View: 2213|Reply: 12
|
Bahtera Faizal Tahir Goyang?
[Copy link]
|
|
Tak cukup tisu, kertas surat khabar Joyah guna nak sapu air mata Joyah yang berderai bak hujan ribut ni. Joyah sedih dan terharu bila Joyah dengar kisah penyanyi yang Joyah minat iaitu Faizal Tahir sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Betul ke Faizal? Kenapa jadi macam ni? Joyah harap berita yang disampaikan kepada Joyah ini hanya gosip semata-mata. Ia bukan sesuatu yang benar.
Lagipun Joyah minat dengan suara Faizal dan bakat dia yang tinggi melangit itu. Dia juga ada isteri yang baik di samping tiga orang anak yang comel-comel belaka.
Khabar angin yang bertiup menghembus ke telinga Joyah membawa berita kononnya Faizal dan isterinya sedang mencari peguam untuk menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Syariah.
Menurut khabar angin itu lagi, Faizal dan isterinya mempunyai masalah didalam melayari bahtera kehidupan mereka. Masalah itu dipercayai sudah lama bersarang tetapi tidak dapat diselesaikan juga sehinggalah mereka mencari jalan untuk membawa kes berkenaan ke mahkmah.
Itu yang Joyah dengar dari mulut orang. Tapi mulut orang tak boleh kita nak percaya sangat melainkan ia keluar daripada mulut tuan punya diri.
Bila dengar khabar angin ini, seperti yang Joyah katakan Joyah tak mahu percaya sangat. Yalah... khabar angin namanya. Kadang-kadang bukannya betul.
Tapi bila Joyah fikir-fikirkan, kalau tak ada angin takkan pula ada pokok yang akan bergoyang?
Apa yang Joyah harapkan kalaulah benar Faizal ada masalah didalam rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin masih ada jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang ada.
Tapi sekiranya berita yang Joyah sampaikan ini tidak benar, anggaplah ia sekadar usikan manja Joyah sahaja kerana dalam hati Joyah ini memang tidak mahu mempercayai berita buruk mengenai artis yang Joyah sayangi.
sumber: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul .... cian anak kecik2 lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul jugak ... alamaknya DIHARAMKAN teruslah nampaknya lagu2 FT kat semua semua stesen radio ASTRO |
|
|
|
|
|
|
|
3# santubung
pasai pa nak haram lagu plak..... ada kaitan ker..? |
|
|
|
|
|
|
|
gosip je nih...
x baik kak joyah cakp bnda nie usikan manja...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
selagi tak kuar statement dr mulut ft kte tak leh nk ckp ape2..
tak msk akal la ble dikata usikan manja.. |
|
|
|
|
|
|
|
gosip je ni.. jgn la betul.. aku minat gila kat FT |
|
|
|
|
|
|
|
ayah FT dah respon pada panggilan2 pasal hal ni di Rockensteiners chatbox, katanya rumahtangga FT Ok, berita tu tak betul, baru reunion satu famili minggu lepas, hari ini dikejutkan dengan berita yang nak mengganggu ketenangan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
gossip jer kan.....
ada pihak yang tak senang ngan Faizal Tahir kowt...... |
|
|
|
|
|
|
|
Raihanim Noran at 11:36am June 28
hmm.. dah baca kat RC.
xde apape la...
ni ada la mulut2 yg tak berfikir meggunakan otak ni..
one word, passed on to another person, satu cerita dah jadi cerita lain pulak...
and as a reporter, u shud go straight to the source to validate ur story - apa guna blaja ethics semua kan?... Read More
IT's not true.
sesapa yg ada account kat cari, tlg bgtau diorg its not true. |
|
|
|
|
|
|
|
bini pejal sibuk dok berfacebook
meratapi pemergian michael jackson
dia tak layan gossip2 sampah ni
whatever!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ler kalau tak betul ...
bila baca topik ni ...
mind aku automatic teringat kes lagu ft tak dimainkan kat stesen tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Ekoran dari gosip yang telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam, GUA telah menghubungi Faizal Tahir untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin yang rumahtangganya goyang.
Faizal enggan memberi komen kerana tidak mahu begitu cepat melatah tentang khabar angin seperti itu. Baginya, ada pihak tertentu yang cuba mengada-adakan cerita.
gua.com.my (29/6/09) |
|
|
|
|
|
|
| |
|