View: 3579|Reply: 4
|
Katrina Kamilia [Astro Prima - Akan Datang]
[Copy link]
|
|
Perpisahan sementara beri rahmat pada Elyana dan kekasih
Oleh WAHIDA ASRANI
![](http://mstar.com.my/archives/2009/6/16/mstar_hiburan/ELYANA11.jpg)
Elyana
Ditanya tentang perkembangan karier seninya pula, kata Elyana, buat masa ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Katrina Kamilia yang akan disiarkan di Astro Prima pada bulan depan.
Ujarnya, drama tersebut amat menarik kerana menyaksikannya membawakan watak yang cukup berbeza berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
"Saya memegang watak sebagai seorang kakak yang kejam...suka mendera. Dia juga seorang penggoda. Sebelum ini memang saya tidak pernah bawakan karektor jahat seperti ini. Adik saya di dalam drama ini dilakonkan oleh artis baru, Mira Liana.
"Penggambaran drama ini baru saja tamat. Memang ada tawaran lain yang datang, tapi saya ingin berehat sekejap buat masa ini di samping cuba selesaikan urusan berkaitan pertunangan.
"Saya tidak nafikan, rezeki dalam bidang lakonan nampaknya memang semakin mencurah-curah. Tapi saya suka terima satu demi satu 'job'supaya tidak hilang fokus," kata Elyana yang sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan album terbarunya tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tunggu...saper hero drama ni eks...
elyana ni bukan jenis tamak dalam pilih job lakon..sebab tu bila ada citer yang dia berlakon, memang aku selalu nanti nantikan..dah la lakonan best!!!
anyway, saper tunang elyana???bisnesman sushi tu ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 refleCtion's post
|
|
|
|
|
|
| |
|