab Korea sebelum ini yang dipacu antaranya dengan pembikinan golongan usahawan yang mantap?
Perihal ini pernah disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang nyata memberi cadangan agar MECD dikembalikan semula dengan penyegaran kepada agensi yang ada di bawahnya supaya ia lebih mantap.
Sejauh mana suara-suara ini akan didengar Najib dalam melakukan reformnya, ia bergantung juga kepada sejauh mana Najib tidak mampu di'kawal' oleh orang-orang di belakangnya.
Namun setakat ini, MECD selaku payung kepada golongan usahawan direntap Najib sebaik sahaja naik takhta, dan entah apa muslihatnya. - mks. _
........................................................
nah... terasa jugak laa ye.... mmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan pembubaran MECD
Hari ni dapat email dari member yangkeje kat PKNS mengenai laporan pembubaran MECD. sedih jugak bila kementerian yang menjaga usahawan ni dibubarkan..apa pun alasannya,sepatutnya kementerian ni terus wujud agar semua usahawan tak kira apa bidang pun senang untuk bertemu di bawah satu bumbung..ni di asingkan ikut fungsi masing2..
di MECD tu la semua usahawan bertemu tanpa mengira bidang masing2..senangje..ni kalau nak jumpa kontraktor kena gi kementerian kerja raya, nak koperasi kena gi KPDNHEP..tak tau la aku ada udang sebalik mee atau betul2 nak memudahkan usahawan pelbagai bidang ni berurusan di kementerian yang betul..
LAPORAN PEMBUBARAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD)
1.0
LATAR BELAKANG
1.1
Dalam pengumuman barisancabinet yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 10 April 2009, KementerianPembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD) telah dibubarkan dan fungsinya telahdiserap ke lapan (8) Kementerian.
1.2
Tujuan pembubaran tersebutadalah untuk menjadikan pentadbiran urusan berkaitan lebih cekap dan berkesan.
1.3
Disamping itu, penyusunantersebut juga adalah untuk memastikan peranan utama MECD sebelum ini terusdiberi penekanan terutama bagi melahirkan :
i)
Melahirkan MasyarakatPerdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) ;
ii)
Mempercepatkan pembabitanBumiputera dalam arus pembangunan ekonomi ;
iii)
Membangun kawasan pertumbuhanbaru ;
iv)
Memperkasakan koperasi.
2.0
PENYUSUNAN DAN FUNGSI KEMENTERIAN
2.1
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
i)
Pembangunan Dan PenggalakanSistem Francais
ii)
Pembangunan Skim Vendor
iii)
Pembangunan Koperasi
iv)
Suruhanjaya KoperasiMalaysia(SKM)
v)
Maktab KerjasamaMalaysia
2.2
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ;
i)
Pembangunan MasyarakatPerdagangan Dan Perindustrian Bumiputera
ii)
Institut Keusahawanan Negara(INSKEN)
iii)
SME Bank
2.3
Kementerian Kewangan
i)
Perbadanan Kemajuan EkonomiNegeri (PKEN)
ii)
Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA)
iii)
Perbadanan Nasional Berhad(PNS)
iv)
Bank Rakyat
2.4
Kementerian Kerja Raya
i)
Pusat Khidmat Kontraktor
2.5
Jabatan Perdanan Menteri
i)
Lembaga PerlesenanKenderaan Perdagangan (LPKP)
2.6
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
i)
Majlis Amanah Rakyat(MARA)
2.7
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
i)
Tabung Ekonomi KumpulanUsahawan Niaga (Tekun)
2.8
Kementerian Pengajian Tinggi
i)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
ii)
Malaysia-JapanUniversity(Maju)
3.0
ULASAN
Dengan penyusunan semula fungsi MECD, adalah dijangkakan PKNS akanbertanggungjawab secara langsung dengan Kementerian seperti berikut :
i)
Kementerian Perdagangan DalamNegeri Dan Hal Ehwal Pengguna
ii)
Kementerian PerdaganganAntarabangsa Dan Industri
iii)
Kementerian Kewangan
iv)
Kementerian Kerja Raya
[ Last edited by jutawanNora at 17-4-2009 12:06 ] |
|
|
|
|
|
|
|
mecd ni antara kementerian yg aktif
selalu jer program keusahawanan kt tempat aku ni
aku ingat pm baru ni akan perkuatkan lagi fungsinya
ni nak mansuh plak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 mawarputih2612\ catat
sebab sekarang tukar motto kerajaan... ONE MALAYSIA... |
|
|
|
|
|
|
|
for me its have a good side...semak balik latar belakang MARA....apa tujuan mula2 ia ditubuhkan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|