CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2539|Reply: 16

Influenza A; update- teruk landa eskimoes kat kanada

[Copy link]
Post time 2-5-2009 05:54 PM | Show all posts |Read mode
WHO tukar istilah 'selesema babi'

GENEVA 1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan, pihaknya akan berhenti menggunakan istilah 'selesema babi' bagi mengelakkan kekeliruan ekoran bahaya yang ditimbulkan haiwan berkenaan.

Perubahan polisi itu dibuat sehari selepas Mesir mengambil keputusan membunuh ribuan ekor babi di negaranya, satu langkah yang dilihat salah dalam mencegah wabak tersebut.

Jurucakap WHO, Dick Thompson berkata, industri pertanian dan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan kebimbangan bahawa istilah 'selesema babi' telah mengelirukan pengguna.

Ia juga katanya tidak memerlukan negara-negara melarang pengimportan produk daging babi serta mengarahkan pembunuhan haiwan itu.

''Daripada memanggilnya selesema babi, kita akan kekal menggunakan nama saintifik teknikal iaitu H1N1 influenza A,'' katanya.

Mesir membunuh kira-kira 300,000 ekor babi semalam walaupun pakar berkata, wabak itu tidak berkaitan dengan haiwan tersebut dan tidak tersebar dengan memakan dagingnya. Petani-petani yang marah membantah keputusan itu.

Di Paris, Pertubuhan Sedunia untuk Kesihatan Haiwan memaklumkan, 'tiada bukti menunjukkan jangkitan di kalangan babi dan manusia juga tidak mendapat jangkitan secara terus dengan haiwan itu'.

''Membunuh babi tidak membantu mengawal wabak itu kepada umum atau bahaya kesihatan haiwan yang ditimbulkan virus tersebut dan ia juga satu langkah yang tidak sesuai,'' kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. - AP




ingatkan nak tukar influenza P....   eniway.. hari ke sehari makin ramai worang dah kena selesema nih....  

[ Last edited by  amazed at 12-6-2009 20:37 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2009 05:55 PM | Show all posts
WHO dituduh lewat bertindak

SEORANG wanita mendukung anaknya keluar dari bilik pemeriksaan dan rawatan pesakit Influenza A H1N1di Hospital Naval di Mexico City, kelmarin. - AP

MEXICO CITY 1 Mei - Ketua pakar epidemiologi Mexico, Dr. Miguel Angel Lezana mendakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lambat bertindak terhadap satu wabak pneumonia luar biasa yang merebak menjadi wabak selesema babi, dan beliau mahu siasatan dijalankan mengenai kelengahan itu.

Lezana dalam wawancara menerusi telefon dengan Associated Press (AP) semalam berkata, beliau musykil dengan respons yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) dan pertubuhan induknya, WHO pada peringkat awal wabak itu.

Pengarah Pusat Epidemiologi Negara itu berkata, pihaknya memaklumkan PAHO pada 16 April lalu, mengenai wabak berkenaan di Mexico tetapi tindakan tidak diambil sehingga lapan hari kemudian apabila WHO mengumumkan wabak yang semakin merebak itu.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan di sini melaporkan, mereka mengesahkan 312 kes selesema babi dan 12 kematian akibat virus influenza A (H1N1) itu di kalangan 679 orang yang sudah menjalani ujian setakat ini.

Tidak sampai separuh daripada kes yang disyaki itu disahkan sebagai selesema babi manakala beberapa pemeriksaan terhadap ahli keluarga mangsa juga menunjukkan bilangan kes disyaki yang agak kecil.

Pihak berkuasa sebelum ini, menyenaraikan 260 kes disahkan dan menganggap bilangan kes nampaknya semakin stabil.

Setiausaha Kesihatan, Jose Cordova berkata, satu tanda positif ialah bilangan pesakit yang dimasukkan setiap hari ke hospital kerajaan dengan simptom selesema babi telah menurun daripada 212 orang pada 20 April kepada 46 orang semalam.

Pekerja kesihatan sehingga kini telah mengunjungi rumah 77 mangsa disyaki dijangkiti virus tersebut dan mendapati hanya dua kes yang didapati positif bagi virus influenza A yang mungkin jenis H1N1. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 05:57 PM | Show all posts
Amaran masih Fasa 5 - WHO

GENEVA 1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat tidak ada sebab untuk meningkatkan amaran berjaga-jaga terhadap wabak selesema babi ke tahap tertinggi atau fasa enam kerana situasi wabak sekarang masih stabil.

Namun, pemangku Penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda semalam, turut memberi amaran mengenai perkembangan di hemisfera selatan menjelang musim sejuk yang lazimnya membawa banyak kes selesema.

WHO meningkatkan amaran berjaga-jaga terhadap pandemik di seluruh dunia daripada fasa empat kepada lima kelmarin, menandakan dunia di ambang pandemik.

"Hari ini kami berpegang pada penilaian itu dan kami tidak menemui sebarang bukti menunjukkan kami perlu melangkah ke fasa enam hari ini atau langkah sedemikian perlu diambil pada bila-bila masa sekarang," kata Fukuda.

Fasa enam akan menandakan seluruh dunia dilanda pandemik atau wabak besar-besaran.

Bagaimanapun, Fukuda menjelaskan, virus selesema babi yang ditukar namanya kepada influenza A (H1N1) oleh WHO semalam bertindak seperti virus influeza biasa.

Oleh itu, virus tersebut akan mendatangkan kesan lebih besar kepada negara yang akan menghadapi musim sejuk tidak lama lagi.

Mexico yang paling teruk dilanda wabak itu serta Amerika Syarikat (AS) dan negara lain di hemisfera utara kini berada pada musim bunga dan musim selesema biasa sudah sampai ke penghujungnya. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 05:58 PM | Show all posts




yikesssssssss        
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 06:03 PM | Show all posts
331 kes setakat ini

GENEVA 1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan setakat pukul 0600 GMT (2 petang waktu Malaysia) hari ini, sebanyak 331 kes selesema babi disahkan di 11 negara, termasuk 10 kes kematian.

Menurut kenyataan WHO di laman webnya, angka-angka berkenaan yang diistilahkan oleh WHO sebagai influenza A (H1N1), yang lebih dikenali sebagai selesema babi, merangkumi 109 kes yang disahkan dengan satu kematian di Amerika Syarikat dan 156 kes dengan sembilan kematian di Mexico.

Negara-negara lain yang turut disahkan mempunyai kes jangkitan ialah Austria (1), Kanada (34), Jerman (3), Israel (2), Belanda (1), New Zealand (3), Sepanyol (13), Switzerland (1) dan United Kingdom (8).

Anggaran kes yang 'disyaki' adalah lebih tinggi. Misalnya Mexico berkata, seramai 176 orang telah mati akibat selesema itu dan kerajaan negara itu mengesahkan 12 kematian. - REUTERS


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 06:25 PM | Show all posts
  GROOOSSS!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2009 06:47 PM | Show all posts
huduhnya la piggy
mata biru ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 11:02 PM | Show all posts
Monday May 4, 2009
Mexico City to restart activity after flu shutdown
Argentine tourists wear surgical masks inside the airport in Mexico City May 3, 2009. (REUTERS/Jorge Dan)
MEXICO CITY (Reuters) - The Mexican capital will begin to return to normal this week after much of the city was closed due to the deadly new flu virus, Mexico City Mayor Marcelo Ebrard said on Monday.

But bars, restaurants, theaters and cinemas will stay closed until there is stronger evidence that the threat from the H1N1 virus has receded, he said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2009 11:04 PM | Show all posts
Monday May 4, 2009

Influenza A infections total 898 with 20 deaths

UNITED NATIONS: A total of 18 countries have officially reported 898 cases of influenza A (H1N1) infection.

Mexico has reported 506 confirmed human cases of infection including 19 deaths.

The United States government has reported 226 laboratory confirmed human cases, including one death.

The following countries have reported laboratory confirmed cases with no deaths - Austria (1), Canada (85), China, Hong Kong Special Administrative Region (1), Costa Rica (1), Denmark (1), France (2), Germany (8), Ireland (1), Israel (3), Italy (1), Netherlands (1), New Zealand (4), Republic of Korea (1), Spain (40), Switzerland (1) and the United Kingdom (15).

Further information on the situation will be available on the World Health Organisation website on a regular basis.

WHO advises no restriction of regular travel or closure of borders. It is considered prudent for people who are ill to delay international travel and for people developing symptoms following international travel to seek medical attention, in line with guidance from national authorities.

Canada on May 2 reported the identification of the A (H1N1) virus in a swine herd in Alberta. It is highly probable that the pigs were exposed to the virus from a Canadian farm worker recently returned from Mexico, who had exhibited flu-like symptoms and had contact with the pigs. There is no indication of virus adaptation through transfer from human to pigs at this time.

There is no risk of infection from this virus from consumption of well-cooked pork and pork products.

Individuals are advised to wash hands thoroughly with soap and water on a regular basis and should seek medical attention if they develop any symptoms of influenza-like illness.

Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said up till now, Malaysia has no H1N1 case.

He added that on May 3 the ministry did not receive any report on any patient being admitted to isolation ward for observation.

揂ll observation cases (earlier cases) have been discharged from hospitals,拻 he said.

On the same day, he said the total number of passengers screened at the airports are 4,452 and no one was referred to hospital.

Dr Ismail urged Malaysians returning from countries with H1N1 cases and had cough, fever and respiratory infection to seek medical treatment from the nearest clinic.

揇efer your travel plan overseas if you are not so well,拻 he said after a briefing on the flu which was also attended by state health directors, hospital heads, specialists and doctors from the private sectors at the Health Management Institute in Kuala Lumpur on Monday.

揊ull information were given to doctors and health care providers on ways to deal with H1N1 cases if it arises.

揂ll these measures are meant to monitor the situation very closely,拻 said Dr Ismail, adding that it is not necessary for people to wear a mask now.

A press statement by the ASEAN Secretariat stated that attempts are under way to involve the United States Government in addressing the threat of Influenza A (H1N1) poses to the region.

Officials from the Ministry of Public Health of Thailand and the Secretary-General of ASEAN, Dr Surin Pitsuwan, were working over the weekend to realise the participation of the US Secretary of the Department of Health and Human Services, Kathleen Sebelius, via video conference at an ASEAN Plus Three Health Ministers
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 11:08 PM | Show all posts
Monday May 4, 2009
Influenza A (H1N1) FAQ



Foreign tourists wearing protective masks stand in the main Zocalo plaza in downtown Mexico City, Monday. (AP Photo/Enric Marti)


What is the A (H1N1) influenza?

It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.

How does it spread?

Influenza A (H1N1) viruses do not typically infect humans though they do occur through close proximity or contact with infected pigs or contaminated areas. Cases of human-to-human spread have been documented.

What are the symptoms?

The symptoms are similar to those of regular flu:
- Fever
- Lethargy
- Runny nose
- Cough
- Sore throat
- Lack of appetite
- Vomiting and diarrhoea in some cases.

How common is the A (H1N1) flu infection in humans?

In the past reports of about one human A(H1N1) flu virus infection had been received every one to two years in the United States. From December 2005 till February 2009, 12 cases have been reported.

Has this strain of flu been seen before?

No. Flu mutates constantly, so it is common for new strains to emerge. Pigs can also be infected with both human and avian influenza, and the current circulating A (H1N1) flu strain appears to contain genetic elements from all three.

Can the A (H1N1) flu be treated with antiviral drugs and flu vaccine?

The A (H1N1) flu is resistant to two common drugs
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 06:33 AM | Show all posts
Mexico kembali pulih



SEORANG wanita memakai topeng muka
di bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Suasana di Mexico beransur-ansur pulih seperti sedia kala semalam apabila lalu lintas semakin sibuk dan kafe-kafe dibuka semula setelah ditutup selama lima hari bagi membendung penularan wabak influenza A H1N1.

Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih membatalkan beberapa acara besar termasuk Cinco de Mayo iaitu perayaan bagi memperingati kejayaan menewaskan tentera Perancis pada 1862.

Presiden Mexico, Felipe Calderon mengarahkan premis perniagaan turut dibuka semula.

Beberapa universiti dan sekolah tinggi di negara itu akan kembali dibuka esok manakala pelajar sekolah rendah dijangka melapor diri untuk memasuki sekolah masing-masing pada Isnin depan.

"Jadual sekolah akan kembali seperti biasa," kata Calderon.

"Keadaan semakin hampir seperti sedia kala, tetapi setiap orang perlu menjaga kebersihan," tambahnya.

Setakat semalam jumlah kenderaan di ibu negara berkenaan semakin bertambah manakala jumlah orang ramai yang memakai topeng muka semakin berkurangan.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Jose Cordova berkata, jumlah jangkitan semakin berkurangan sejak 27 orang disahkan mati akibat influenza A H1N1, termasuk seorang bayi Mexico yang meninggal dunia di Texas, Amerika Syarikat. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2009 04:50 PM | Show all posts
Korban H1N1 di Kanada



PETUGAS kuarantin dikerah memeriksa penumpang di Lapangan Terbang Narita, Tokyo, semalam.


Wanita mangsa pertama maut tidak pernah ke Mexico


OTTAWA: Virus H1N1 mengorbankan mangsa pertamanya di Kanada semalam, menjadikan ia negara ketiga melaporkan kematian akibat penyakit berkenaan selepas Mexico dan Amerika, virus yang setakat ini menyebabkan 3,400 orang sakit di 28 negara.

Ketua pegawai perubatan wilayah Alberta berkata, wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak pernah ke Mexico yang menjadi pusat wabak itu.

Jepun dan Australia mengesahkan kes pertama mereka Sabtu lalu, walaupun tiada kematian dilaporkan di kedua-dua negara.

Kematian wanita Kanada itu meningkatkan angka kematian akibat virus H1N1 kepada 48 orang.

Virus H1N1 adalah gabungan antara virus babi, manusia dan unggas yang tidak pernah ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

Satu kawanan babi di Alberta turut dijangkiti selesema virus H1N1, dipercayai dijangkiti menerusi seorang lelaki yang membuat perjalanan ke Mexico.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia terus meletakkan paras berjaga-jaga pada tahap 5 dan 6 berikutan virus baru itu tidak merebak secara meluas di luar Amerika Utara yang dijangka menyerang semua 50 negeri.

Jepun berkata, tiga kes pertama di negara berkenaan yang membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun dan dua remaja yang pergi ke Kanada.

Kes pertama di Australia pula membabitkan seorang wanita yang baru pulang dari Los Angeles Khamis lalu. � Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:11 PM | Show all posts
H1N1: China sahkan kes ketiga

BEIJING: Seorang penuntut berusia 18 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikar disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kes ketiga di tanah besar itu setakat ini.

Penutut perempuan itu yang dikenali sebagai Liu dan berasal dari Beijing, tiba pada 11 Mei lalu menerusi pesawat Continental Airlines.

Mangsa ke hospital tiga hari selepas sampai di Beijing selepas diserang deman, sakit kepala, batuk dan lemah sendi.

Liu yang disahkan menghidap virus itu kemudian dipindahkan ke Hospital Kawalan Penyakit di Beijing, hujung minggu lalu.

Ujian yang dilakukan Pusat Kawalan Penyakit mengesankan mangsa disahkan positif menghidap H1N1. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:09 AM | Show all posts
H1N1: Jumlah kes dijangkiti kini hampiri 10,000

GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta semua pihak supaya bertenang dalam menghadapi wabak Influenza A (H1N1) ketika kes dijangkiti kini menghampiri angka 10,000 orang di seluruh dunia.

Ban berkata, wabak selesema sebelum ini menunjukkan ia bermula sederhana dan menjadi buruk.

"Namun dalam menghadapi keadaan seperti ini, kita mesti tenang dan sentiasa berjaga-jaga," katanya berucap dalam perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sini, hari ini.

Beliau berkata, angka yang disahkan WHO menunjukkan lebih 1,000 kes dijangkiti dilaporkan pada Isnin sahaja, menjadikan 9,830 keseluruhan kes meliputi 40 negara ketika ini.

Wabak itu juga sudah meragut 79 nyawa.

WHO masih belum meningkatkan tahap amaran wabak ini daripada lima kepada enam - tahap pandemik yang beberapa negara mahu ia diisytiharkan segera.

Ia juga sudah menjangkau ke benua Asia dengan di Jepun saja, 193 kes dilaporkan sejak semalam.

Pada perhimpunan itu, Ban juga berkesempatan berbincang dengan firma farmaseutikal terkenal bagi mengeluarkan vaksin mencegah H1N1.

Kira-kira 30 pengeluar vaksin dunia membabitkan 19 firma industri dijemput WTO dalam menangani wabak H1N1.

Ban berkata, langkah WHO bekerjasama dengan sektor swasta bagi menangani wabak H1N1 adalah amat wajar sekali membabitkan perkongsian data dan sampel virus, selain usaha penyelidikan serta pencegahan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 11:38 AM | Show all posts

Reply #4 amazed's post

  ... pengotor da budak tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2009 12:07 AM | Show all posts
Influenze A: US death toll rises to 22

Pennsylvania, Fri:

US Influenza A death toll reached 22 as one death was reported Friday morning (Malaysian time) in the eastern state of Pennsylvania.

The Pennsylvania death, as well as deaths in New York and Chicago reported yesterday, were not included in the latest figures from the Centers for Disease Control and Prevention.

Pennsylvania currently 揾as 269 confirmed cases and 101 probable cases of illness due to this virus,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2009 08:38 PM | Show all posts
H1N1 teruk melanda Inuit Kanada


TORONTO: Pegawai kesihatan Kanada bimbang dengan penularan selesema babi yang teruk di kalangan masyarata Inuit tetapi berkata adalah terlalu awal untuk menyatakan sama ada virus terbabit menyerang hebat kumpulan terbabit.

Terdapat 78 kes selesema babi di Manitoba dan sebilangan besar daripada 26 yang ditempatkan dalam ventilator hospital adalah Inuit.

Mereka diterbangkan dari penempatan pedalaman St Therese Point, 500 kilometer ke timur laut Winnipeg.


Seramai 38 lagi diterbangkan dari penempatan Garden Hill First Nation Inuit bulan lalu.

揟erdapat laporan lebih banyak kes yang teruk di kalangan masyarakat orang asli dan ini membimbangkan," kata Menteri Kesihatan Leona Aglukkaq.

Ketua Pegawai Kesihatan Umum Kanada, Dr David Buter-Jones, berkata peningkatan kes yang teruk di kalangan Inuit Kanada adalah sama dengan cara pandemik menular dan tidak semestinya ia memberi lebih kesan terhadap mereka berbanding masyarakat lain.

Penularan virus itu di kalangan Inuit Kanada mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang percaya penyakit itu boleh memberi kesan teruk kepada mereka yang miskin dan tinggal dalam persekitaran tidak sihat. - AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.381157 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list