CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 3

Boikot produk German

[Copy link]
Post time 24-7-2009 09:04 AM | Show all posts |Read mode
mungkintread pasal marwa as sharbini dah ada di belakang..tapi aku taktau laada tak orang yang berkempen  untuk boikot produk german.kalau duluorang kita kuat berkempen supaya boikot produk amerika dan sweden, tapikali ini senyap atau tak dengar pon ada seruan supaya kita berpakatboikot produk German lak..mungkin ramai yang tak setuju dan marah bilaaku bangkit balik hal ni tapi pikir2kan la..ini jelas2 dan terang2memusuhi ISLAM..pelik nape media massa di Mesia tak sebut pon pasal kesni..kalu dah ada tread pasal ni,,aku mintak maaf..

aku tak berapa tau sgt produk german selain mercedes dan bmw..mungkinkorang boleh list kan..cuma apa yang nak aku ajak korang..MARI LAH KITAPAKAT2 BOIKOT PRODUK GERMAN..di bawah ni aku letakkan balik artikelmengenai kes yang terjadi di German..mungkin ramai yang masih taktauatau taknak amik tau..

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya


Oleh: ustnik
Tidakbanyakliputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punyaseoranganak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kalioleh seorangpemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dananti-Muslim.
Tidak ramai puladikalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yangmereka lebihtahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutamaTV melampau-lampauliputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masihbelum reda isunya.
Ribuan pendudukMesir menghantarjenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidaksepopular artis tersohor,MJ, tetapi pastinya beliau tersohor dikalangan penduduk langit keranamempertahankan harga diri, maruah danagamanya melalui tudungnya, yangdengannya ia syahid.
Marwa ditikam diruang mahkamah kotaDresden, Jerman sebelum memberikan keterangan ataskesnya. Ia mengadu tentangseorang pemuda Jerman bernama Alex W yangkerap menyebutnya “teroris” hanyadisebabkan beliau berjilbab. Dalamsuatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernahmenyerang Marwa dan berusahamelepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Disaat berada dimahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini iamenikam Marwaberkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya,terkenatembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suamiMarwayang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden  .
Dalam sejarah Islam,seorang wanitaIslam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya olehseorang Yahudi. Lantaspemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkanpergaduhan antara Yahudi danorang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim,seorang wanita meminta tolong denganberkata: ‘Waa Mu’tasimah!’.Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabilamendapat beritatersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apayang dibuatnya?Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan beritapengkebumian MichaelJackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untukMarwa, melainkan media Islamkhususnya di internet.
Untuk mengingatiperistiwa ini, HariJilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwaas-Sharbini. Usul itudilontarkan oleh Ketua Perhimpunan MempertahankanHijab, Abeer Pharaon melaluiIslamonline. Abeer mengatakan, MarwaAl-Sharbini adalah seorang syahid bagiperjuangan muslimah yangmempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia,yang masihdialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layakuntukdiperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeerdisambut oleh beberapaorang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abeddari Persekutuan Persatuan Islamdi Eropah. “Kami mendukung cadanganini. Kami juga menyeru agar diwar-warkankempen seperti ini untukmeningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah diEropah, termasuk hakmengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidangteologi dan falsafahdari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser jugamemberikan dokongannya atascadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang bolehdijadikan momentum untuk memberitindakbalas sikap anti-jilbab di Barat.“Hari peringatan itu akan menjadikesempatan bagi kita untukmengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap paramuslimah dankesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormatihakberagama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskanbahawa hak seorangmuslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaranagamanya, tidak berbeza denganhak penganut agama lain. Ia mengingatkan,kaum perempuan penganut KristianOrtodoks juga mengenakan tudung sebelummasuk ke gereja.
Sokongan untukmengadakan HariJilbab Antarabangsa itu juga datang dari PersatuanMuslim Denmark. Ketuanya,Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untukmengingatkan masyarakat Barat bahawahak muslimah untuk mengenakanjilbab sama  dengan hak perempuan non-Muslimyang boleh mengenakanbusana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hakperempuan,selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikanhakseorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam dirantau Asia jugawajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari JilbabAntarabangsa tersebutsebagai tanda solidariti umat Islam. DewanMuslimat PAS dan NGO berkaitan bolehmengambil peranan ini.
Akhbar Jerman perleceh Marwa asSharbini
Surat khabar Jerman,Die Welt versionline memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisipenghinaan danpernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentaritu adalah reaksipembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordernVergeltung für Mord imGericht” yang diterbitkan berkaitan kes MarwaAl-Sharbini itu.
Salah satu pemberikomen misalnya,menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tandajasa “Federal Cross ofMerit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa“toilet” dan masih banyak lagikomentar-komentar lainnya yang isinyajelas membela pembunuh Marwa danmelecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pulaanehnya, engganmenolak untuk menghapuskan komentar-komentar yangprovokatif itu, seiringdengan sikap media massa Jerman lain untuk tidakmenulis berita tentang insidenyang menimpa Marwa. Media Jermanmenganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatarbelakang islamofobia itubukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akanberbeza jika yangdibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunyaseorang Muslim.
Sementara itu, atassikap akhbar DieWelt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaumMuslimin untuk menyampaikanemail protes kepada akhbar tersebut agarmenghapuskan komentar-komentar yangrasis dan anti-Muslim, melaluialamat email: [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 09:51 AM | Show all posts
Allah hu Akbar... semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada'...  

baru sy tau kes ini.. selama ni dok sibuk ngan MJ.. sy pun dh jd lalai.. terikut dgn budaya hedonisma yg menular skang... sampai bila la Islam dihina sedemikian rupa... Ya Allah... kau muliakanlah Islam dan pengikutnya.. jadikan hati2 kami tetap dengan Islam sampai mati... amin!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 10:10 AM | Show all posts
sy pn br tau psal kes ni...tp kes MJ pn sy x amik tau..tp mmg zalim la dorg....
apa brg2 German ye???meh cni x nk bl....pdan muka dorg
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 12:38 PM | Show all posts
saya dah tau kisah ni last week siap dgn gambar lagi..tapi product german yg ada kat malaysia ni apa ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.592423 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list