CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5043|Reply: 13

fakta haid yang mungkin kita tak tahu

[Copy link]
Post time 29-4-2009 12:05 PM | Show all posts |Read mode
kitab fekah imam al ghazali...hebat org ni...antara ulamak yg blh masuk
syurga ALLAH tanpa hisab....... kita entah la mcm mana!!!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa
perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan
perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang
guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang
Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat
mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka
mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period'
maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa
jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita

jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul

Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan
yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti

(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat
dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat
zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya
waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu
rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap
wanita Islam" (Imam
Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam
waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2.
Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)

solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau

tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi,
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu
mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk
waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih
dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering
dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam
waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan
Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa'
ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 01:45 PM | Show all posts
yang ni mmg ler wajib qada'... tak kira ler kering waktu mana pun... yang penting ... sebaik saja kering hari itu.. so yang pastnyer solat mmg ler kena qada'...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 08:09 AM | Show all posts
Aku rasa ni lebih sesuai masuk bod Islam....sebab lebih berkisar kepada soal solat tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 09:55 AM | Show all posts
aku rasa benda2 camni tak diajar kat skolah la bro...yang pompuan tau bila haid takyah solat.kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 10:44 AM | Show all posts
tolong tepek hadis yg kata blh kadaq semayang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 30-4-2009 07:09
Aku rasa ni lebih sesuai masuk bod Islam....sebab lebih berkisar kepada soal solat tu sendiri


setuju di move kan dan maintain link.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2009 12:12 AM | Show all posts
aku x pahammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 09:20 AM | Show all posts
orang pompuan dah lama tahu pasal ni, dari skolah rendah lg diajarin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 03:29 PM | Show all posts
setuju di move kan dan maintain link.


Decaffeinated Post at 1-5-2009 11:22


artikel yang dah diulang-ulang post.  tak payah move dan maintain link.  lain kali akan beranak yang baru.  cuma satu thread saja yang di digest.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=272856
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:44 PM | Show all posts
8# bintang

dah lama tau tapi ramai yang wat donno jer..cuba try tanye budak2 pompuan skarang diorang tau ke???

yang diorang tau shuffle,sms,wayang,rempit bla bla bla...niat mandi wajib pun betabur...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:45 PM | Show all posts
8# bintang

dah lama tau tapi ramai yang wat donno jer..cuba try tanye budak2 pompuan skarang diorang tau ke???

yang diorang tau shuffle,sms,wayang,rempit bla bla bla...niat mandi wajib pun bet ...
zaujahzauji Post at 14-7-2009 15:44


Nak betulkan sket. Bro, niat itu lintasan hati.. Yng kita selalu ckp tu adalah lafaz niat.. Lafaz niat tu mcmmna lain bunyi pun tetap akan sama kalu niatnya satu. Sebab tu kdg kita jumpa istilah mandi wajib, mandi junub.. Kita kena betul2 paham apa itu maksud niat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 04:30 PM | Show all posts
imam ghazali antara orang yang boleh masuk syurga tanpa di hisab?

on what ground and basis?

bukan ke ada 10 orang yang dinyatakan confirm syurga?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 06:58 PM | Show all posts
dah lama tau tapi ramai yang wat donno jer..cuba try tanye budak2 pompuan skarang diorang tau ke???

yang diorang tau shuffle,sms,wayang,rempit bla bla bla...niat mandi wajib pun bet ...
zaujahzauji Post at 14-7-2009 15:44


isterisuami, patik kira sejak masuk sekolah rendah da ada sukatan pelajaran pasal haid neh detail gak sampai ar sekolah menengah... kompen patik ustaz/ustazah da ajar mana2 budak yg pegi sekolah dan tak ponteng kelas masa matapelajaran agama Islam. lagi satu sekolah  ada gak kelas fardhu ain sebelah petang kalo ibu bapa berkemampuan pegi hantar lak kat sekolah agama swasta, demi nak suruh anak-anak cemerlang dalam hal2 agama sendiri.

patik kira yang tak reti pasal haid, nifas bagai tuh depa ni sajek takmo ambik tau :@... masa guru duk ajar masuk tinger kanan kuar tinger kiri. tak mcm depa belajar 1+1 = 2 .. ingat sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 07:03 PM | Show all posts
imam ghazali antara orang yang boleh masuk syurga tanpa di hisab?

on what ground and basis?

bukan ke ada 10 orang yang dinyatakan confirm syurga?
gunblade712 Post at 15-7-2009 16:30


oh yeh, patik baru nak sentap kembali bila baca balik posting tuan rumah...

sape yg konpemkan tuh?

setahu patik yang 10 konpem masuk syurga, hadis tu pun dipertikai gak.

ini kan imam ghazali yg tak ikut sunnah, tak kawen dan kemunculannya 1058m - 450h.

*mohon penjelasan tuan rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076433 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list