CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 6

Sbb2 hati tidak bahagia

[Copy link]
Post time 17-6-2009 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam...sekadar berkongsi utk renungan bersama


                                

       
     

  
  
9  SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati  ialah :


1. Pemarah paling  mudah dikesan atau dilihat dan  paling  banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2.  Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul  lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa  mencari-cari peluang  untuk membalas  dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti  sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab  itu orang  pendendam mudah kena sakit  jantung.


3. Hasad  dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil
-  sentiasa merasakan orang lain  menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.  Contohnya        sentiasa berdalih mengatakan  ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh  Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang  yang  fasiq tetapi pemurah tetapi benci  orang yang abid tetapi bakhil. Kerana  walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada  orang lain kerana kadangkala rezeki itu  Allah beri melalui maknusia



5. Tamak orang  yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya  tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini         ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum  tetap tak abis jugak...lagipun org tamak  selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan  harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh  kita. Selagi   tidak diguna iaitu  disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu  sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu  dapat dimanfaatkan.


6. Tidak  sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh  itu        banyak2kanlah bersabar bila hadapi  dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap  maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu  segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang         paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang  tercabar        dari sudut zahir mahupun batin.  


8. Riak  terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan  orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah  amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan  amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper  yg kita ada..


9. Cinta  dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula  menjaganya.        Berhartalah tidak mengapa  tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg  soleh/solehah... Cinta dunia merupakan  "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan  rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di  hati dan dunia itu di tangan supaya dunia  itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang  meragut  kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan  kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah  MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah  seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau  biarkan  saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan  bahagia jua  akhirnya.
  
  So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu  sama  lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"
  


[ Last edited by  KIM.mafia at 19-6-2009 22:16 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2009 10:19 PM | Show all posts
sorry..try edit tapi x dpt2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 11:14 PM | Show all posts

Balas #2 KIM.mafia\ catat

nice KIM..  thanks...

ko paste satu satu... kl ko lkik sumer then c&p... dia akan paste ngan frame skali...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 11:48 PM | Show all posts

Balas #2 KIM.mafia\ catat

edit ler balik..kasi cun sket...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:05 AM | Show all posts
artikel yg bgs..
elok utk panduan kite sume..
bley la check balik diri kite ngan list kt ats tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 06:02 PM | Show all posts
Jikalau hati kuat mengingati Tuhan,
takkan susah hadapi dugaan dan cabaran,
jikalau jiwa telah mula bersih,
takkan hiraukan lagi yang remeh temeh,
namun bersabarlah,
di setiap ujian yang mendatang.

-------------------------------------------------------------------------

Hati yang bersih seperti pancaran nur yang dimiliki oleh insan
Yang meletakkan Allah di hadapan,
Malaikat di kiri dan kanan,
Matlamat Islam disekelilingnya.
Hati yang dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya,
Paling bersih dalam keyakinannya dan cekal dalam beragama.

-SAIDINA ALI -
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2009 10:06 PM | Show all posts
salam...semlm x leh online..wimax teruk sgt..jap kim try edit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036781 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list