|
Balas #20 washere2\ catat
apesal la shout award tu mst nak dekat2 dgn APM ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
2-Jul-2009 | Oleh: Haswari Ali
Jom Undi Penyanyi Popular APM2009
KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2009: Kehangatan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) semakin terasa. Jakarta Convention Centre, Plenary Hall akan menjadi saksi pertembungan penyanyi terhebat dari 3 negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Siapakah yang akan dinobatkan bagai terbaik antara yang terbaik dan siapa pula yang akan membawa pulang gelaran paling popular? Semuanya akan terjawab pada 18 Julai ini 2009 ini yang di bawakan secara langsung menerusi Astro Ria.
Portal hiburan murai.com.my juga tidak ketinggalan dengan menyiarkan berita terkini dan gossip sensasi sepanjang berlangsungnya temasya di republik itu dan kami diterbangkan khas oleh Beyond Events Sdn Bhd.
Saksikan kemeriahan APM 2009 serta warna-warni di laluan permaidani merah di segmen istimewa yang disediakan oleh portal hiburan No 1 di Malaysia ini.
Jangan Tak Lihat
» Jom Undi Penyanyi Popular...» Paparan Khas GuguGaga Err...» Sharifah Aini Halalkan Ba...» Ernie Juara Termuda Binta...» Jojo Kongsi Cerita Tentan...
Sementara itu, Beyond Events yang bertindak sebagai penganjur bersama anugerah berprestij ini membuka ruang kepada peminat untuk mengundi penyanyi kegemaran masing-masing secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bagi kategori Paling Popular.
Undilah antara Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Faizal Tahir, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Stacy, Hujan, Estranged, Bunkface dan Yuna untuk mereka memenangi kategori Artis Paling Popular (Malaysia).
Juga tidak ketinggalan bagi kategori Artis Serantau Paling Popular yang terbahagi kepada 3 bahagian, Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Undian boleh dibuat dengan menghantar undian SMS ke 33660, di mana caj setiap SMS ialah RM0.50.
APM 2009 tahun ini mempertandingkan 18 kategori termasuklah 5 kategori baru yang diperkenalkan iaitu Lagu Paling Popular Singapura (SMS), Lagu Paling Popular Malaysia (Muat Turun) dan Lagu Paling Popular Indonesia (MuatTurun), Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik) serta Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu.
Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta nanti, boleh menghubungi 03-2141 5011 untuk mendapatkan tiket serta pakej pelancongan khas.
Berikut adalah kod dan nama artis untuk undian SMS
Artis Paling Popular Malaysia
(Cara SMS: APMMY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660)
MY1 – Aizat
MY2 – Anuar Zain
MY3 – Bunkface
MY4 – Estranged
MY5 – Faizal Tahir
MY6 – Hujan
MY7 – Mawi
MY8 – Meet Uncle Hussain
MY9 – Misha Omar
MY10 – Siti Nurhaliza
MY11 – Stacy
MY12 - Yuna
Artis Serantau Paling Popular
(Cara SMS: APMAS1 hinggaAS12 dan hantar ke 33660)
[Singapura]
AS1 – Aliff Aziz
AS2 – Ahlifiqir
AS3 – Hady Mirza
AS4 – Taufik Batisah
[Malaysia]
AS5 – Faizal Tahir
AS6 – Hujan
AS7 – Meet Uncle Hussain
AS8 – Siti Nurhaliza
[Indonesia]
AS9 – Afgan
AS10 – Agnes Monica
AS11 – Nidji
AS12 – ST12 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tolong jgn vote Mawi.. buat malu je la.. undi faizal tahir baru layak |
|
|
|
|
|
|
|
Siti lebih layak menang: Faizal Tahir
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]
Rap
HANYA tinggal seminggu lagi berlangsungnya majlis Anugerah Planet Muzik (APM) dan tahun ini ia buat kali pertama diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia.
Jika tahun lalu Malaysia menjadi tuan rumah mengumpulkan artis dari tiga negara termasuk Singapura dan Indonesia, kali ini berkampung pula di Jakarta.
Biarpun sambutan sebenar peminat di sana belum nampak, tiga artis tempatan seperti Faizal Tahir, Aizat dan Stacy bersedia menggalas cabaran besar membawa nama negara ke sana.
Mereka dicalonkan untuk kategori Artis Paling Popular (Malaysia) manakala Faizal turut bertanding kategori Artis Serantau Paling Popular bersama calon artis dari Singapura dan Indonesia.
Untuk dua anugerah itu, pemenang ditentukan menerusi undian SMS penonton.
Dalam kategori Artis Paling Popular, turut bertanding adalah Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mawi, Misha Omar, Stacy, Yuna, kumpulan Bunkface, Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain (MUH).
Bagi kategori Artis Serantau Paling Popular, Indonesia diwakili Afgan, Agnes Monica, kumpulan Nidji dan ST 12 manakala artis Singapura, Aliff Aziz, Hady Mirza, Taufik Batisah dan kumpulan Ahli Fiqir.
Bagi Faizal yang menang dua anugerah iaitu kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Artis Baru Lelaki Terbaik pada APM tahun lalu, tidak terlalu meletak harapan tinggi untuk menang.
Faizal berentap bersama Siti, kumpulan Hujan dan MUH untuk anugerah Artis Serantau Paling Popular.
"Saya tidak fikir untuk menang besar pada APM kali ini. Secara realistik, semua orang tahu pengalaman saya selama tiga tahun sebagai artis masih belum cukup kuat.
"Secara jujur, saya juga tidak fikir saya popular di Indonesia cuma saya pernah berduet bersama Bunga Citra Lestari pada APM tahun lalu.
"Buat masa ini, saya belum berpeluang untuk mencuba pasaran muzik Indonesia apatah lagi album saya tidak sampai di sana.
"Pada saya, selagi belum puas di sini, saya tidak mahu buat perancangan ke sana," katanya.
Kata Faizal, dia terkejut apabila tercalon untuk dua kategori pilihan peminat itu.
Namun, dia tetap akur dengan kehebatan Siti dalam mengekalkan kemenangan yang pernah disandang selama lapan tahun berturut-turut.
"Berada di tempat kedua sudah memadai untuk saya. Tidak dinafikan Siti mempunyai bilangan peminat yang ramai dan atas sebab itu, saya fikir Siti layak untuk berada di tangga teratas dan menang," katanya.
Juara Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Stacy berpandangan saingan untuk kategori Artis Paling Popular sengit dan keputusan pemenang bergantung kepada peminat.
Tidak terlalu fikir untuk menang, dia sebaliknya melihat APM sebagai platform untuk mengembang karier seninya ke pasaran luar negara.
"Saya menganggap pencalonan kali pertama pada APM ini sebagai peluang untuk saya mempromosikan diri. Sebelum ini, saya tidak pernah ke sana dan sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini.
"Seharusnya, saya ingin menyatakan penghargaan pada APM kerana menjadi calon. Secara peribadi, Faizal dan Siti mempunyai potensi untuk menang kerana mereka mempunyai ramai peminat," katanya.
Aizat yang turut dicungkil bakat menerusi AF musim kelima pula terbuka untuk menerima sebarang keputusan.
Baginya, menang atau kalah adalah adat pertandingan. Bagaimanapun, jika menang, ia dianggap bonus.
"Saya berpandangan APM masih mempunyai prestij yang memberi pengiktirafan pada penyanyi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Menariknya, APM mewujudkan kerjasama antara artis tiga negara ini.
"Kerjasama ini mewujudkan impak yang positif untuk menunjukkan muzik Asia mampu memberi pengaruh besar. Untuk pencalonan kali pertama saya di APM, ia menjadi batu loncatan untuk saya meraih pencapaian tertinggi dalam karier.
"Bukan hanya berharap menang anugerah semata-mata, sebaliknya saya mahu beri persembahan terbaik dan tunjukkan pada peminat di luar, artis Malaysia mampu dibanggakan," katanya.
Pada malam majlis anugerah APM yang berlangsung pada 18 Julai ini, lapan artis tempatan akan membuat persembahan iaitu Siti, Faizal, Stacy, Aizat, Reshmonu, Dafi, Ayu dan Hujan. Artis Singapura yang terbabit untuk persembahan adalah Taufik Batisah, Didicazly, Nana dan Hady Mirza manakala artis Indonesia, Bunga, Afgan, Dewi Sandra, Nidji, Kotak, Kuburan, Yovie N Nuno dan ST 12.
Dalam pada itu, penganjur bersama, Beyond Events Sdn Bhd mengharapkan sokongan media untuk menghebahkan kepada peminat di negara ini agar mengundi SMS artis untuk dua kategori ini.
Pengurus Besarnya, Amin Hussein berkata jumlah SMS peminat masih belum mencukupi sejak dibuka pada 18 Jun lalu.
"Untuk kategori Artis Serantau Paling Popular memerlukan SMS dari tiga negara. Setiap negara hanya mewakili 33.3 peratus saja. Buat masa ini, peminat Indonesia lebih aktif mengundi berbanding peminat tempatan.
"Menerusi peranan media cetak dan elektronik, kami berharap jumlah undian ini akan meningkat dan artis kita mempunyai peluang lebih besar untuk menang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|