View: 4068|Reply: 8
|
worang eropah dulukala suka makan budak!!
[Copy link]
|
|
Penduduk awal Eropah suka makan budak
ATAPUERCA: Kaji selidik ke atas mayat 'penduduk Eropah terawal' yang ditemui di tapak arkeologi utara Sepanyol mendedahkan manusia pra sejarah terbabit gemar makan orang terutama budak.
“Kami tahu mereka suka makan orang,” kata Jose Maria Bermudez de Castro, seorang daripada pengarah bersama projek Atapuerca iaitu satu lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Satu kajian terhadap mayat manusia purba itu turut mendedahkan perbuatan makan orang semata-mata untuk mengisi perut dan bukan sebagai satu upacara pemujaan.
Mereka juga memakan musuh selepas membunuh terutama kanak-kanak dan remaja.
“Ini adalah kes pertama yang didokumenkan dengan baik mengenai kategori manusia makan orang dalam sejarah dan ini juga bermakna amalan di sini bukannya yang tertua,” katanya.
Tulang mayat yang ditemui dalam gua bertaburan, patah, pecah itu bercampur dengan haiwan lain seperti kuda, rusa, badak dan semua jenis haiwan ditangkap dalam perburuan dan dimakan manusia, kata de Castro.
“Ini memberikan kami idea mengenai sebab mereka makan manusia hanyalah untuk pemakanan dan bukan untuk pemujaan.”
Gua Atapuerca adalah penemuan pertama lewat kurun ke 19 apabila sebuah terowong diruntuhkan di kawasan pergunungan untuk laluan kereta api.
“Tetapi, pada masa itu di Sepanyol, tiada pengetahuan saintifik untuk memulakan penyelidikan,” kata pengarah bersama yang lain, Eudald Carbonell.
“Ia tidak diketahui sehingga 1978, kemudian pada 1984, kami menemui 150 mayat manusia,” katanya lagi. - AFP
jaman sekarang cara lain pulak... ramai teenage trafficking kat eropah sinun... cam citer taken tuh... tu pun kira 'makan' gak ekkk..... tak silap aku kat fiji pun ada golongan camni...yg jenis makan worang nih... cuma bukan budak ajer ler... saper2 pun depa NGAP ajer.... hah! |
|
|
|
|
|
|
|
org eropah ni asal dari keturunan nabi mana ha..? |
|
|
|
|
|
|
|
2# koko2
kalau tak silap (kalau silap, tolong betulkan), lepas peristiwa banjir besar.. bangsa eropah ni asalnya dari keturunan SAM (anak Nabi Nuh a.s) |
|
|
|
|
|
|
|
ish3~
ta ade mknn len ke?? smpi nk mkn org... |
|
|
|
|
|
|
|
goreng pun sodappp |
|
|
|
|
|
|
|
tak heran ada org cite org dulu2 byk yg kanibal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|