CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1734|Reply: 8

Menangis Kerana Allah,Tidak Masuk Neraka

[Copy link]
Post time 19-4-2009 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Untuk renungan bersama.   

[ Last edited by  indah_iman at 19-4-2009 18:31 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 06:31 PM | Show all posts

Balas #1 indah_iman\ catat

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:00 PM | Show all posts
Semoga airmata ini dapat menolong kita di sana kelak. Memang saya pernah dgr citer ni.... dan org yg betul2 takut akan Allah swt akan dpt merasakan sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:28 PM | Show all posts
terima kasih... panjang betull.. kejap saya mahu habiskan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:33 PM | Show all posts
Air Mata Yang Ikhlas Takutkan Allah Susah Hendak Diperolehi.. Kene Betul2 Kuat Iman Didada..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:59 PM | Show all posts
ada perbezaan ker menagis kerana takot kan ALLAH dgn menagis kena takut neraka ALLAH ? (taubat/ menyesal dan x sanggup hadapi siksaan neraka ? )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 10:49 AM | Show all posts

Reply #6 tulip5816's post

ada beza tak beribadat kerana Allah dengan beribadat kerana syurga Allah ? huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 07:08 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 21-4-2009 10:49
ada beza tak beribadat kerana Allah dengan beribadat kerana syurga Allah ? huhuhu


Dik tidak tahu sangat psl bende nih tp ade cerita pasal nih!!

Dua orang lelaki ditanya soalan oleh Rabiatul Adawiyah.

Kenapakah kamu menunaikan solat?

Mereka berkata: Kami takutkan azab api neraka dan kami inginkan syurga.

Setelah Rabiatul mendengar jawapan mereka,beliau menunjukkan wajah kecewa

dan bertanya lagi kpd mereka: Andai kata Allah tidak menjadikan syurga dan neraka masihkah kamu

akan beribadat kepadaNya.

Mereka terkejut dan x menyangka akan ditanyakan soalan sebegitu.Setelah lama mereka membisu,salah seorang

drpd lelaki tersebut bertanya: Jadi sebab apakah engkau beribadat?

Rabiatul menjawab: Aku beribadat kepadaNya kerana Nya.Dengan nikmat yang telah diberikan kepadaku

sudah cukup untukku beribadat kepadaNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2009 07:10 AM | Show all posts

Reply #7 winamp05's post

This question kindda out from the real topic but i'll tell u..

Rabiatul Adawiyah
Wacana mahabbatullah dalam dunia tasawuf dipopularkan oleh seorang wanita suci yang menjadi kekasih Allah (Waliyyullah), Rabiah al-Adawiyyah. Tampilnya Rabiah dalam sejarah tasawuf Islam, memberikan cinta tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran spiritual Islam.



Bahkan dengan kemampuannya dalam menempuh perjuangan 憁elawan diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.198438 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list