|
salam..nak share beberapa ayat yg boleh memberi ketenangan dan kesedaran kita bersama....
rasulullah pernah bersabda,
'barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram,maka Allah akan memenuhinya daripada api neraka pada hari kiamat'
'ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah,bergugurlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya'
dirawikan drpd Nabi Muhammad SAW,baginda bersabda:
'sesungguhnya Allah telah berkata" Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku 2 kekuatan dan 2 keamanan.Barangsiapa takut kepada-ku di dunia,Aku amankan di Akhirat. Dan barangsiapa 9merasa) aman dari-Ku di dunia,Aku takutkan dia di Akhirat'
renung2 kanlah bersama2... |
|
|
|
|
|
|
|
More please... |
|
|
|
|
|
|
|
1# feyo
Share ayat ke hadis nihhhh ? ...
If ayat kena la bagi surahnya, if hadis kena la bagi sanadnya. That is better |
|
|
|
|
|
|
|
3# pendakwa salam.antara ayat2 tersebut adalah yg dirawikan/dalil/sabda Rasulullah/Al-Quran..mungkin pendakwa boleh lihat semula tulisan tersebut..ayat2 tersebut telah diambil daripada buku "penenang jiwa"...sekadar berkongsi mana2 yg terlintas di hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by feyo at 21-7-2009 00:35
Junaid al-Baghdadi ra telah berkata,
"Bala merupakan pelita orang arif,menyedarkan orang murtad memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yg lengah(lupa). tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala,rela dan sabar.
..Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati. (H.R. Bukhari & Muslim)
Hanya lapar dapat menundukkan musuh2 Allah. Rasulullah pernah bersabda:
" Sesungguhnya syaitan itumenjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah.Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"
Perut merupakan sumber syahwat..jika kita xdapat nak membendungnya, maka kita kan menjadi hamba syahwat..
Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana mereka telah memakan buah yang telah dilarang oleh Allah..namun mereka tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya..Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada 3 bahagian. Dia menciptakan Malaikat hanya diberikan akal,tanpa diberi syahwat. Dia menciptakan haiwan,hanya diberikan syahwat tanpa akal dan Dia menciptakan manusia,lalu diberi akal dan syahwat.Jika seseorang telah mengalakan akalnya, maka haiwan lebih baik darinya,sedangkan Allah hanya mengurniakan syahwat,tanpa akal kepada haiwan.Alah berfirman:
" Sesungguhnya orang-orang munafik di tingkat yang paling bawah dari neraka,sedang engkau tidak memperoleh penolong untuk mereka itu."
Setakat ini dahulu perkongsian kita..insyaAllah,akan bertambah dari semasa ke semasa..marilah kita bersama-sama memikirkannya. Rasulullah pernah bersabda, " Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun."
|
|
|
|
|
|
|
| |
|