CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 11

Minta Pendapat - Sambung Study & Future Career

[Copy link]
Post time 26-6-2009 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Terpaksa letak sini sebab kat Board Motivation kurang sambutan :-/

Di sini saya berharap nasihat dan pandangan warga board ni.

Baru2 ni hubby ada beritahu, kalau dia dinaikkan pangkat, dia nak saya sambung study. Benda ni pun ada kami diskas sebelum kawen tapi diskas tak serius. Dan sebab peluang dia pun cerah kat company, promotion tu Insya Allah, dia akan dapat. Jadi sekarang dia suruh saya fikir dengan serius apa kos yang saya nak ambil, di mana, part time or full time.

Situasi saya:

-        Pernah ambil Dip Civil Eng. tapi saya kerja bidang ni dua tahun je sebab saya tahu limit saya. Saya tak boleh bawa.

-        Saya pernah ambil STPM as calon bebas. Keputusan tak delah baik sangat sebab saya cuma study 6 bulan je utk cover belajar selama dua tahun.
(Keputusan: Pengajian AM (A), B.Melayu (B), Pengajian Perniagaan (D))

-        Saya minat bidang penulisan & sastera.
(Bidang apa yang sesuai untuk sambung belajar?)

-        Sekarang saya kerja sebagai translator aka penulis di comic publishing. Kerja ni seronok, kerja paling lama saya tahan lepas berhenti dari engineering field. Tapi saya tak nampak future untuk terus kerja di company ni. Maksudnya, takkan sampai umur 40 pun nak buat kerja ni.
(Kalau bidang yang sesuai, macam mana pulak dengan potential career bidang tu? Saya fikir, nak jadi lecturer sebab saya minat mengajar. Tapi bukan mengajar kat sekolah (sebab saya too emotional nak handle kanak2 atau remaja)

-        Saya pun tak boleh bayangkan duduk rumah as suri rumah walaupun hubby mampu tanggung. Sebab saya akan rasa bosan dan kurang motivasi.
(Jadi mesti buat sesuatu jugak)

-        Sekarang saya preggy anak first. Kami pun baru kawen bulan 3 hari tu. Jadi kalau tiada masalah & hubby dapat promotion tu, saya boleh sambung study next year.
(Patut ke ambil part time or full time?)

-        Kalau dapat promotion, hubby mungkin transfer branch area Selangor. Tapi mungkin jauh skit sebab branch yang dihantar ialah hospital kerajaan.
(Jadi tempat belajar mana yang paling sesuai? Pilihan utama mestilah IPTA.)

-        Sebab kami pun baru jugak kawen. Nak jugak beli rumah dan upgrade hidup jadi lebih baik. Jadi, katakan tiada IPTA yang sesuai, berapa anggaran untuk kos yang sesuai di IPTS?

Saya alu-alukan pendapat semua. Thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 02:36 PM | Show all posts
Pendapat Pak Abu:

1. Kalau nak jadi penulis buku/komik tak perlu sambung belajar. Banyakkan berkarya dan cuba hantar pada akhbar, majalah etc. Mungkin kursus2 jangka pendek memadai.

2. Kalau nak jadi lecturer sekurang2nya kena ada masters degree. Kalau 1st degree saja akan terhad juga nanti. Alternatifnya ialah ambil 1st degree dulu, kemudian mohon ikuti program pensyarah muda. Tapi tawaran spt ini tidak selalu ada, dan bidang terhad.

3.  Kalau minat mengajar, ajar tuisyen pun OK. Boleh kerja part-time saja, banyak masa dgn anak. Tidak perlu handle masalah budak tak nak belajar. Tak perlu buka pusat tuisyen sendiri, boleh kerja dgn beberapa pusat tuisyen, ikut jam. Tambahan pulak kalau ajar bahasa inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 08:20 PM | Show all posts
awatnye taknak duk rumah jadi housewife? pulak tu hubby mampu nak tanggung.. kalau aku lan kan, malas nak kerja.. macam2 masalah ada kat opis tau.. lagi best duk rumah urus rumahtangga.. nasib baik takdak sapa nak tanggung aku hehe..

walaupon jadi surirumah, bole meniaga kecil2an wat.. wat kuih ke.. kek ke kukis ke.. untuk tempahan.. amik upah jahit baju ke.. buat small katering ke.. erm macam2 lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 08:45 PM | Show all posts
ko keje pastu buat PJJ pom xpe. PJJ kelas sebulan skali jek.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 10:11 AM | Show all posts
buat BENDA yg u suka!!!.....tu lagi penting drp jawatan yg indah
memang dlm masyarakat kita nie, title sgt penting bila dah tua
tapi bila duk dlm society lain yg lebih independent...benda nie semua tak penting
ramai saja kawan2 hubby dulu jadi mekanik sampai tua....sebab dia minat
bukan takde peluang utk dia naik jadi engineer tapi dah jiwanya kat jadi mekanik
u buat benda yg u suka, u tak rasa cam bekerja....just carry on ur hobi

biar ur hubby carik duit utk pamili dan u sebagai suri buat benda yg u suka
cam i suka mengajar....w/pun FREE, i akan tetap mengajar....be it anak jiran ka
ada gak ura2 nak sambung buat phd nie....huhuhuhu tapi pastu duk umah gakk
baik tak payah susah2....kekekekk
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 02:41 PM | Show all posts
okeh....

pendapat aku
ko sambung belajar tapi bukan full time...
lagipon hubby ko nak support kan...best tu kalau suami menyokong...

amik part time. dalam masa yang sama ko leh enjoy ngan kerja ko
ianya juga mampu mengurangkan kadar pergaulan ko ngan budak2 lelaki IPT yang gatal2 gitu. (ni bukan men2 ok...nasihat awal je)
ko boleh je amik bahasa n linguistik sebab ko selalu berkarya kan

nak jadi lecturer boleh tapi lebih baik ade master n Phd...
kecuali kalau ko apply kat kolej swasta n ajar budak-bdak diploma...tapi atleast kene ade degree.

kalau ade idea lain, aku tambah len kali ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2009 06:51 PM | Show all posts
aku rasa ko dok umah jer tak payah nak belajar bagai ...nanti saper nak jaga anak anak ko????

dok rumah pun bukan dok mengangkang jer....belajarla skill buat kek ke, baju ker, something yg creative,,,yg boleh mendatangkan duit......buat buku citer pun boleh buat duit.....buat la apa apa....

bukan mudah nak belajar lagi....sekarang nak jadi lecturer Universiti bukan senang mesti ada Ph D takat Masters org dah tak pandang dah.......lagipun CGPA ko mesti above 3....kalau tak jangan mimpi ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 07:03 PM | Show all posts
Pendapat aku lak, teruskan berkarya, buat novel mcm ramlee awang murshid ke, norhayati berahim ke. Kat rumah pon boleh bekerja. Maybe boleh kikis lagi bakat dengan mengambil kursus2 tertentu dan terus menghantar karya2 anda. Dengan ini, anda akan dapat bekerja di rumah dalam masa yg sama memberi perhatian kepada anak yg bakal lahir nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 08:12 PM | Show all posts
kalau pandai menulis, wat la nobel ka ....
silap ari bulan nobel leh jadi box ofis .... kaya x10 ...

jadi housewife pon ok aper ....
goyang kaki kat rumah ....
Husband ko Doktor ko .....
gaji byk tu .... ko jadi housewife pon ok ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 09:15 PM | Show all posts
Pendapat aku lak, teruskan berkarya, buat novel mcm ramlee awang murshid ke, norhayati berahim ke. Kat rumah pon boleh bekerja. Maybe boleh kikis lagi bakat dengan mengambil kursus2 tertentu dan terus ...
bacteria82 Post at 28-6-2009 19:03


erk kikis ke asah?
ke aku yg keliru
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 02:24 PM | Show all posts
pendapat aku lak.....

baik ko duk rumah jer. tak semstinya surirumah ni pemikirannya terkongkong jer.. ko boleh belajar kemahiran, tak semestinta belajar more to academic je kita boleh berjaya. sebab apa pendapat aku macam ni sebabnya bagi aku ko ada bakat. bakat menulis. jadi, sebagai surirumah walaupun ko tak keje secara rasmi tapi jangan lah duduk rumah jaga anak, membasuh, memasak atau keje2 seumpamanya jer..

sebenarnya duduk kat rumah ni lagi best. ko sendiri yang tentukan keje apa yang ko nak buat. dan dalam masa yang sama ko kena belajar dari persekitaran ko. ilmu ni kita bukan leh dapat dari universiti atau kolej jer. maknanya walaupun ko surirumah, tapi ko punya ilmu sama tahap dengan orang yg ada degree atau pun master dan phd. yang penting cara kita berfikir.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 02:24 PM | Show all posts
pendapat aku lak.....

baik ko duk rumah jer. tak semstinya surirumah ni pemikirannya terkongkong jer.. ko boleh belajar kemahiran, tak semestinta belajar more to academic je kita boleh berjaya. sebab apa pendapat aku macam ni sebabnya bagi aku ko ada bakat. bakat menulis. jadi, sebagai surirumah walaupun ko tak keje secara rasmi tapi jangan lah duduk rumah jaga anak, membasuh, memasak atau keje2 seumpamanya jer..

sebenarnya duduk kat rumah ni lagi best. ko sendiri yang tentukan keje apa yang ko nak buat. dan dalam masa yang sama ko kena belajar dari persekitaran ko. ilmu ni kita bukan leh dapat dari universiti atau kolej jer. maknanya walaupun ko surirumah, tapi ko punya ilmu sama tahap dengan orang yg ada degree atau pun master dan phd. yang penting cara kita berfikir.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.282318 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list