View: 16449|Reply: 6
|
Raihanim Isteri Terbaik: Faizal Hmetro 4.7.2009
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by santubung at 4-7-2009 10:27
SEJAK menyertai program realiti One In A Million (OIAM) tiga tahun lalu, Ahmad Faizal Mohammad Tahir (Faizal Tahir), 31, tidak pernah lekang dengan kontroversi. Cerita panas itu bukan saja membabitkan kerjaya seninya malah kisah rumah tangganya terheret sekali.
Terbaru, dikatakan rumah tangganya bakal menghadapi keruntuhan dan Faizal kononnya sudah berjumpa peguam untuk menguruskan masalah yang melanda.
Bukan sekali dia didakwa berhadapan dengan kemelut rumah tangga tetapi sudah berkali-kali. Ketika menyertai OIAM lagi, perkahwinan Faizal yang baru berusia dua tahun ketika itu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dikatakan berantakan.
Walaupun selepas itu saban tahun Faizal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya, orang masih memperkatakan mengenai rumah tangganya. Pelbagai tuduhan terpaksa dihadapi Faizal dan isteri.
Pada majlis Rafflesia The Pearl Centre meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Selasa lalu, Faizal yang hadir sama menjelaskan rumah tangganya sekarang aman damai. Tambah membahagiakan dengan kehadiran tiga cahaya mata.
"Saya tak tahu macam mana orang luar lebih tahu kisah rumah tangga kami daripada kami sendiri. Bukan pula saya dan isteri tidak pernah bergaduh kerana ia adat dalam rumah tangga.
"Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri tetapi tidaklah sampai perlu mencari peguam untuk menyelesaikannya. Dek kerana selalu sangat rumah tangga kami digosip membuatkan saya dan isteri jadi lali.
"Kami ketawa mendengar cerita itu. Pagi itu saya tidak membeli akhbar, ibu saya telefon suruh saya baca berita yang disiarkan. Hubungan saya dengan ibu rapat jadi semua cerita saya ibu tahu. Jika mendengar apa saja cerita mengenai saya terutama berkenaan rumah tangga, ibu orang pertama akan bertanyakan atau menyampaikan berita itu pada saya.
"Raihanim melayari laman web akhbar itu dan kami ketawa membacanya. Biarlah orang hendak kata apa asalkan kami tahu kedudukan rumah tangga kami yang sebenar. Alhamdulillah rumah tangga kami bahagia.
"Raihanah isteri terbaik dan bersyukur kami dijodohkan untuk berkongsi hidup bersama. Dia adalah isteri yang mana-mana lelaki idamkan. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lalui kini baik dalam kerjaya atau rumah tangga, Allah beri kepada saya lebih daripada yang dijangkakan.
"Bagi saya berita pergolakan rumah tangga itu sangat tidak kena pada tempatnya dan tak masuk akal kerana berita itu muncul saat kami sedang menempuh saat bahagia.
"Saya juga bertuah kerana berkahwin dalam usia muda kerana apabila saya menceburi dunia seni dengan gelaran suami ia membuatkan saya berhati-hati dalam mengatur langkah. Saya selalu ingat siapa saya.
"Tidak dinafikan isteri pernah bertanya tidakkah hati saya tergugat selalu berjumpa dengan perempuan cantik di luar. Isteri mana yang tidak bimbang tetapi orang pun tidak berani mendekati saya kerana tahu sudah berkeluarga.
"Gelaran suami dan bapa menjadi benteng terbaik kepada saya supaya tidak leka. Kalau hendak buat apa-apa saya terus teringatkan anak dan isteri," katanya.
Menurut Faizal dia suka mengusik termasuk jika bertemu peminat di hadapan isterinya. Tetapi jelasnya, setakat itu saja dan tiada terdetik langsung untuk melukakan hati isteri.
"Sebagai isteri mestilah dia bimbang kerana sekarang ini berlaku macam-macam kes. Memang ada yang cuba 'rapat' tetapi saya berhati-hati. Alhamdulillah rumah tangga kami baik-baik saja. Saya tidak mahu minta lebih kerana Allah sudah memberi yang terbaik buat saya dan keluarga," katanya.
Meskipun ditimpa pelbagai dugaan namun pencapaian Faizal bidang seni amat membanggakan. Dia banyak terima anugerah antaranya Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Planet Music 2008, Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album, Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-15. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah........ |
|
|
|
|
|
|
|
"Raihanah isteri terbaik dan bersyukur kami dijodohkan untuk berkongsi hidup bersama. Dia adalah isteri yang mana-mana lelaki idamkan. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lalui kini baik dalam kerjaya atau rumah tangga, Allah beri kepada saya lebih daripada yang dijangkakan.
alhamdulillah
"Sebagai isteri mestilah dia bimbang kerana sekarang ini berlaku macam-macam kes. Memang ada yang cuba 'rapat' tetapi saya berhati-hati. Alhamdulillah rumah tangga kami baik-baik saja. Saya tidak mahu minta lebih kerana Allah sudah memberi yang terbaik buat saya dan keluarga," katanya.
kepada sesiapa tu, bawa-bawalah bertaubat :@ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mudah2an kekal dan dipanjangkan jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
7-Jul-2009 | Oleh: Murai Batu
Gosip Faizal Tahir Bercerai Keterlaluan
KL, 7 JULAI 2009: Gosip perceraian memang menakutkan bagi mereka yang bergelar artis. Maklum sajalah, artis juga manusia biasa yang selalu mengimpikan kehidupan bahagia sama seperti pasangan lain yang berumahtangga.
Cuma apabila bergelar artis, gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan perkara yang sedikit selalunya digembar-gemburkan seolah-olah artis ini hanya suka kahwin dan tidak lama kemudian, bercerai.
Inilah juga dilema yang dihadapi oleh Faizal Tahir yang sekarang semakin terkenal dengan lagu Bencinta. Baru-baru nii kecoh mengatakan Faizal bergaduh besar dengan isterinya sehingga menuntut cerai. Faizal bermati-matian menafikan gosip itu kerana ia adalah sesuatu yang keterlaluan.
Nak mengukuhkan lagi kata-kata Faizal itu, Murai Batu akhirnya ternampak sendiri Faizal di sebuah pusat beli-belah terkemuka di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.
Mulanya Murai Batu hanya ternampak Faizal bersama seorang lagi rakan lelakinya sambil mendukung seorang bayi. Tidak lama kemudian, barulah nampak kelibat seorang wanita bertudung merah yang ada dengan Faizal dan anak mereka.
Mereka begitu akrab, berjalan berpimpinan tangan sambil melayan keletah anak kecil mereka itu yang berada dalam kereta sorong bayi.
Melihat semua itu, Murai Batu sedih dan kesian dengan Faizal apabila orang membuat fitnah tentang rumah tangganya. Memang puaka betul mulut si polan itu yang menyebarkan cerita melalut.
Dalam pada itu Murai Batu hendak ucapkan selamat berjaya kepada Faizal yang akan bertanding dalam Anugerah Planet Muzik 2009 yang akan diadakan di Jakarta pada 18 Julai ini. Khabarnya Faizal juga akan menyanyikan lagu paling hangatnya ketika ini, apa lagi kalau Bencinta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku suka faizal tahir ni.. dia menjaga keluarga dgn baik.. xkisah dia dah bekeluarga atau tidak tetapi dia still kam mnat kerana bakat besarnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|