|
1# santubung
off topic...
memang ramai sangat nak nyanyi dengan FT
Elliza ingin berduet dengan Faizal Tahir
Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]
Menjadi peserta pertama Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yangdisingkirkan, tidak sedikit pun meninggalkan rasa kekesalan di hatiElliza Abdul Razak.
Baginya walaupun tidak berjaya mencapaiimpian menjadi juara AF, namun itu bukanlah titik noktah kepadaperjuangan untuk mengukir nama sebagai insan seni.
Buktinyakarier gadis kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini semakin menyinari ataulebih cerah di pentas lakonan berbanding dunia muzik tempatan.
Bukankerana sudah tidak berminat pada nyanyian, tetapi adik kepada Ellinayang pernah popular dengan lagu duet Kain Pelekat bersama Anuar Zainini mempunyai agenda tersendiri dalam merencanakan perjalanan karierseninya.
Beritahu Elliza, dia tidak mahu cuma menunggu atautertumpu pada satu aliran saja tanpa mempelbagaikan penjanaan karierseninya.
Walaupun kini bergelar pelakon, namun tidak pernah terlintas di fikiran Elliza untuk melupakan bidang nyanyian.
Kalau boleh, dia mahu memberikan tumpuan terhadap kedua-dua kerjayanya itu.
"Sayadibesarkan dalam irama serta melodi muzik dan mana mungkin saya sangguptinggalkan bidang nyanyian semata-mata kerana lakonan.
"Lagipun,sejak dari kecil lagi saya menyanyi dan hingga saat ini minat melakaripentas muzik tempatan masih menebal dalam diri serta tidak sedikit punluntur dek masa.
"Pembabitan dalam dunia lakonan baru saja bermula itupun sekadarmenemani rakan menghadirkan diri sesi uji bakat Impian Illiyana.
"Tetapi, sementara menunggu, saya juga mengambil kesempatan untuk turut serta mencuba nasib dan tidak sangkalah pula berjaya.
"Bertitik mula dari situ, saya semakin aktif mendapat tawaran berlakon.
"Saya tidak mahu menyempitkan perjuangan pada satu bidang saja kerana dunia seni ini luas dan pelbagai cabang boleh diceburi.
"Lagipun, impian saya bergelar anak seni dan bukan menjurus kepada karier sebagai penyanyi saja.
"Tambahan pula untuk menerbitkan album, dana yang diperlukan bukannya sedikit, malah jumlahnya besar.
"Sayapula mengambil insentif untuk bergerak sendiri kerana yakin pengurusansedemikian memberi banyak ruang kepada artis berkarya.
"Justeru,melalui rezeki lakonan saya kumpul wang sedikit demi sedikit bagimerealisasikan impian menerbitkan album sendiri satu hari nanti.Walaupun mengambil masa lambat, saya tetap akan mengeluarkan album jugananti," katanya.
Ditanya mengenai pasaran album yang tidakmemuaskan, jelas Elliza, ia adalah antara sebab utama yang membantutkanhasratnya menerbitkan album di kala ekonomi dunia meruntum duka.
"Selainaktif mengumpul dana, pasaran muzik yang tidak menentu ketika inimenyebabkan saya fikir dua tiga kali sebelum mengambil langkah komitedmengeluarkan album. "Bukan apa, saya bergerak sendiri dan tanggunganitu akan lebih dirasai jika salah pencaturan.
"Justeru, sayafikir lebih baik saya keluar dengan single dulu kemudian diturutidengan mini album dan barulah album penuh untuk memantau keadaanpasaran.
"Bagaimanapun, apabila sudah sampai saatnya, saya begitu teringin sekali berduet lagu dengan Faizal Tahir.
"Padasaya, dia bukan saja mempunyai suara yang lantang, tetapi merdu danberjaya menghalusi irama melodi dengan baik," kata penyanyi yang pernahberduet dengan Ahli Fikir dalam lagu AEIOU.
Menyentuh mengenaipembabitannya dalam dunia lakonan, akui Elliza walaupun sudah berlakonbanyak drama namun dia belum puas dengan lakonannya dan mahu mencubapelbagai watak yang lebih mencabar.
"Saya percaya mereka yang terbabit dalam bidang ini tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang dikecapi.
"Jadi, saya ingin mempelbagaikan watak yang berbeza dengan apa yang selalu saya lakonkan.
"Pembabitansaya menerusi Kisah Kaisara meninggalkan kesan besar dalam diri saya.Drama itu sudah memasuki musim ketiga, walaupun mengekalkan hampirsemua pelakonnya, karakter drama bersiri berkenaan ternyata semakinberkembang dan menarik," katanya.
Drama lain lakonan gadis genit ini ialah Impian Illiyana musim kedua dan ketiga, Adam & Restumu Ibu dan Blogger Boy. |
|