CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2459|Reply: 6

Lelaki-lelaki yang di tarik tangan oleh adik perempuannya ke neraka

[Copy link]
Post time 15-4-2009 11:24 PM | Show all posts |Read mode
LELAKI YANG AKAN DITARIK WANITA KE NERAKA::.

Mau tau kategori lelaki yang termasuk ke dalam golongan yang akan dimasukan ke dalam neraka, berikut kriterianya dan silakan anda renungkan sendiri anda termasuk ke dalam golongan tersebut kah?


Pertama : Sebagai Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidaklah cukup jikalau seorang ayah hanya dengan memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya.
( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya sholat dan shaum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
Kedua : Sebagia Suami
Apabila berstatus suami tetapi tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulannya, membiarkan isterinya mempercantik diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami tersebut berdiam diri walaupun seorang yg alim dimana sholatnya selalu ditegakkan, saumnya tidak pernah tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
( Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya supaya mengikut ketetapan syari’at, maka bersiap-siaplah untuk menjadi teman sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)
Ketiga : Sebagai Kakaknya
Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga martabat adik-adik wanita jatuh kepadaa kakak-kakaknya.. dan apabila kakak-kakaknya ini hanya mementingkan diri sendiri atau keluarganya saja kemudian adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM. Maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(Duhai lelaki yg mempunyai adik wanita, janganlah hanya menjaga amalmu, dan ingatlah kau juga akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelimang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)
Keempat : Sebagai Anak Lelaki

Apabila seorang anak lelaki tidak mengingatkan ibunya mengenai sikap dan tingkahlaku yg diharamkan syari’at Islam. Misalnya bila sang ibu berbuat kemungkaran seperti, mengumpat, memfitnah, berbohong, menggunjing, mengatai dan sebagainya.. .maka anak lelaki itu akan dimintai pertanggung jawabannya di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. ingatkanlah beliau jika salah atau khilaf…. krn ibumu juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan selamatkanlah beliau dari api neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik untuk menemaninya di neraka.)

Lihatlah.!! betapa hebatnya daya tarik wanita bukan hanya di dunia malah diakhirat pun daya tarikannya begitu hebat.

Oleh sebab itu kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan peranan mereka sesuai dengan aturan yang telah ditetapkan dalam ISLAM.

Firman Allah S.W.T
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu… .”

Hai wanita, kasihanilah ayahmu, suamimu, kakak-kakakmu serta anak-anak lelakimu.. Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Kepada golongan lelaki, cobalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??
sumber : cybermq.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 01:01 AM | Show all posts
takut kalau pikir2 balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:29 AM | Show all posts
antara tazkirah yg paling berkesan yg pernah aku baca.... mmg provokatif ngan liabiliti yg sgt berat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:51 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by doden at 15-4-2009 11:24 PM

Ketiga : Sebagai Kakaknya
Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga martabat adik-adik wanita jatuh kepadaa kakak-kakaknya.. dan apabila kakak-kakaknya ini hanya mementingkan diri sendiri atau keluarganya saja kemudian adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM. Maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik wanita, janganlah hanya menjaga amalmu, dan ingatlah kau juga akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:50 AM | Show all posts
Sebenarnya laki susah jadi lelaki dari jadi pompuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 16-4-2009 09:51


bang,
kalau nak copy and paste pun... tukarlah dulu kepada perkataan yang diguna pakai  ke dalam bahasa melayu yang diguna pakai di malaysia ni. Kakak ini sorang perempuan di malaysia. kalau ...


tak sempat nak betulkan.Apapun, thanks lah dah betulkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 05:23 PM | Show all posts
berat tanggungjawab sebagai lelaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.071057 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list