View: 1850|Reply: 11
|
Himpunan Kisah2 Nabi dll di dalam Quran
[Copy link]
|
|
KISAH ADAM
2.30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
31. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda
dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia
berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika
kamu golongan yang benar.
32. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
33. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini
semua kepada mereka.Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda
itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada
kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
34. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah
(beri hormat) kepada Nabi Adam.Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi
hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari
golongan yang kafir.
35. Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu
dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja
kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang
yang zalim.
36. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga
itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah
berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari
kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua
disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke
suatu masa (mati).
37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (katakata
pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima
taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima
taubat), lagi Maha Mengasihani.
38. Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu!
Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul
dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang
mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
7.11. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk
rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah
kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah
termasuk dalam golongan yang sujud.
12. Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada
sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada
Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah.
13. Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak
patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.
14. Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka
dibangkitkan (hari kiamat).
15. Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh (ke suatu masa yang tertentu).
16. Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku
tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi
mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
17. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari
belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
18. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang
terhina serta terusir.Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang
menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan)
kamu (yang derhaka) semuanya;
19. Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga
serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua
sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
20. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua
supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang
(sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata:
Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau
menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).
21. Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya
aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.
22. Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam
larangan) dengan tipu dayanya.Setelah mereka memakan (buah) pohon itu,
terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka
mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.Serta Tuhan mereka
menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu
dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang
nyata?
23. Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri
kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi
rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
24. Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah
kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan
tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu
ketika (mati).
25. Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu
mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup
semula pada hari kiamat). |
|
|
|
|
|
|
|
kisah Adam
15.28. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat
yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya.
29. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan
padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
30. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat,
semuanya sekali,
31. Melainkan Iblis; dia enggan turut bersama mereka yang sujud.
32. Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama
mereka yang sujud itu?.
33. Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau
jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental
yang berubah warna dan baunya.
34. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu
makhluk yang) diusir.
35. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari
kiamat.
36. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh
kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat).
37. Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau
dari golongan yang diberi tempoh.
38. Hingga ke hari (masa) yang termaklum.
39. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku
sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis
maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya,
40. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
dibersihkan dari sebarang syirik.
41. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku
memeliharanya.
42. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orangorang
yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
43. Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi
sekalian mereka (yang menurutmu).
17.61. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia
berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari
tanah (yang di adun)?
62. Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang
Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga
hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat
keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
63. Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang
engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai
balasan yang cukup.
64. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya
dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta
yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan
mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).Padahal tidak ada yang
dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
65. Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah
engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk
menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung
(bagi mereka).
20.116. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia
enggan sujud.
117. Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh
bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu
berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan
isterimu) akan menderita.
118. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa
engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.
119. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu
dan tidak akan merasa panas matahari.
120. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan
berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang
menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang
lenyap?
121. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah
kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan
daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya,
lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
122. Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk
bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.
123. Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersamasama,
dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang
lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa
yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula
tidak akan menderita azab sengsara.
39.45. Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik):
Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya),
segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat
dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain
dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.
38.71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah;
72. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan
padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
73. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat,
semuanya sekali, -
74. Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta
menjadilah dia dari golongan yang kafir.
75. Allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut
sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah
engkau berlaku sombong takbur ataupun engkau dari golongan yang
tertinggi?
76. Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku)
ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.
77. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
78. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke
hari kiamat!
79. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh
kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).
80. Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau
dari golongan yang diberi tempoh;
81. Hingga ke hari masa yang termaklum.
82. Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan
menyesatkan mereka semuanya,
83. Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang
dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.
84. Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya
perkara yang benar Aku firmankan
85. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan jenismu
dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam
(yang derhaka) semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
NABI IBRAHIM HIDUPKAN MAKHLUK MATI
2.260. Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah
padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati".Allah berfirman:
"Belum yakinkah kamu?".Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan
tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)".Allah berfirman:
"(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cingcanglah semuanya
olehmu.(Allah berfirman): "Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit
satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya
mereka datang kepadamu dengan segera".Dan ketahuilah bahwa Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
MUSA INGIN MELIHAT ALLAH
7.143. Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan
itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan)
berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci)
supaya aku dapat melihatMu.Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali
akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia
tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, Setelah
Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh
pengsan.Setelah dia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci Engkau
(wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal
pertama beriman (pada zamanku)
144. Allah berfirman: Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi
umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab
Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan
kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
IBRAHIM DAN BERHALA
6.74. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar:
Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?
Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.
75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan
kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari
orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
76. Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat
sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: Inikah Tuhanku?
Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: Aku tidak suka
kepada yang terbenam hilang.
77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya),
dia berkata: Inikah Tuhanku? Maka setelah bulan itu terbenam,
berkatalah dia: Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk
oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat.
78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan
cahayanya), berkatalah dia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.Setelah
matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku
berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
79. Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan
bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain).
80. Dan dia dibantah oleh kaumnya, dia pun berkata: Patutkah kamu
membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Dia telah memberi
hidayat petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang
bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku
menghendaki sesuatu dari bahaya itu.(Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku
meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil
pelajaran?
81. Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan
Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah
tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang
manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan
(dari bahaya), jika betul kamu mengetahui? |
|
|
|
|
|
|
|
IBRAHIM DAN BERHALA
26.69. Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
70. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu
sembah?
71. Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana
memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.
72. Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu
semasa kamu menyerunya?
73. Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada
kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?
74. Mereka menjawab: (Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek
kami berbuat demikian.
75. Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak
gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
76. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang
dahulu?
77. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu
ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian
alam;
78. Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah
yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
79. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
80. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
81. Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;
82. Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku
pada hari kiamat;
83. Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan
hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
84. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam
kalangan orang-orang yang datang kemudian;
85. Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-
Naim;
86. Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari
orang-orang yang sesat;
87. Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk
dibangkitkan hidup semula -
88. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan
pertolongan sesuatu apapun,
89. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang
mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan
penyakit munafik); |
|
|
|
|
|
|
|
IBRAHIM DAN BERHALA
37.83. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang
dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
84. Ketika dia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
85. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu
sembah?
86. Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana
kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
87. Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian
alam?
88. Kemudian dia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang
(yang bertaburan di langit),
89. Lalu berkata: Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut
berhari raya sama).
90. Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan
dia.
91. Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi,
serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek):
Mengapa kamu tidak makan?
92. Mengapa kamu tidak menjawab?
93. Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya
(sehingga pecah berketul-ketul).
94. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramairamai
kepadanya.
95. (Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata: Patutkah kamu
menyembah benda-benda yang kamu pahat?
96. Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat
itu!
97. (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata:
Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian
campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu.
98. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak
melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orangorang
yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
99. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi
kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
100. Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari
orang-orang yang soleh!
101. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia
akan beroleh seorang anak yang penyabar.
102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?.Anaknya menjawab: Wahai
ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah
akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah
itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan
azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
104. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
105. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat
itu.Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang
besar;
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orangorang
yang datang kemudian:
109. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!.
110. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan
kebaikan.
111. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
IBRAHIM DIBAKAR API
21.51. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim
sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid dan Kami adalah mengetahui
akan halnya.
52. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya
patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?
53. Mereka menjawab: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya.
54. Dia berkata: Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam
kesesatan yang nyata.
55. Mereka bertanya: Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang
benar (sebagai seorang Rasul) atau engkau dari orang-orang yang
bermain-main sahaja?
56. Dia menjawab: (Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa)
Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dialah yang
menciptanya dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi
keterangan mengesahkan yang demikian itu.
57. Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhalaberhala
kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini).
58. Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala
mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
59. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: Siapakah yang
melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami?
Sesungguhnya adalah dia dari orang-orang yang zalim.
60. (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak
muda bernama Ibrahim, mencacinya.
61. (Ketua-ketua) mereka berkata: Jika demikian, bawalah dia di hadapan
orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
62. (Setelah dia dibawa ke situ) mereka bertanya: Engkaukah yang
melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?
63. Dia menjawab: (Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang
besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalaukalau
mereka dapat berkata-kata.
64. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka
(memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): Sesungguhnya
kamulah sendiri orang-orang yang zalim.
65. Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata:
Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa
berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau
menyuruh kami bertanya kepadanya)?
66. Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang
lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun
kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
67. Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain
Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?
68. (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata:
Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu
bertindak membelanya!
69. Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat
sejahtera kepada Ibrahim!.
70. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan
angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang
amat rugi, (kalah dengan hinanya).
71. Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang
Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
IBRAHIM DAN AYAHNYA
19.41. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini
perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat benar,
lagi menjadi Nabi.
42. Ketika dia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah
menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak
dapat menolongmu sedikitpun?.
43. Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu
pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku;
aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
44. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya
Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah
rahmatNya.
45. Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab
dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka
dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam
Neraka.
46. (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai
Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru
dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan
(ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa.
47. Nabi Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon
kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan
kemurahan ihsanNya kepadaku.
48. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang
kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku
dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu
tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu).
49. Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka
sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya)
dan Yaakub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
49. Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka
sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya)
dan Yaakub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
50. Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan
bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
MUSA MENDENGAR FIRMAN ALLAH DAN FIRAUN
20.9. Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
10. Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya:
Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa
kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu:
Penunjuk jalan.
11. Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru:
Wahai Musa! -
12. Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau
sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
13. Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan
diwahyukan kepadamu.
14. Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
15. Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja
sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang
dia usahakan.
16. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang
yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana
dengan itu engkau akan binasa.
17. Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?
18. Nabi Musa menjawab: Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya
semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur
kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada
tongkat itu.
19. Allah Taala berfirman: Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!
20. Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi
seekor ular yang bergerak menjalar.
21. Allah berfirman: Tangkaplah akan dia dan janganlah engkau takut,
Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
22. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia
putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang
lain.
23. (Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan
kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
24. Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.
25. Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah
bagiku, dadaku;
26. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
27. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28. Supaya mereka faham perkataanku;
29. Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
30. Iaitu Harun saudaraku;
31. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
32. Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
33. Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
34. Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
35. Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal
kami.
36. Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang
engkau pohonkan itu, wahai Musa!
37. Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai
nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.
38. Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
39. Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke
laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya
dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari
kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau
dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
40. Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada
orang-orang yang memungutmu: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang
yang boleh memeliharanya? Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu
kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya dia tidak berdukacita
kerana bercerai denganmu dan semasa engkau membunuh seorang lelaki,
lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu dan Kami
telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan;
kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan
penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana
pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
41. Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.
42. Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat
pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut
serta mengingati Daku.
43. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah
melampaui batas dalam kekufurannya.
44. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang
lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.
45. Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut
bahawa ia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampau batas. |
|
|
|
|
|
|
|
MUSA MENDENGAR FIRMAN ALLAH DAN FIRAUN
20.46. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada
bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
47. Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah:
Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah
kaum Bani lsrail mengikut kami dan janganlah engkau menyeksakan
mereka.Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda
(mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera, itu adalah untuk orangorang
yang menurut petunjuk agama Allah.
48. Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di
dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat
Allah dan berpaling daripadanya.
49. (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata:
Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?
50. Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya,
kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.
51. Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaumkaum
yang telah lalu?
52. Nabi Musa menjawab: Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku,
tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia
juga tidak pernah lupa.
53. (Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai
hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalulalang
dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit.Maka Kami
keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang
berlainan keadaannya.
54. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang
ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang
membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.
55. Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan
mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu
sekali lagi.
56. Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala
tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu dia
mendustakannya dan enggan beriman.
57. Firaun berkata: Patutkah engkau datang kepada kami untuk
mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?
58. Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir
yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh
pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan
memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak
59. Nabi Musa menjawab: Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah
hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha.
60. Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu.Dia mengumpulkan ahliahli
sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian dia datang ke
tempat perlawanan.
61. Nabi Musa berkata kepada mereka: Celakalah kamu kelak! Janganlah
kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Dia
akan membinasakan kamu dengan azab seksa dan sesungguhnya orang yang
berdusta, tetap hampa dan kecewa.
62. Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai
perkara sihir mereka dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan.
63. Mereka berkata: Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang
bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka
dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama
64. Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah
beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya dan sesungguhnya
beruntunglah orang yang menang pada hari ini.
65. Mereka berkata: Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih
dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?
66. Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu.Tiba-tiba talitali
mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya
seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.
67. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam
hatinya.
68. Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)!
Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan
kemenangan.
69. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan
segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa
yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli
sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada.
70. (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala
benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli
sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman
kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.
71. Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku
memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dialah ketua kamu yang mengajar
sihir kepada kamu.Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan
dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batangbatang
pohon tamar dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak
siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal.
72. Mereka menjawab: Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu
daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang
terang nyata dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah
menjadikan kita semua.Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau
hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum
dalam kehidupan dunia ini sahaja.
73. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya
diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami dan dosa-dosa sihir yang engkau
paksakan kami melakukannya dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih
kekal balasan pahalaNya.
74. Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat
sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahannam
yang dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.
75. Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang dia beriman, serta dia
telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh
tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
76. (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan
orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat.
77. Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa:
Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada
waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk
mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau
menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau
takut tenggelam.
78. Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya,
lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan
mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.
79. Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat
kebinasaan dan tidaklah dia membawa mereka ke jalan yang benar. |
|
|
|
|
|
|
|
QARUN
28.76. Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia
berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya
menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang
yang kuat sasa.(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:
Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah.(seperti lagakmu
itu).
77. Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
78. Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan
ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada
padaku.(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai
memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat
yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih
banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang
berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa
mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
79. Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai
perhiasannya.(Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata
inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada
kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah
seorang yang bernasib baik.
80. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka):
Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi
orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima
(pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar.
81. Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam
tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh
menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya
sendiri.
82. Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat
kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hambahambaNya
dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah
memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan
tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun).Aduhai! Sesungguhnya orangorang
yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya! |
|
|
|
|
|
|
| |
|