|
Keli zat babi haram
| KERATAN Kosmo! semalam.
|
KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.
Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.
"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.
Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.
"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.
ikan keli memang sedap kalau dimasak:
1.goreng berlada
2.asam pedas
3.masak lemak cili api
berselerakah anda setelah membaca atikal ini? |
|
|
|
|
|
|
|
EMM... aku suka mkn ikan keli
bapak aku jek xsuke
yeke camni kenyataan nya?
adoiyai....
xpe, byk g ikan len
ikan bilis wat sambal potai pon sodap!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku memang x makan ikan air tawar....
sebabnye..
1.mak aku memang x makan...so mak aku memang x pnah nak beli/cari ikan2 air tawar ni...walaupun arwah ayah aku makan ikan air tawar..tapi kitorang adik bradik ntah...x lalu...
2.HANYIR..?? wpun dah digaram kunyit kan..but rse x same la ngan ikan laut...x leh..
3.KELI/HARUAN/PATIN/MAYUNG/BETUTU dan sepupu2 ikan pesen cam ular ni sah2 aku x lalu..ha lagi 1, BELUT....
bukan berlagak/memilih..tapi memang x biase makan...dah tue2 camni pun... |
|
|
|
|
|
|
|
kakak bedah selalu cakap, zaman sekarang ni semua nk dicampur dengan babi.. atau di bg makan ngn zat2 babi ni... ayam la.. ikan keli la.. spirulina la..
asik2 babi... benci arrr |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka mkn ikan air tawar & laut. Ikan keli pun feveret. Ikan patin lagi sodap.
Tapi cane nak control semua ni? Benda2 ni secara tak langsung blh mmbuatkan kita asik ragu2. Mmg kita kena jaga pemakanan kita dan periksa dlu apa yg kita nak mkn tp sape nak periksa ikan kat pasar tu? Kalau tanya penjual tu pun belum tentu depa tau. Jual tangan atas tangan.
Bukan soal ikan saje, malah kasut pun sama. Nak beli kasut warna cokelat pun dah fobia |
|
|
|
|
|
|
| |
|