CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2390|Reply: 15

Gaji org biznez

[Copy link]
Post time 30-6-2009 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua..
Disini saya sekali lagi ingin meminta pandangan saudara tentang satu permasalahan..
Seperti yg kita ketahui, bidang perniagaan tidak sama dengan kerja makan gaji..Maksud saya disini ialah, semasa makan gaji kita akan menanti setiap hujung bulan untuk mendapat gaji, komisen, elaun dan O.T dari bos kita..tapi setelah memasuki bidang perniagaan, adakah kita masih perlu mengikuti cara ini untuk mendapatkan gaji?
Maksud saya adakah kita perlu menunggu sehingga hujung bulan untuk claim pendapatan kita? bagaimana kita hendak membahagikan keuntungan syarikat kepada pusingan modal? kegunaan syarikat? simpanan modal? gaji kita?
Ada tak apa2 formula yang boleh digunakan?

Sekian, terima kasih..
Harap dapat beri tunjuk ajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 12:15 PM | Show all posts
elle dan partner dibayar gaji oleh syarikat kami pada setiap awal bulan. semua claim perlulah submit pada tarikh tertentu dan akan dimasukkan dalam gaji sekali.

simpanan company, pusingan modal, dan gaji hendaklah dirancang dan diatur dengan teliliti.
jangan gunakan duit company dengan sewenang wenangnya... berjimat serta manage dengan betul..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:51 PM | Show all posts
bab duit tu susah nak cerita..

kalo boleh disiplin mmg A.. aku pun kenkadang terambik gak duit kompeni utk expenses.. dan selalu gak la aku expenses duit aku utk kompeni..

hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:38 AM | Show all posts
business style kampungan mcm saya suka ati je dapat berapa sebulan, huhu.. boleyy laa.. cukup makan, cukup pakai bayar bil tenet [kang bgtau lebih2 ada yg soal siasat mcm aritu, naya..]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 07:27 AM | Show all posts
bab duit tu susah nak cerita..

kalo boleh disiplin mmg A.. aku pun kenkadang terambik gak duit kompeni utk expenses.. dan selalu gak la aku expenses duit aku utk kompeni..

hehe..
Alt-F4 Post at 30-6-2009 21:51



Haha..Itu la permasalahan nya sekarang..x mungkin nak guna duit comp utk expenses dan x mungkin nak gune simpanan sendiri utk busines (walaupun kdg2 perlu)..
Kalo cara camni di teruskan, sampai satu hari nanti bila isyarikat kita perlu di audit dah susah nak pastikan mana satu inome, mana satu expenses, mana satu modal, mana satu liabiliti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:22 PM | Show all posts
saya buat begini

every mth ada fix allowance utk owner - byr hujung bulan (bila gaji staff sumer dah settle, kalau tak, owner kena tunggu) - samada company ada fund atau tidak, this is a fix cost to company.

keter, rumah, segala mak nenek bil - masuk dlm company expenses - kira admin cost

pastu yang lain-lain tu makan ker, jumpa doktor ker,  vacation ker, beli barang dapur ker, pandai2lah masuk dlm entertainment expenses, medical, sundry ect ect.. dan ni sumer kena ada special lejer (utk company - bole detect keuntungan sebenar company, dan utk tak nampak sangat byk untung - nanti kena tax - part ni pun kena careful, silap declare kena add back)

FULL STOP.

pastu bab2 duit pendapatan tu TOLONGGLAHHHH  jauhkan dari campur dgn duit company.

bila company tak cukup fund, ambik round figure, 50 ker, 100 ker, 1000 ker, dump kat company - catitkan advance from director.....

kalau tidak, hancur korang punya akaun... apa2 pun, enterprise atau sdn bhd, cubalah close akaun setiap hujung bulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2009 01:42 PM | Show all posts
ada gaji...

mcm company den, ada projek ada gaji
untung lain citer

dalam expenses setiap satu projek mmg dah asing, gaji yg perlu dikeluarkan utk dibayar samada kepada pekerja atau pemilik.... gaji terus diberi sebaik projek selesai.. oleh itu tiada gaji bulanan...

tu pun dah asing siap2 berapa untung dapat kat company utk setiap projek

keuntungan tu yg digunakan utk rolling modal, beli aset, company trip ke apa ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 04:24 PM | Show all posts
saya buat begini

every mth ada fix allowance utk owner - byr hujung bulan (bila gaji staff sumer dah settle, kalau tak, owner kena tunggu) - samada company ada fund atau tidak, this is a fix cost t ...
hazel23 Post at 1-7-2009 12:22


kalo camni x akan ada konflik ke kalo buat audit report nnt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 07:51 PM | Show all posts
business style kampungan mcm saya suka ati je dapat berapa sebulan, huhu.. boleyy laa.. cukup makan, cukup pakai bayar bil tenet [kang bgtau lebih2 ada yg soal siasat mcm aritu, naya..]
ctredzuan Post at 1-7-2009 02:38


sama gak ngan ct bussiness ala kampung..suka ati dapat bila2 pon huhu..yg penting..modal tak kaco, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain menten byr tetiap ujung bln..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by syikin at 2-7-2009 01:25

kita pun meniaga ala kampung gak.. 5 tahun keje sendiri, tak pernah amik gaji..

tapi yg tau.. make sure tiap bulan ada `jumlah' yang akan dimasukkan ke akaun yg tidak akan diusik utk belanja....

dan utk kegunaan harian, selalu tercampur gak le duit biz dgn personal.. tak kisah le.. janji tiap hujung bulan, gaji mereka yg sepatutnya dibayar, sempurna dijelaskan.. kita belanja ala kadar je cukup le.. cuma bila stress kerja terlebih, terlepas gak le geram beli henbeg coach original sebijik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2009 11:06 AM | Show all posts
haha..
so kiranya gaji pekerja, utilities, sewa opis/kedai, modal barang, entertainment client(jika ada) dikira sebagai liabilti tetap setiap bulan la kan?
So kalo biznez bln tersebut x cukup kencang utk men'support' liabiliti td, mananya kita kena kuar duit simpanan sendiri la kan..dan apabila comp dah mula menjana keuntungan, baru la kita claim balik kan?
maknanya disini, duit comp dan duit owner adalah 2 entiti yg berbeza kan? x boleh dicampur adukkan...btol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 11:09 AM | Show all posts
saya menjawab pertanyaan dgn andaian, dapat berkongsi sama...

1st year audit - memang follow stricly accounts & audit procedure, masa tu company operate dari rumah, so company takdelah kena bayar sewa ofis utiliti ofis - lepas tu kena tax kaw, kaw, sebab net profit tinggi.

2nd year audit - saya masukkan sewa rumah, utiliti, keter dlm company expenses.. ni chartered accountant yg advice lepas saya bising2 tax kena tinggi

3rd year - duit sendiri dan duit company bercampur2 - aduh - masa tu company memang tak cukup fund, so dah lah tak ambik gaji, duit sendiri masuk lagi dlm company - memang account masa tu tunggang langgang..

so bila dah masuk 7-8 tahun - try to be creative - memang saya masukkan personal expenses dlm company - tapi bawah satu special lejer - bila close akaun, saya akan tengok net profit  sebenar - ambik figure tu buat calculation zakat (sebab ini antara kita dan Allah)- dan lepas tau berapa kemajuan company yg sebenar barulah saya masukkan lejer special tu utk mengurangkan profit.

kenapa saya buat begitu -

1. ini syarikat saya - bukan syarikat awam (public listed), saya gunakan modal saya sendiri. jadi saya rasa 100% berhak dalam menggunakan keuntungan yang saya usahakan.

2. audit & akaun -  saya tak buat apa2 kesalahan - saya banyak kerja dgn publlic listed company - byk ahli lembaga pengarah yg VVIP, VIP, menggunakan duit syarikat - hatta untuk perbelanjaan anak mereka yang tak contribute apa2 pun utk company - dan mereka pun tak buat apa2 kesalahan - krn perbelanjaan itu dipersetujui oleh semua ahli lembaga pengarah. audit nak resit? yer saya ada, audit nak company resolution? yer saya ada, tax nak add back expenses? oooo... saya memang kaki gaduh (he he he - kena beb- u got to stand for ur company) -

3. Tax??? - kenapa saya kena bayar tax banyak2 - yea, sebab saya berniaga di negara ini, dan patut contribute sikit utk pembangunan negara - tapi bila saya sedar - tax itu digunakan utk bayar gaji staf government yg kerjanya hanya makan kuaci, minum pagi ptg berjam2 - keluar main golf, sedangkan dokumen kita bertimbun kat meja mereka tak proses - dan yang paling dasat - duit tax itu banyak membangunkan rasuah... so saya tepuk dada, tanya selera sendiri.

ingat, selain dari pelanggan, dan pemasaran - penjagaan akaun sangat penting - anyway Rules Are Made To Be Break!!

and i know i m just 0.0000000000000000000000001% bisneswoman yg buat macam ni, and i bet some of the forumer here did adjust their account book.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:42 PM | Show all posts
Bagus thread nih ...

Saya bayar gaji kepada diri sendiri tiap bulan juga ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 03:31 PM | Show all posts
ho! ho! bisnes ni umpama pendapatan

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais tak makan, nak besar kena kais besar...

liabiliti akan terjadi kalau expenses lebih banyak dari revenue...

agak2 expenses tu banyak, kenalah usaha berniaga lebih lagi dan tinggikan revenue. yang untung dari kerja keras bukan orang lain, kita jugak...

dan perbelanjaan harian tu - ber agak lah - buang peribahasa besar periuk besar kerak, tapi jadi macam padi, makin tunduk makin berisi.. jangan orang pakai br mahal, kita pun nak sama, tapi orang kerja 18 jam, kita kerja 2 jam.. (hu hu, aku cakap utk diri sendiri yea)..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 03:40 PM | Show all posts
haha..
haha..
so kiranya gaji pekerja, utilities, sewa opis/kedai, modal barang,entertainment client(jika ada) dikira sebagai liabilti tetap setiapbulan la kan?
So kalo biznez bln tersebut x cukup kencang utk men'support' liabilititd, mananya kita kena kuar duit simpanan sendiri la kan..dan apabilacomp dah mula menjana keuntungan, baru la kita claim balik kan?
maknanya disini, duit comp dan duit owner adalah 2 entiti yg berbeza kan? x boleh dicampur adukkan...btol ke?
mr_erul Post at 2-7-2009 11:06



takat ni, belum pernah terjadi perkara sebegini pada biz saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2009 04:53 PM | Show all posts
ho! ho! bisnes ni umpama pendapatan

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais tak makan, nak besar kena kais besar...

liabiliti akan terjadi kalau expenses lebih banyak dari reven ...
hazel23 Post at 2-7-2009 15:31


cayalah sis :pompom:...mmg btol ape yg diutarakan tu..
buat biznez kalo x sedar diri mmg payah skit...
lebey2 lg kalo biznez yg byk melibatkan marketing luar...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list