CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: mummy_yana

Anak aku kene sawan tarik....adakah kemungkinan untuk kena lagi???

[Copy link]
Post time 17-12-2009 11:02 AM | Show all posts
utk baby yg ada sawan ni. cuba rasa kat belakang kepala bhagian bwh near leher, coz biasanya ada biji. biji tu ngikut kata org tua2 itu adalah sawan. tiap2 pagi selawat sambil urut2 biji tu dgn ibu jari tgn.
just petua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 12:57 PM | Show all posts
sbb tu orang lepas bersalin, upah bidan..
disamping merawat emak si baby, tulun uruskan si baby sekali..
baby dimandikan.. di urut satu badan..
itu laa manafaat nye mengurut baby
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 01:56 PM | Show all posts
52# mek_ja
yg diajar kazen aku yg misi tuh gini jugak la..pakai air suam..takleh air sejuk2 mcm ais ke apa..thru reading dia ckp air suhu bilik..kire air tuh kalo lap kat bdn tak terkejut sgt la..
actually aku puas gaduh jugak ngan hasben sbb dia dgr thru adiknyer...dak dmm disuruhnya mandi...aku ckp mana leh..terkejut le bdn...trus dia gigil...biler gigil suhu bdn akan naik secara mendadak..lgk susah nak control..dah berbhs bagai akhirnya aku ckp kat dia...nih aku bc thru manual on the net..very lawak kan jawapan aku...then br nih aku print n kasik dia bc..kwang..kwang...tp aku dpt revise balik la..
-
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:06 PM | Show all posts
52# mek_ja
yg diajar kazen aku yg misi tuh gini jugak la..pakai air suam..takleh air sejuk2 mcm ais ke apa..thru reading dia ckp air suhu bilik..kire air tuh kalo lap kat bdn tak terkejut sgt la..
...
honeybee1802 Post at 17-12-2009 13:56


dah print
sure terdiam cik abe ko bila dah baca ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:48 PM | Show all posts
hari isnin pagi tue anak aku kena sawan tarik gak..
kol 4 pagi dia kena... masa sampai hospital, temp dia 39.5..
aku ngan hubby punya la cuak..
rasa mcm nak hilang anak pun yer mlm tue..
admited 2 hari kat hospital.. esok kena foloow up ngan paed lagi..
lepas nie kalau dia demam, doc kata..chances dia nak kena lagi tue memang ada..
so kena monitor la..
huuhuuhu... sedih oo masa time dia kena tue..
aku rasa mcm nak tukar tempat jer ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:05 AM | Show all posts
sawan tarik ni sawan yg kene time demam ke?

aku nak kongsi pasal adik aku yg bongsu.. xtau nak panggil ape.. sawan tarik atau sawan ape.. kene time tido.. masa ni xde demam atau ape.. cuma kene ti ...
ammar_7e Post at 14-12-2009 15:07


nenek sy pun bagi petua lebih kurang la..
katanya mintak suami kita mandikan anak di bawah kelangkang dia...
tp tak pernah try lagi...
sbb anak sulung saya sudah melepasi tempoh sawan tarik..skrng 9 tahun dah
dia pernah kena 3 kali sepanjang umurnya 1-3 tahun

now si adik pun  dah pernah kena sekali masa umur dia setahun 3 bulan.
so lepas ni kena berhati-hati, sawan tarik ni memang akan berulang kalau sekali kena..

i do agree with satu forumer cakap, masa budak tengah panas sgt badan tu "JANGAN MANDIKAN"
thissss is very-very wrong occay..
dulu saya tak tau, orang kata bila badan panas, mandikan..
bila tgh panas, kita mandikan itu yang terjadinya sawan, sebab tiba-tiba badan dia sejuk,
bila sejuk dai mengigigil, bila menggigil, selepas itu biasanya sawan terjadi.

so the bst way ialah, bila perlu masuk ubat bontot, atau bagi PCM, cepat redakan suhu budak.
caranya ialah ambil tuala basah, balut badan budak, biar sejuk turun. jangan guna air sejuk (ais)
air suam atau air paip biasa...

bial suhu dah turun.. at least 37 atau 36 celsius, baru lah kita mandikan anak.. (dengan air suam)

nanti saya copy paste pasal ni, i put it in my blog entry.. supaya semua orang boleh baca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 11:10 AM | Show all posts
Petikan dary my blog http://ceritapnut.blogspot.com  :-


And ada beberapa kesilapan yang aku lakukan, so let me share kesilapan aku dari penerangan doktor.

* Bila budak kena tarik, jangan terus pi mandikan badan dan kepala dia. Masa tengah fit, otak dia tak berfungsi, sebarang cecair yang masuk ke dalam badan dia tidak dapat diterima otak, dan boleh menyebabkan berlaku komplikasi, contohnya air masuk paru-paru, dan beberapa komplikasi lain (termasuk kejadian macam kes budak kat seberang jaya, yang kaki dan tangan jadi hitam lepas doktor suntik ubat sawan kat dia masa kena fit)

so doktor bagitau aku, sebaik-baiknya pulihkan anak dari fit tu, dengan cara, basahkan kepala dia dengan air bilas-bilas, pastikan tidak kena muka dan air masuk ke ronggan hidung or mulut, jirus kaki, badan... (selalunya fit ni tak lama, kurang dari 3 minit, dari pengalaman aku la orang lain tak tau la) lepas anak dah sedar, baringkan dia, tanggalkan baju semua, lapkan terus badan dia... kalau masa tu dia belum makan apa-apa ubat, boleh masukkan ubat sumbat kat bontot tu (ntah ape nama dia..) or kalau sudah lepas 4-5 jam budak dah makan ubat pun boleh masukkan. (better standby ubat ni kat rumah, sebab budak biasa demam akan muntah, lps makan ubat muntah, so utk elakkan badan dia terus panas kalau tak makan ubat guna ubat ni.

Then tips bagi nak elakkan dia dari kena fit berulang, (sebab budak sekali kena fit setiap kali demam panas ianya boleh berulang lagi)

* First tu belikan digital termometer, dan selalu monitor suhu dia time demam. dan selalu lapkan badan dia supaya sentiasa basah, paling penting ubun-ubun kepala...sentiasa basahkan dan letak tuala. kalau aku, aku selalu guna air asam jawa aku ramas dalam besen air, tak payah le pekat2 cair tak pe, dan basahkan kepala dan sapu-sapu seluruh badan anak (air asam jawa ni bagus untuk sejukkan badan budak, tp jangan berlebihan. Kalau ada daun bunga raya sekali boleh ramaskan sekali. elok untuk keluarkan haba panas badan.

*Bagi anak makan ubat setiap 4-5 jam, kalau panas masih berterusan, kalau dedar biasa je lepas 6 jam pun ok. Jangan selalu gunakan ubat bontot tu, doktor Najmi dulu tak berapa advice guna, kecuali kalau dia minum ubat dan muntah baru bagi.

*Jangan sesekali mandikan anak time suhu badan dia panas sangat tu, cthnya 39-40 darjah celcius, bila badan dia panas, kemudian di mandikan nanti dia akan menggigil, dan bila menggigil tu la yang selalu dia kena fit, selalunya time ni fit terjadi, dia menggeletar dan terus kejang. Sebab itu kena turunkan dulu suhu badan dia, then baru lah mandikan kalau nak mandikan, itu pun aku mandikan dengan air suam. Takut dia kesejukan dan menggigil.
(in case kalau dia menggigil time ni, aku selalunya akan selimutkan dia sekejap, gosok tapak kaki dan tangan dia kasi panas sikit) aku selalu mandikan dia lepas bagi ubat, lepas turunkan suhu panas badan.

*kalau boleh la..kalau dah sekali anak kena fit ni lepas tu kalau dia demam, amiklah cuti, jaga sendiri anak kita, kalau kita dapat baby sitter/taska yang betul-betul prihatin tak per, kalau kena macam taska Najmi, buat bodoh jer berulang kali aku pesan pun, sampai sekali terjadi depan mata mereka baru diaorg panik, cuak dan menangis2 cikgu dia call aku sebab tak tau nak buat apa. So korbankan cuti dan biar anak sentiasa depan mata, sbb yg kali terakhir najmi kena kat taska dia ialah time dia tengah tido. So kalau anak demam, jangan ler terus terlelap, tido-tido ayam je la.. and kalau anda jenis ibu bapa tido tak sedar diri, better kalau dia masih panas badan dia, dlm pukul 12 mcm tu sebelum tido masuk ubat bontot tu, sbb ubat bontot ni boleh tahan 6-8 jam, so bolehlah bertahan kalau tidur pengsan pun.

* balik kampung-make sure dlm check list balik kampung tu, ubat anak, termometer, letak no.1, and tuala kecik. And tak payah le bawak anak pi shopping ke masa dia tengah demam, kalau something bad happen, menyesal tak sudah. Ini terjadi kat kawan aku, anak dia demam, dia gedik jugak nak pi shopping, bawa anak, dalam supermarket anak dia kena sawan tarik ni, gelabah la. dah le parking jauh, toilet pun jauh masa tu nak basahkan budak. Kami dulu kalau Najmi demam, memang tak ke mana. Biarlah orang kata manjakan anak, tak leh kena panas, tapi itu anak kita, kalau terjadi yang buruk bukan depa boleh gantikan anak kita pun. And terjadi jugak, dulu ada kawan opis aku kutuk aku time family day opis aku, aku tak mau berjemur anak, dia kata aku manjakan anak.

Aku kat dia, anak ko tak pernah kena 'tarik' sekali dah kena baru ko tau camner. Kemudian Allah pun uji dia, anak dia pun kena fit ni, kelam kabut dia call aku tanya camner nak handle. Aku pun kesian, ingat macam nak ungkit je balik, kemudian baru dia bgtau, dia rasa apa aku rasa. So bila baca entry ni, bagi orang ada anak kecil, jangan amik mudah, ingat apa yang aku tulis... Andainya terjadi juga benda ni pada korang at least korang boleh ingat.

*Kalau dia demam panas dan tengah tido, jangan bagi dia terkejut, bila terkejut pun dia boleh menggigil sakan. Masa kali terakhir Najmi kena kat taska tu, aku tengok sendiri teruknya dia kena, sampai kaki mengerekot, mulut semua dah herot, mata dah terbeliak, terkencing2 dah, bayangkan cikgu dia call aku kat ofis bagitau dia kena fit, adalah dlm 5 minit amik masa utk aku sampai, dia masih menggigil lagi, dan sepanjang jalan ke hospital, dlm 5 minit pun dia still macam tu, masa tu aku masukkan jari aku dalam mulut dia sebab dia dah nak terkancing gigi, dah berdarah2 jari aku kena ketap, masa tu tak rasa sakit pun, sebab panik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:59 AM | Show all posts
nenek sy pun bagi petua lebih kurang la..
katanya mintak suami kita mandikan anak di bawah kelangkang dia...
tp tak pernah try lagi...
sbb anak sulung saya sudah melepasi tempoh sawan tarik..sk ...
pnut Post at 4-1-2010 11:05


salam

petua yg ni sy pernah dengar gak, tapi org tu takdela plak kata utk elakkan anak sawan tapi yg dia kata supaya anak dengar kata, tak melawan cakap org tua n bonding kuat dgn org tua... (sama le konsepnya dgn suami isteri mandi sesama... , supaya bonding tu kuat n sentiasa dok teringat je kat memasing..)

TT, sori ek, dh jadi cerita lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 10:02 AM | Show all posts
utk baby yg ada sawan ni. cuba rasa kat belakang kepala bhagian bwh near leher, coz biasanya ada biji. biji tu ngikut kata org tua2 itu adalah sawan. tiap2 pagi selawat sambil urut2 biji tu dgn ibu ja ...
3G Post at 17-12-2009 11:02


setuju dgn 3G.. anak2 sy yg 1st n 2nd mmg ada biji ni.. n mmg diorang berdua tu pernah kena sawan tarik ni masa kecik. n org tua pun ada pesan suruh urut biji tu n lame kelamaan biji tu surut sendiri.. alhamdulillah yg 1st pernah kena sawan sekali je, yg 2nd 2 kali je.. n alhamdulillah, adik2 yg lain takde kena..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:31 AM | Show all posts
67# pnut

masa anak sulung kena sawan ni, dia dlm umur setahun lebih skit. masuk ER. doc mandikan dia n dh sudah tu bagi pakai diaper je. doc ambik ais, letak dlm bekas getah yg mcm hot water bottle tu n letak bekas ais tu kat depan n belakang badan dia.. bila adik dia pun kena sawan a few months later, doc kat ER tu buat benda yg sama.. kesian gak nengoknya, mcm sejuk sgt2 je, tapi diorg ok je, takde plak nangis2 ke..

tapi mmg style kat sana, diorg ajar, kalau demam, mandikan anak tu tak kira le tgh malam ke, pagi ke, ptg ke.. cara dia, air tu agak2 suam2 sikit, bkn air sejuk. make sure air suam n mandikan dlm tub mandi. mula2 celupkan kaki anak je dulu pastu baru masukkan bdn dia n biar dia duduk berendam dlm air tu. bila badan dh basah, tuang air ke kepala dia plak. n gradually tambah air dlm air suam tu sampai le air dlm tub tu jadi room temperature. yg dok jadi badan menggigil bila dimandikan tu is bila badan 'terkejut' n leads tu hypothermia.

benda ni sy dh practice kat all my kids, asal demam je, mandikan.

kalau ikut petua org lama2, mandi tu mmg out of the question la kan..

pastu about ubat plak, mmg i'm a firm believer of suppositories.. )  sbb kat obersi dulu tu, mmg segala mak nenek ubat for kids, mostly dlm bentuk suppo. mcm logik le plak bagi sy sbb bdk2 mmg susah kalau nk bagi makan ubat kan... so ini le cara yg paling senang. ubat demam, ubat batuk, ubat tahan muntah, semua dlm bentuk suppo. pastu kat sana, kalau baby/kids demam panas sgt, dia akan bagi 2 jenis ubat demam berbeza.. satu PCM n satu lagi alternatif either ibuprofen-based or aspirin-based. mula2 dia akan suruh kita administer PCM, then after about 2-3 hours, kalau suhu tak turun jugak, administer yg alternatif plak.. sampai la baik. biasanya 2 kali je buat proses tu, terus baik demam..
tapi bila balik mesia, sy pernah kena marah dgn satu doktor kat satu klinik ni sbb sy bagi suppo kat anak. reason dia marah is sbb menurut dia suppo ni 'efficient sangat'!! konpius sy sekejap.. ) tu la last sekali sy pegi klinik tu, terus kena ban dgn sy walaupun kat tmpt tu, klinik tu kira paling glamour le.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:00 AM | Show all posts
70# yummy_yummy_yum
awak, bab ubat sup tu..
my paed kat pantai dulu pun tak berapa encourage..
katanya kalau budak demam, muntah.. tak boleh terima ubat makan, baru bagi sup
atau pun kalau temp terlalu tinggi 38 celcius ke atas,
tp katanya kalau dedar, dan belum cecah 38, ubat makan memadai..
katanya ada side effect juga kalau biasakan anak dengan ubat sup ni..
biasalah ubat yang kesan cepat kesan kimia dia tinggi. saya pun tak pulak argue atau bertanya lanjut dengan dr. lai tu..eheheh masa tu muda lagi, tak berapa nak bertanya sangat.

but in my case, anak dah ada history kena sawan ni, bila temp dia cecah 38 je, dan belum makan ubat air lagi, mmg terus saya masuk ubat sup ni..

in case kalau travel nak balik kg, sbl gerak tu suhu dia agak tinggi, mmg saya masuk ubat bontot ni, at least 3-4 jam dalam perjalanan suhu badan dia reda sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by Audetom at 22-1-2010 09:55

saya pun pernah ada pengalaman ank kena sawan ni..masa memula dia kena dulu, mmg panik habis..nasib baik ada jiran sebelah yg tolong..masa tu umur dia dlm dkt2 setahun. yang paling teruk sekali masa umurnya 4 tahun..hari tu dia memang demam, tp sy dah amik langkah berjaga2 seperti lap bdan dia selalu n stanby ubat bullet.. malam tu sy terpaksa pegi amik suami yg baru balik dr offshore kat stesen komuter subang (sy dr puchong). Ms sblom pegi sy dah bg ubat demam, tp masa dlm kereta dah nampak dia mcm tersentak (itu tanda dia nak kena sawanlah tu). sy suruh abgnya peluk dia..dlm hati berdoa jgnlah terjadi kat dlm kete tu,tgulah smpi dah amik papanya dlu.

bila dah amik suami sy, dlm perjalanan balik rumah, tiba kat tol sunway, tiba2 dia muntah atas riba suami..lepas muntah tu, tiba2 dia kena sawan..meraung2 sy yg tgh drive ni tgk mata hitam dah tak nampak dah..terus pegi ke klinik kat puchong jaya tu. doktor ngan nurse, punyalah pulun cuba stabilkan ank sy tu..bila dah ok, dia nasihatkan kalau terjadi lg, terus ke sepital je.. so, kami pun balik lah ke rumah ngan ank sy tu cuma pakai spender je.

nak dijadikan cerita, masa dah nak sampai rumah, kitorang accident plak..kete tergolek 2 kali..puncanya ada kete nak msk simpang yg tak nampak kete kami. masa tu sy ingat sy satu famili dah nak mati, tapi alhamdulillah, Allah masih bg peluang..nasib baik ms tergolek tu, kete kami bkn upside down..so, senang nak keluar. ank yg besar kat blkg, meraung2 ketakutan..tak tahulah masa tergolek tu camna keadaanya.. yg br kena sawan tadi dlm pangkuan sy.,dlm keadaan bingung..takde reaksi apa2..sy plak benjol di dahi akibat terhentak,manakala suami sehari lepas tu bengkak pergelangan tgn. masa tu ada sorang cina ngan pembantunya tlg bawakan sy ke hospital putrajaya.

apa yg menyedihkan, ms sy smpi di sepital, dahlah kena tgu sampai 2-3jam, pastu ank sy yg hanya berspender..dlm kesejukan sbb bj dah lenjun kena muntah,takleh pakai lg. sy dah infom kat kaunter, ank sy br kena sawan,pastu terbabit plak dlm accident, tp depa buat tak tau jer. Sekurang2nya bagilah sy msk kat wad kecemasan tu baringkan ank sy dan selimutkan dlu... nasib baik ada kwn tlg hantarkan bj utk ank sy. suami masa tu tak ikut ke sepital sbb uruskan kete dulu. Smpi skrg bila diingat kembali, rasa geram, marah yg teramat sgt ...napelah depa ni tak prihatin sangat..

dan lepas peristiwa tu, alhamdulillah, ank sy dah tak pernah kena sawan lagi..kiranya itu adalah yang terakhir dan paling tragis sekali..tp, setiap kali demam, sy dan suami mmg jaga betul2..skrg dah 8 tahun..demam pun jarang2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 12:51 AM | Show all posts
MMG byk info berguna yg boley saya baca kat sini...at least ada ler pengetahuan kalau berhadapan dgn situasi camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:50 AM | Show all posts
Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?

Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata.

Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.

Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.

Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.

Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.

Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.

Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by honey_dew at 26-1-2010 09:37

Post Last Edit by honey_dew at 26-1-2010 09:27

suggest bawa g as-syifa
berubat guna al-quran
tgk experience orng2 yg kena penyakit krtikal makin pulih lepas g jumpa ustaz tu
list address rawatan as-syifa http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=33

ada org kata sampai umur 2 tahun sj kena sawan
lepas tu ok
tapi better take precautious
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:13 AM | Show all posts
3G posted on 17-12-2009 11:02 AM
utk baby yg ada sawan ni. cuba rasa kat belakang kepala bhagian bwh near leher, coz biasanya ada bij ...

betul..ustaz darusshifa pun pernah ajar camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071594 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list