View: 1935|Reply: 13
|
kenapa Allah bantu orang yang menyekutukanNya??
[Copy link]
|
|
saya ada satu persoalan...
kenapa Allah membantu/ memberikan rezekiNya kepada golongan2 manusia yang hanya akan menggunakan pemberianNya untuk menyekutukanNya?? contoh, pembinaan gereja, patung2, kuil2, pusat2 perjudian, etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalan yang baik, nape yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Bonus mereka di dunia bonus muslim di akhirat.Cube tgk Firaun yg kurniakan harta yg
banyak namun harta tu semuanya tanda kebencian ALLah terhadapnya supaya dia
sesat..Meranalah dia didalam Jahanam..
Kita sebagai umat seharusnya bersabar dan mensyukuri nikmat2 yg tlh dikurniakan
seperti nikmat iman..
Maaf jika ana x leh nak jelas yg lbh terperinci..Xde masa..
Sekian drpdku..Yg baik drpd ALLAH yg x baiik drpd ana sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa rajin, tak kira agama, dia dapat rezeki lebih... |
|
|
|
|
|
|
|
6:43 Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
6:44 "Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
14:34 Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm golongan orang islam pun ada rezeki yang diberkati dan ada yang tak diberkati...rajin berusha walau pun cara tak baik main rasuah bagainya dia tetap dpt rezeki..cuma rezeki yang tak halal or tak diberkati...
rezeki yg diberkati ni amat penting utk melahirkan anak2 yang soleh dan solehah kelak..ada orang biasa2 hidup aman sbb rezeki dan hidup yang dirahmati...ada orang kaya2 makan enak2, rumah besar2 tapi hidup tak aman kan...sbb hidup tak dirahmati..keberkatan itu penting..dan yg penting matlamat hidup utk mencari keredhaan allah... |
|
|
|
|
|
|
|
6:44 "Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-punmembukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabilamereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
ni rasanya jawapan paling tepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by always_typo at 3-8-2009 11:28
saya ada satu persoalan...
kenapa Allah membantu/ memberikan rezekiNya kepada golongan2 manusia yang hanya akan menggunakan pemberianNya untuk menyekutukanNya?? contoh, pembinaan gereja, patung2, k ...
thessailly Post at 2-8-2009 18:16
Kerana manusia itu khalifah di muka bumi, Allah dengan sifat Allah Ar RahmaanNya bagi certain 'free will' atau kebebasan untuk pilih nak buat apa dengan rezeki yang dikurnia Allah kepada mereka with ample warnings on various repercussions for their actions in the hereafter. |
|
|
|
|
|
|
|
17.20. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan
akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai
Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari
sesiapapun).
21. Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas
sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya
pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan
lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by always_typo at 3-8-2009 11:28
Kerana manusia itu khalifah di muka bumi, Allah dengan sifat Allah Ar RahmaanNya bagi certain 'free will' atau kebebasan untuk pilih nak buat ap ...
always_typo Post at 3-8-2009 11:19
Saya rasa ini pun jawapan kepada persoalan. Human being are subject to freedom of choice. Tak kira agama apa pun, mahusia sentiasa diberi pilihan dan juga diberi kelebihan akal fikiran untuk membentuk income dan generasi melalui pilihan mereka. So no matter what we do, mengikut hukum alam, rajin berusaha tangga kejayaan. Tapi disetiap kelebihan material yang dipunyai oleh orang yang menyekutukannya tidak bermakna dia senang zahir dan batin. Mungkin pada pandangan mata umum, dari segi materialistik, insan itu senang tapi percayalah, tanpa keberkahan dan rahmat dari Tuhan, nescaya kesenangan itu bukanlah hakiki. Bukankah kita ini ciptaannya, maka naluri akan pasti merasa titak tenteram tanpa rahmat darinya... |
|
|
|
|
|
|
|
kesenangan bg org2 kafir di dunia hanya sementara...akhirat org2 yg rugi..
sebagai org beriman terus ttp beriman dan syukur apa yg ada~ di atas dunia ini dan akhirat~ |
|
|
|
|
|
|
|
1# thessailly
Bismillahir Rahmaan ir Rahiim
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang"
Pemurahnya Allah SWT, Dia memberi rezeki kepada sesiapa sahaja Yang Dikehendaki, tidak kira muslim atau bukan muslim.
Tidakkira beriman atau bukan beriman, tidak kira munafik atau taat. Semuanyamakhluk Allah jua. Pemberian Allah dengan sifat-Nya "Pemurah" atau"ar-Rahmaan"-Nya itu - untuk semua makhluk yang Dia cipta. Tetapi......
Sifat-Nya," Ar-Rahiim"...hanya untuk yang Islam dan yang beriman. Allah SWT akan'rahimkan' rahmatnya ini boleh jadi didunia lagi, sementelahan pula diakhirat. Di hari akhirat nanti, kita tau lah bagaimana 'Rahiim'nyasifat Allah ini. Bersabarlah...Allah akan buktikan di Hari Akhirat. Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji... |
|
|
|
|
|
|
|
1# thessailly
sesungguhnya TUHAN mu berbuat apa shj yg DIA kehendaki. HUD : 107.
dan ALLAH melebihkan sebahagian kamu ke atas sebahagian lain di dlm rezeki, AN NAHL :71.
maka nikmat TUHAN mu yg manakah yg kamu berdua ( manusia &jin) dustakan? MAHA SUCI TUHAN MU PEMILIK KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN. AR ROHMAN :77&78.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki umat Islam di Akhirat kelak...InsyaAllah.............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|