CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5851|Reply: 10

Padah suami popular

[Copy link]
Post time 3-7-2009 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 3-7-2009 08:14

Padah suami popular   
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
               

     

Faizal bertuah miliki isteri yang baik dan  memahami kerjayanya sebagai artis

TIGA tahun Faizal Tahir menjejakkan kakinya ke dunia nyanyian,tiada gosip yang benar-benar menyentap hatinya. Namun apabila dakwaan rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu bergolak, pemilik lagu Bencinta itu cukup tersentak.

Gosip yang tidak semena-mena timbul disifatkan penyanyi ini sebagai paling teruk sepanjang tempoh dia bergelar anak seni.Bagaimanapun cerita itu juga kata penyanyi berusia 31 tahun ini sebagai sesuatu yang melucukan.
        
Namun ketika isu keretakan rumah tangganya timbul,tiada media yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian mengenai kebenaran cerita berkenaan. Dia sendiri tidak menyedari kisah rumahtangganya menjadi mainan media sehinggalah ibunya tampil bertanya.

Setakat ini ujar bapa kepada tiga cahaya mata yang kesemuanya lelaki, perkataan cerai tidak pernah terlintas di kotak fikirannya.Sebaliknya, dia kini sedang melalui fasa paling membahagiakan sepanjangtempoh berumah tangga.

“Gosip ini bagi saya sesuatu yang melucukan. Secara jujur sayaseorang yang sangat berterus terang, saya tidak suka menyorokkan status saya. Tetapi kisah saya sudah pun mendapatkan peguam untuk menguruskan masalah rumah tangga saya adalah mengarut.
                              


“Saya tidak mahu terlalu yakin tetapi apa yang boleh saya katakan ini satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana saya tidak pernah terfikir sehingga ke tahap itu. Secara jujur saya tidak mengetahui langsung mengenai gosip ini. Yang tahu cerita itu dimainkan media hanyalah isteri dan ibu saya. Bagaimanapun, isteri saya tidak memaklumkan kepadasaya berita itu sehinggalah ibu saya SMS bertanya apa berlaku tetapi dia juga tidak tanya secara terus.

“Apabila bertemu dengan isteri, saya cerita kepadanya mengenai SMS yang dikirimkan ibu kemudian barulah dia buka cerita. Kemudian kami sama-sama ketawa kerana perkara itu tidak masuk akal,” katanya.

Lima tahun melayari perjalanan hidup berumah tangga, Faizal mengakui dia dan isteri tidak terlepas dari bertengkar dan bermasam muka. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri!

Katanya, itulah adat dan asam garam berumah tangga malah diayakin mana-mana pasangan pasti pernah melalui episod sama.Bagaimanapun, dia tidak suka membiarkan pertengkaran itu berlanjutan malah cuba menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
                             

Katanya boleh jadi gosip itu timbul kerana ada yang terdengar pertengkaran dia dan isteri atau mungkin ada yang sengaja menabur fitnah kerana cemburu melihat kebahagiaan rumah tangganya. Namun jelas Faizal, belum pernah pertengkaran hebat antara dia dan isteri, Siti Raihanim Noran, 27,tercetus di khalayak atau mungkin juga pertengkaran dengan isteri tiga tahun lalu ketika dia menyertai pertandingan realiti One In A Million(OIAM) di bilik sebuah hotel cuba disingkap kembali.

“Susah nak kata berita ini timbul disebabkan hasad dengki orang sedangkan saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Mungkin ada orang yang terdengar pertikaian yang timbul ketika kami sedang menjamu selera di luar tetapi mereka membuat andaian kami bergaduh.

“Bagi saya pertengkaran dalam rumah tangga adalah biasa.Sesiapa yang sudah berkahwin tipulah kalau mereka tak pernah bergaduh.Saya akui ada masa dua tiga hari kami tidak bertegur tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perceraian.

“Bagaimanapun ketika berita itu keluar di akhbar, saya sedang melalui hari paling membahagiakan dengan keluarga. Saya luangkan masa dengan membawa mereka keluar berjalan-jalan di pusat beli belah dan kemudian kami makan di tempat yang istimewa. Orang yang membaca kisah saya dan kemudian terlihat saya bersama keluarga pasti terkejut dengan berita itu,” katanya.

Tambah penyanyi itu, masyarakat kita mempunyai mentaliti yang mudah membuat kesimpulan bahawa sesebuah pasangan itu bakal melalui fasa perceraian hanya disebabkan pergaduhan kecil yang tercetus antara pasangan terbabit.

Kata Faizal, dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang baik yang pastinya menjadi idaman kebanyakan lelaki. Isterinya bukan saja memahami kerjayanya sebagai penyanyi malah tidak pernah campurtangan dan turut memberi kebebasan kepadanya untuk berkerja.

Namun Faizal tidak menolak, isterinya pernah meluahkan kebimbangan melihat popular suaminya yang menjadi perhatian ramai wanita jelita, malah sesekali mengadu di atas kesibukan suaminya hingga tidak mempunyai waktu untuk bersama keluarga.

“Sebagai seorang isteri, tidak dinafikan dia pernah melahirkan kebimbangan melihat senario dunia hiburan tempatan yang bebas dan dikelilingi banyak perempuan cantik. Namun saya bersyukur kerana status membataskan saya dari tersasar jauh atau hanyut.

“Status sebagai suami dan bapa mengingatkan saya kepada tanggungjawab. Mungkin jika saya berkecimpung dalam dunia hiburan ketika masih bujang, saya akan hanyut dan lupa asal usul,” katanya yang ditemui di majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre,baru-baru ini.

Info


Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal MohdTahir, 31, berkahwin dengan Siti Raihanim Noran, 27, lima tahun lalu.Pasangan yang berkenalan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu mempunyai tiga cahaya mata Ahmad Mikaeel Zidane, 3, Siti Raudhah Nur Iman 2, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, 6 bulan.

Siti Raihanim Noran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan sedang menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Bagaimanapun, pengajian terpaksa dihentikan seketika kerana kelahiran cahaya mata ketiga pasangan itu.

Mengakui seorang yang gemar bergurau, kata Faizal anak-anak yang memanggilnya dengan panggilan Daddy cukup akrab dengannya.

Sedang menyiapkan album keduanya yang masih lagi sedang dalam proses pembikinan. Penghasilan albumnya terpaksa ditangguhkan sebulan kerana Audi Mok sedang bercuti kahwin selama sebulan. Album sulungnya Aku.Muzik.Kamu dilancarkan pada 22 November 2007.

Dilahirkan pada 26 Oktober 1978, anak kedua daripada tujuh beradik ini sebelum ini pernah menyertai kumpulan Miwarna sebelum menyertai program realiti terbitan 8TV, One In A Million dan muncul tempat kedua ditewaskan oleh Suki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 08:57 AM | Show all posts
tajuk "padah"..ingatkan berantakan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:18 AM | Show all posts
2# rhys88

kannnnn.. tajuk tu x hengat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:59 AM | Show all posts
SYUKUR LAH NGAK ADA APA APA
SEMOGA KEKAL BAHAGIA
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 10:35 AM | Show all posts
salam syd ..

hmmm kat sini rupanya.bila nak mai balik umah MPS.....windunyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 10:36 AM | Show all posts
Alhamdulillah..senang hati bila dah baca kenyataan dari faizal sendiri.
Mudah2an rumahtangga beliau akan kekal berpanjangan..amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2009 11:40 AM | Show all posts
Faizal: Cerita bercerai merepek, sebesar kuman pun tiada masalah

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Faizal Tahir nafi rumah tangganya 'bergoyang'. -foto The Star oleh SAM THAM

“SUDAH tentu tak betul...,” jawab penyanyi, komposer dan pengacara Faizal Tahir sejurus ditanya tentang masalah rumah tangganya yang sedang mengundang penceraian.

Pergolakan rumah tangga Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir dan isteri, Siti Raihanim Noran kembali menggegarkan industri hiburan tempatan selepas dakwaan ini pernah dikeluarkan tiga tahun lalu.

Isu rumah tangganya ‘berkocak’ dan isu penceraian pernah digembar-gemburkan semasa Faizal berada dalam program realiti ‘One In A Million’ musim pertama.

“Secara jujur, saya tidak rasa tergugat atau kecewa dengan cerita ini yang membuatkan orang rasa pelik sebab tiada apa yang nak disedihkan.

“Bila saya dapat tahu cerita ini pada Ahad lalu daripada mak saya, terus saya tergelak sebab saya tak tahu dari mana cerita, sumber dan asal-usul cerita itu.

“Isteri saya pun tergelak apabila orang lain menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sedangkan saya seorang suami dan bapa yang prihatin dengan waktu yang harus luang untuk keluarga,” jawab Faizal selepas majlis sidang media ketiga Anugerah Planet Muzik (APM) 2009, semalam, di Hotel One World.

Faizal menganggap mungkin orang menyangka yang bukan-bukan apabila melihat dia jarang membawa anak-anak dan isteri bersiar-siar di luar.

“Saya tak nafikan mungkin ada waktu-waktu ‘tegang’ melibatkan jadual karier saya sehingga hampir dua hingga tiga minggu saya tidak boleh membawa keluarga berjalan-jalan.

“Tetapi saya bersyukur kerana ada isteri yang mengingatkan saya tentang kepentingan keluarga. Bohonglah tiada pertelingkahan dan salah faham dalam rumah tangga,” ujar bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 4, Siti Raudhah Nur Iman, 2, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 1.

Faizal berkata antara yang paling teruk yang Faizal dengar apabila orang mengata dia dan isteri telah mencari peguam untuk menyelesaikan masalah penceraian mereka.

“Saya rasa dakwaan itu memang ekstrim. Mungkin sebab saya terlalu membiarkan orang membuat cerita dan pijak kepala. Saya merupakan seorang yang sangat fokus kepada muzik.

“Saya ‘ok’ selagi cerita ini tak jejaskan kerjaya,” tegas Faizal yang dicalonkan dalam kategori ‘Artis Malaysia Paling Popular’ dan ‘Artis Serantau Paling Popular’ dalam APM2009.

Tambahnya, hanya rakan-rakan terdekat yang bukan terdiri dalam industri dan orang sekelilingnya sahaja yang mengetahui tentang bagaimana hubungannya dengan isteri dan anak-anak.

“Kawan-kawan tahu rumah tangga saya macam mana..apabila cerita ini keluar, ada kawan baik saya yang minta tak payah layan sangat sebab buang masa sahaja.

“Ada juga antara mereka yang minta saya saman orang yang tak bertanggungjawab itu kerana saya merupakan ‘public figure’ tetapi saya tetap tidak ambil serius tentang hal itu sebab cerita bercerai tu merepek.

“Kebenarannya adalah saya ni jenis yang sangat terbuka dan tidak sembunyikan apa-apa,” luah penyanyi yang sedang popular dengan lagu Bencinta ini.

Faizal tidak menafikan yang dia tidak akan teragak-agak untuk mengaku jika cerita penceraian dan rumah tangganya itu adalah benar.

“Katakan satu hari saya ada masalah rumah tangga, saya akan ‘open’ tetapi cukuplah mengaku hal itu memang benar tetapi tidak akan ceritakan semuanya.

“Tetapi sekarang bagaimana saya nak mengaku sebab besar kuman pun saya tiada masalah rumah tangga,” akuinya yang sudah berjanji dengan anak dan isterinya untuk membawa mereka membeli-belah selepas sidang media itu. Kini, Faizal akui bahagia dengan Raihanim dan anak-anak setelah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 01:40 PM | Show all posts
'Setakat ini ujar bapa kepada tiga cahaya mata yang kesemuanya lelaki,...'


get your facts right ye cik serimah, jangan jadi cam joyah pulak :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 06:00 PM | Show all posts
'Setakat ini ujar bapa kepada tiga cahaya mata yang kesemuanya lelaki,...'


get your facts right ye cik serimah, jangan jadi cam joyah pulak :re:
washere2 Post at 3-7-2009 13:40


ha ha ... lelaki ker semua?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 07:42 PM | Show all posts
no 2 gurl
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:05 PM | Show all posts
Gosip bercerai paling kelakar
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]


PETALING JAYA: “Ini gosip paling ekstrem pernah saya terima sepanjang karier bergelar artis,” kata penyanyi popular, Faizal Tahir mengulas khabar angin terbaru kononnya dia bercerai dengan isterinya.

Menurutnya, dia terkejut dengan gosip itu yang diketahui menerusi laporan akhbar (bukan terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad) baru-baru ini.

Bapa kepada tiga anak itu menyatakan dia pernah mendengar gosip yang sama tiga tahun lalu ketika menyertai program realiti One In A Million.

“Saya tak tahu dari mana sumber gosip itu datang hingga ia dilaporkan dalam satu akhbar baru-baru ini. Saya dengan isteri hendak keluar bersiar ketika mendapat berita itu daripada rakan.

“Gosip itu mengatakan kononnya saya dengan isteri sudah mencari peguam untuk memfailkan kes cerai kami di mahkamah. Bagaimanapun, saya sendiri tidak susah hati kerana saya tahu apa yang diperkatakan tidak betul,” katanya.


Faizal atau nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 30, menganggap gosip kali ini sebagai cerita kelakar dan tidak perlu terlalu mengambil serius.

Sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu, dia masih bahagia bersama isteri, Siti Raihanim Noran dan tiga anaknya iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 3, Siti Raudhah Nur Iman, 1 dan Ahmad Rifa’ie Zidane, empat bulan.

“Jika benar gosip itu keluar selepas saya bergaduh dengan isteri, mungkin saya akan berasa bersalah tapi hakikatnya, perkahwinan saya masih bahagia. Sebenarnya, tidak terlintas di fikiran saya untuk menceraikan isteri saya.

“Bohonglah jika saya tidak bertengkar dengan isteri saya tapi gosip mengatakan kami sudah bercerai perkara yang ekstrem. Saya fikir orang yang menyebarkan gosip itu adalah orang gila yang mempunyai perasaan tidak puas hati dengan saya.

“Saya terbuka dan berterus terang membincangkan soal peribadi, termasuk hal rumah tangga. Sebagai artis menjadi tumpuan peminat, saya tidak mahu menyembunyi perkara sebenar yang berlaku antara saya mahupun membabitkan keluarga.

“Jika suatu hari nanti, andai rumah tangga saya mempunyai masalah, saya akan mengaku. Bagaimanapun, ketika itu saya berharap biarlah saya menyelesaikan masalah rumah tangga sendiri,” katanya.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Bencinta itu, anggota keluarganya lebih faham apa yang berlaku kepadanya.

Faizal berkata, gosip terbabit tidak menjejaskan fokusnya kepada karier kerana apa yang penting, dia akan terus bekerja keras untuk karier dan keluarga.

“Selagi saya dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa dan artis, saya tahu saya berada di pihak yang benar,” katanya yang tidak mahu mengambil tahu siapa yang menyebarkan gosip terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056431 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list