View: 2661|Reply: 16
|
Membina Sumber Financing Anda Sendiri
[Copy link]
|
|
sambungan
Katakanlah anda dapat kontrak "Best-1" bernilai RM20,000 dan nak guna financing RM15,000 .. Jika anda ada duit sebanyak RM15k dalam bank sekalipun, nasihat saya jangan guna duit anda sendiri aje. Gunakan peluang ini untuk bina jaringan bank anda sendiri. Buat seperti berikut:
1) Gunakan RM 10K sahaja untuk modal dari poket sendiri.
2) Kenalpasti 3-4 orang yang berduit (mungkin family members atau kawan rapat, lagi ramai lagi bagus). Katakanlah A,B,C,D dan E.
3) Approach A and B dan minta financing dari mereka RM 2.5K seorang. Semasa meeting dengan mereka, buat begini
- bawak original copy Purchase Order anda
- bawak agreement yang menyatakan projek apa, berapa nak pinjam, bila nak bayar balik serta keuntungan untuk pelabur. Agreement ni boleh minta kawan lawyer anda drafkan. Satu page cukup.
- Tunjukkan bahawa anda telah invest duit sendiri sebanyak RM10K. Ini untuk memberi keyakinan kepada mereka bahawa anda serius dalam bisnes, bukan pakai air liur aje.
- Jika mereka minat nak invest. Sign agreement tadi dan suruh mereka transfer duit dengan Maybank2U
4) Jika A atau B tidak minat ... kurangkan dulu amaun yang diminta. Kalau tak dapat juga, pergi kepada C,D dan E dan buat perkara sama (Step 3).
5) Jangan lupa, jika A atau B telah invest, tunjukkan kepada C,D dan E bahawa A/B telah invest. Ini untuk tingkatkan lagi keyakinan C,D dan E. Dalam cerita ini
- A invest RM 1500
- B invest RM 1500 sahaja
- C tak mau invest tapi setelah mendengar A dan B berani letak duit .. dia letak RM2000
- D dan E kita jumpa juga .. tapi bukan nak minta duit .. tapi cerita kat mereka bahawa A,B dan C telah invest. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yg boleh dipercayai.
6) Bila anda telah berjaya cukupkan financing ... buat kontrak betul2 dan tunaikan janji anda. Bayar semula hutang berserta keuntungan.
bersambung ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info menarik nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 thedude\ catat
good info bro |
|
|
|
|
|
|
|
theoritically gud.. practically entah laa...
tapi gud idea jugak... nanti bleh kita sama-sama brainstorm kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kip's post
Encik .. inilah yang saya dah buat untuk finance kerja-kerja saya |
|
|
|
|
|
|
|
GOOD INFO!!
boleh tambah???... ada juga kekawan saya datang dengan benda2 macam ni, nampak pro sikit approachnya bila guna jargon investment dari "nak pinjam" - sebab dalam perniagaan & persahabatan - ini adalah 2 pekara yg tak bole kahwin.
anyway - bila saya invest - saya akan mintak mereka ini kasi saya PD cheqeu siang2 - bukan apa, confiden sikit nak melabur, takut bila dorang dah dapat payment,tak hingat nak bayar pulak.
nak start cari A, B, C, D, E, F.... sampai M.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula dengan "factoring company"? Ok ke klau kita guna khidmat dia org ni...? Boleh cerita kebaikan & keburukan klau menggunakan khidmat factoring ni.
Link ni ada senarai factoring company yg diluluskan oleh MOF :
http://home.eperolehan.com.my/en/about/features12.aspx
[ Last edited by qash at 11-5-2009 11:49 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 qash's post
Saya rasa ok juga kalau nak guna factoring company ... cuma yang jadi masalahnye ...
- paperwork lebih sikit ... kene buat each time dapat contract... kene minta contract issuer sign dsbnya .. ade procesing fee juga
- lepas tu ade one-time lawyer agreement and fees ... lebey kurang RM2k
untuk projek short-term mungkin tak sempat nak buat benda ni semua ...
duit ambil masa 10-14 hari untuk dapat. Kalau ada tempoh yg panjang serta anda rajin nak buat extra paperwork ... orait juga pakai factoring ni .. .. rate rendah berbanding private investor .. untung pon lebey ..
factoring ni interest quite ok ler ... selalunya 8-11% setahun .. lagi besar amount lagi rendah interest rate dia .. kalau amount 1mill .. rate dia boleh serendah 6% setahun kot ...
[ Last edited by thedude at 11-5-2009 13:05 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by qash at 11-5-2009 11:46
Bagaimana pula dengan "factoring company"? Ok ke klau kita guna khidmat dia org ni...? Boleh cerita kebaikan & keburukan klau menggunakan khidmat factoring ni.
Link ni ada senarai factoring co ...
Kalau supplier kita bagi term untuk bahan mentah/bahan jualan kita factoring boleh membantu. Tapi kalau kita kena bayar cash, tak ada guna sangat. Sebab factoring ni post financing. Maknanya kita dah antar invoice baru boleh amik duit factor. Biasanya kontraktor perlukan pre-financing. Nak beli bahan mentah, bayar machinery, pekerja dan kos-kos lain dulu untuk siapkan projek. Dah siap projek baru boleh antar claim. Kalau dah siap projek baru factoring nak bagi duit, baik tunggu payment aje.... Bidang pembekalan lebih sesuai untuk kemudahan factoring. Untuk kontraktor projek kena guna overdraft atau kaedah yang dicadangkan thedude...
[ Last edited by paparock at 11-5-2009 13:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 qash's post
Proses factoring secara ringkas ... (setelah dapat contract)
1) Buat agreement bahawa contract issuer bersetuju untuk bayar semua payment ke dalam akaun agensi factoring
2) Kontraktor hantar invois dan number akaun supplier kepada agensi factoring
3) Agensi akan bayar semua kos directly
4) Kontraktor mula bekerja
5) Bila kerja siap, Contract issuer bayar semua payment kepada agensi factoring
6) Agensi factoring ambil kos, interest dan service fees. Kemudian bakinya diberikan kepada kontraktor (untung)
[ Last edited by thedude at 11-5-2009 21:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 11-5-2009 21:02
Proses factoring secara ringkas ... (setelah dapat contract)
1) Buat agreement bahawa contract issuer bersetuju untuk bayar semua payment ke dalam akaun agensi factoring
2) Kontraktor hantar ...
Oh macam tu ke? Dulu pernah gak aku pergi kat Amanah Factor. Depa agree nak bagi kitaorang facility RM500K tapi kami tak amik sebab pegawai dia kata depa cuma bagi post financing. Mungkin kami tak faham apa yang dia terangkan kot. Tak ada rezeki la tu. Akhirnya kami guna kaedah yang thedude cadangkan untuk siapkan projek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 paparock's post
Contract financing ni ade macam2 cara ..
Mungkin Amanah Factor tu lain sikit cara dia ... saya tak pernah lagi berurusan dengan diorang ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|