|
Soalan
Saya adalah salah seorang peminat yang sentiasa mengikuti jawapan dan penjelasan Dato' dalam ruangan ini. Dalam jawapan terdahulu tentang makhluk halus, Dato' tidak menyentuh tentang orang bunian, soalan saya adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk halus?
Jawapan
Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka saya cuba menjelaskannya.
Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.
Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahayarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian.
Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.
Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T lebih mengetahui.
Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.
Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."
Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."
Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah.
Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.
Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunia dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.
Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.
Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.
Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya.
Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Waalahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
bunian ini lebih kepada golongan jin yg majoritinya beragama islam dan mengamalkan kehidupan yg beradab....................selalunya golongan ini lebih tertarik kepada manusia yg menurut perintah Allah dan lebih suka berdamping dgn manusia spt ini.................mereka juga benci kepada manusia yg tidak beradab sopan...............jika tersampuk dgn golongan ini, mudah bg kita untuk meleraikannya.............. |
|
|
|
|
|
|
|
51# sunsuria3
Dah krirm salam belum? Btw, me percaya kisah2 jin ni cuma belum pernah nampak dgn mata kepala sendiri. Kalau dgr citer, mcm2 wehh!!! My mom pun berkali2 dah jumpa. Yg tinggi, yg mata merah etc. Ada kala dia berani siap nak lawan balik, ada kalanya demam 3 hari! Dan me pernah nampak bayang2 hitam je pun dah keras satu badan. hu hu...
Btw, thanks for the info cikgu. |
|
|
|
|
|
|
|
63# HOTlips
keterangan lanjut baca kat blog ust harun din saya pun semalam leka baca soal jawab kat situ sampai terlena.....jumaat ni anak saya blk nanti saya sampaikan salam u tu
masa kat jakarta baru ni pun saya nampak kelibat hitam gitu je kat hotel...buat selamba derk aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
64# sunsuria3
Tell ur son. Syabas! Iman yg mantap!
|
|
|
|
|
|
|
|
kita pun mesti takut dgn Allah sahaja dan jgn percaya kpd kuasa2 lain melainkan kuasa Allah.
alhamdulillah bagus pendidikan guru2 nya kat sekolah agama tu...saya seronok sgt tgk hasilnya alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah
sampai bila dia nak pakai timun,terung & jagung |
|
|
|
|
|
|
|
minta simpang aku nk berkahwin dengan jin..
alhamdulillah la aku berkawan dgn manusia biasa dan sempurna..
takut seh.....
rienafaiz Post at 23-6-2009 17:36
maksud sempurna di situ apa ya? sempurna fizikal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pasal apa nak kawin dengan jin? manusia itu adalah sesempurna kejadian. Allah SWT hiaskan manusia dengan kecantikan dan ketampanan. jin? kita tak tau pun rupa jin sebenar. adakah dia berupa manusia? sedangkan jin mampu untuk berubah bentuk.
perkara berkahwin dengan jin ni ada ulama islam yang buat bab yang berdasarkan perkataan 'sekiranya'. maka mereka pun mengeluarkan hukum2 berdasarkan ijtihad mereka bedasarkan 'sekiranya ada berlaku kejadian manusia kahwin dengan jin'. antara perkara yang mereka persoalkan... ialah... semasa akad-nikah... jin tersebut berupa seperti manusia... adakah ia akan tertalak sekiranya jin itu berubah rupa menjadi benda lain? |
|
|
|
|
|
|
|
bg kita mkin janggal jika dengar org berkahwin dgn jin......................ttp ada yg terjebak begitu |
|
|
|
|
|
|
|
63# HOTlips
sorry hotlips tak leh nak sampaikan salam u...anak i kata nenek kebayan tu dah lama berhijrah..tak tau pi mana he he ..yang terbaru katanya 2 ekor pocong suka lepak kat asrama puteri...
saya tanya dia ust tak buat apa ke kat pocong tu? dia kata ustad suruh buat bodoh je...dah pocong2 tu pun buat bodoh je tak kacau sape2...dia just lepak2 kat belakang asrama puteri tu je..dah penat lepak dia balik lah umah dia...
dia rasa aman kut dok kat sek agama tu |
|
|
|
|
|
|
|
63# HOTlips
sorry hotlips tak leh nak sampaikan salam u...anak i kata nenek kebayan tu dah lama berhijrah..tak tau pi mana he he ..yang terbaru katanya 2 ekor pocong suka lepak kat asrama puteri. ...
sunsuria3 Post at 2-8-2009 12:28
ko punya anak...dpt tengok jin dari maseh dier kecik ker? |
|
|
|
|
|
|
|
72# makcikmengamok
tak adalah camtu..now sek agama ada lah kut selalu ikut ust2nya handle kes budak2 kena histeria ke kena kacau jin ke..dia kan persiden pelajar mesti ambil tau semua hal
kata kawan dia, dia blh nampak..bila saya tanya dia kata tak lah..tapi dia selalu cerita pulak ada benda ni benda tu...saya tanya kawan dia penah jumpa hantu tenggek ke...dia kata tak penah anak mak cik jer yg nampak...tapi dia kata hantu tenggek tu tiap malam bertenggek kat corridor..sorang pakai tudung putih sorang tudung hitam...suatu masa dulu lah...now lain pulak hantunya...he he hantu ni suka berhijrah agaknya...dia blk saya suka suruh dia cerita hantu..siap tanya hantu apa pulak sekarang ni...sekali tu dia kata terasa nak buang air tengah mlm..pi toilet cangkung buang air kecil aja..tapi dah di ajar cangkungkan..dia bangun nak flush toilet tu flush sendiri katanya...pastu dia gelak sbb jin tu tau dia baik kencing tak berdiri ..selamba derk aja cite hantu2 ni...
tapi dia memang berani lah...kat sekolah pun dia kerap tidur kat surau sekolah..kira surau tu jauh gak dari dorm tu..sorang2 tu.keliling pokok besar2 ni...cikgunya kalau cari dia tak ada dlm dorm cari kat surau dia orang pun tau dia tidur surau...kalau blk umah tu jalan kaki je pi surau seblm subuh tu...sekali tu dah hujan rintik2 turun dia kejut saya minta tlg hantar ke surau...saya dah hantar dia on the way blk saya pulak yg rasa seram..he he ye lah lalu kat sebelah hutan tu masa tu rumah tepi hutan tu tak dibina lagi..dia blh jln kaki tu pagi2 buta....alhamdulillah...takut dgn allah aja kan..
masa umur dia setahun lebih dia penah nampak lah syaitan dlm rumah kami...sama dgn abang sulung dia masa tu umur 3++ dh blh ckp..dia kecik lagi tak pandai ckp dia cuma tunjuk kat satu penjuru ceiling tu..ma tu aummm...abang dia dah terjerit2 ketakutan...pekup muka kat riba saya dia tgk jer kat penjuru ceiling tu..mana je benda tu bergerak mata dia ikut tak lepas...jenuh gak satu mlm tu..rupanya hantu syaitan yg jadi penunggu tokong cina sebelah rumah..dia orang pindah rumah tak angkut benda tu..bila tak ada penghuni dah seminggu hantu tu pindah masuk umah kami..kena berubat gak lah si abang sampai beberapa bulan asyik terjerit mlm2..dia ok je..
sbb tu saya suka sgt sek agama ni...anak2 turn out very well alhamdulillah...biar mak tak byk ilmu bab agama anak2 mesti ada ilmu dunia dan akhirat yg seimbang...ilmu fardu ain dan fardu kifayah gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
ader jin dah jadi artis aper??? la ni dah jadik senator lak tu.....jangan marah dato jins..... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi pagi rancngn tanya lah ust bersama ust zawawi..tajuknya khurafat..ada satu solan tu tentang amalan mentera yang blh jadi memanggil jin utk membantu..
kata ust..sedangkan kita ada kawan manusia..yg kita tau no fon, alamat rumah, alamat email ni pun blh menipu kita ni pula kalau kawan dgn jin yg kita tak tau mana tinggal, no fon dia...mudah sgtlah nanti kena tipu..
then dia story kisah kawan dia yg tolong pihak berkuasa nak tangkap sorang bomoh yg didakwa lakukan pencabulan dan rogol mangsa yg berubat dgnnya..tapi tak ada bukti..tiap kali dtg nak serbu masa dia tengah merawat pesakit tak penah dpt..rupanya sb dia kawan dgn jin dan jin ni bg tau dia ada orang nak baut serbuan etc..kira jadi body guard dia lah..then pihak berkuasa panggil kawan ust ni ...dia pulak bawa jin perempuan..jadi umpan kepada jin bomoh tu...sy dgr nak gelak pulak cam cite lawak lah pulak hal jin ni..so this kawan bawa jin perempuan supaya layan jin bomoh tu sbb jin tu lelaki supaya dia leka dan lupa kejanya nak guard si bomoh...selepas di intai masa dia buat rawatan yang mengarut tu baru lah dpt tangkap bomoh ni....
esok ada lagi slot tanyalah ust dgn ust zawawi tajuk yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi pagi rancngn tanya lah ust bersama ust zawawi..tajuknya khurafat..ada satu solan tu tentang amalan mentera yang blh jadi memanggil jin utk membantu..
kata ust..sedangkan kita ada kawan manusia.. ...
sunsuria3 Post at 8-8-2009 00:06
uztaz pun ada main bawa jin pompuan....
boleh ker? i tot that islam...tak soh kita kawan ngan jin...or whatsoever..have anything to do with them..
balik2 tengok..uztaz bawa jin... |
|
|
|
|
|
|
|
72# makcikmengamok
tak adalah camtu..now sek agama ada lah kut selalu ikut ust2nya handle kes budak2 kena histeria ke kena kacau jin ke..dia kan persiden pelajar mesti ambil tau semua hal
kata k ...
sunsuria3 Post at 2-8-2009 22:11
your son is so brave...
aku pun...suka2 nak start dekatkan diri ngan Allah..
cos...klu aku dekatkan diri ngan Allah..lupakan pasal dunia...
aku rasa tenang and rasa tak takut...ngan apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya jin ni hanya boleh dihandle oleh orang tertentu aja...orang biasa2 cam kita ni eloklah jauhkan diri...
ust2 sek anak i tu pun dia orang blh berinteraksi dgn jin ni..kalau ada yg mengamok tu yg blh wat meeting bagai tu..
ada satu ust kata bila orang guna jin buat jahat kita, kita blh guna medium yg sama juga utk melawan kuasa jahat dia tu...
dulu saya penah baca kat kasino kat genting tu pun towkeh2 kat genting tu pakai jin....satu jin utk menarik orang2 masuk dlm tu berjudi..satu jin utk jgn bg orang menang byk sgt he he..then one day ada lah mat penjudi ni nak masuk berjudi..dia pun bawa jin dia gak...so kat pintu masuk jin2 ni bergasaklah dulu...kalah jin mat penjudi ni katanya jin kat genting tu lagi power2 ...mcm lawak je kan tapi saya baca kat majalah mastika kalau tak silap...
tu restoran2 yg guna pelaris tu semua ada lah khidmat benda2 halus ni..kat rumah kami ni ada satu restoran sentiasa penuh orang...open 24 hours..sebelah dgn restoran ni ada satu lagi restoran menu sama je...restoran mamak kan..ada tv screen besar juga ada wi fi amenda semua tu..tapi restoran satu lagi ni blh dibilang dgn jari bilangan customer ni...lastly gulung tikar... sebelah dia makin penuh orang car park pun habis dia guna..tukar owner lain restoran gulung tikar tu..i tgk sama gak tak blh lawan restoran satu ni..keliling bangunan satu block ni ada lagi 2 restoran melayu pun tak blh tanding restoran satu ni..
i told my kids tak usah lah makn sini tu ha mesti ada jin kat pintu masuk tu...anak yg kecik blh sampuk aha mummy tu baby nampak jin bergayut kat dlm peti ais dia...
kisah restoran guna khdimat jin2 ni bukan benda baru...dulu ust anak saya pun penah bg satu restoran kat jln masjid india tu..dia nak masuk tak jadi sb nampak kat luar pintu ada jin ...dia kan blh nampak menda2 ni..saya kalau lalu kat restoran tu tak teringin pun nak masuk tapi tgk orang ramai selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
jin tak suka limau...sebab tu dlm perubatan kadang-kadang ada guna limau
tapi jin sangat suka pada asap |
|
|
|
|
|
|
| |
|