|
'Natrah' Sofea Jane Lebih Beremosi
Oleh WAHIDA ASRANI
MENGANGKAT sebuah kisah yang pernah mencetuskan kontroversi ke pentas teater bukanlah satu perkara mudah. Jika si pengarah gagal menggarap penceritaan yang menggambarkan kisah tersebut dengan baik, penonton pastinya mendapat impak yang kurang berkesan.
Perkara itulah yang perlu difikirkan oleh Erma Fatima untuk memastikan teater arahannya, Natrah, mampu membuka mata penonton tentang kontroversi yang berlaku sekitar era 50an terhadap seorang gadis Belanda berusia 13 tahun bernama Maria Hurbedina Hertogh atau Natrah.
Dan ternyata, dengan bantuan oleh hasil kajian yang dilakukan oleh penasihat teater ini, Datin Fatini Yaacob, yang banyak menulis artikel dan mengkaji tentang Natrah sejak 20 tahun lalu, Erma berjaya mencorakkan teater ini dengan berkesan.
- foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Bersandarkan kepada nama-nama hebat seperti Maya Karin yang melakonkan watak Natrah, Sofea Jane (Natrah pada usia 70 tahun), Umie Aida (Che Aminah), Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi) dan Samantha Schubert (Adeline), perjalanan hidup Natrah yang digambarkan sememangnya cukup menyayat hati.
Kisah tragik yang telah membawa kepada rusuhan di Singapura sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British kerana perjuangan mereka terhadap Natrah Maarof cuba ditonjolkan dengan sebaik mungkin.
Sekadar mengimbas sejarah yang berlaku, kisah Natrah yang menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah dan keluarga kandungnya telah meninggalkan kesan yang mendalam apabila masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.
Bukan saja itu, malah Natrah yang dikahwinkan pada usia 13 tahun dengan Mansor Adabi juga membawa cerita tersendiri yang amat memilukan.
Keikhlasan kasih Mansor yang berjanji tidak mahu 'menyentuh' Natrah kerana usianya yang masih muda ketika itu serta cinta sejati mereka yang terpaksa dipisahkan kemudiannya sehingga membuatkan pasangan ini merana memang cukup memilukan.
Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu di Huijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.
Untuk pementasan Natrah di Istana Budaya ini yang sudah bermula sejak 30 November lepas hingga 9 Disember ini, perjalanan hidup Natrah dikupas dengan baik dari permulaan yang dimulakan dengan monolog oleh Sofea.
Aktres yang menjadi Natrah ketika berusia 70an dengan cuba meluahkan rasa hatinya yang terbuku sejak berpuluh-puluh tahun memang berjaya disampaikan dengan penuh emosi. Malah, tidak keterlaluan jika penulis katakan, 'Natrah' Sofea lebih 'menusuk' kalbu berbanding 'Natrah' yang dilakonkan oleh Maya.
Namun, penulis akui kedua-duanya berada di dalam dua senario yang berbeza dan lantaran itu, 'penghujung' kisah Natrah perlu ditonjolkan dengan lebih beremosi sebagai gambaran kesengsaraan yang dilalui oleh Natrah selama berpuluh-puluh tahun itu.
Apapun, penampilan sulung Maya di pentas teater sememangnya tidak menghampakan walaupun membawakan watak gadis yang usianya amat muda berbanding umur sebenar Maya adalah satu tugas yang cukup mencabar untuknya.
Dari segi fizikal juga, Maya memang nampak seperti seorang gadis remaja!
Malah, penulis gemar menyaksikan sifat 'nakal' Natrah, terutamanya ketika bibit-bibit cinta mula berputik antara dirinya dan Mansor Adabi lakonan Remy. Nampak wujudnya keserasian antara Maya dan Remy.
Lakonan sulung Remy di dalam teater juga tidak mengecewakan. Secara peribadi, penulis merasakan Remy berjaya 'menjiwai' Mansor walaupun mungkin karektor sebenar lelaki itu berbeza daripada apa yang ditampilkan oleh Remy.
Apa yang pasti, Mansor Adabi memang 'hidup' di tangan Remy! Tidak ketinggalan lakonan cemerlang yang dipamerkan oleh Umie Aida dan Samantha Schubert. Props untuk pementasan ini juga cukup menarik.
Dari segi penceritaan, secara keseluruhannya, selain memfokuskan kepada suka duka Natrah, Erma juga menekankan kepada kasih sayang Che Aminah terhadap Natrah dan perjuangannya untuk mempertahankan 'keislaman' Natrah serta mengelakkan daripada Natrah diambil semula oleh keluarga kandungnya.
Perasaan sedih seorang ibu kandung, Adeline yang amat merindui anaknya serta kelukaan hati ibu angkat yang sudah menganggap Natrah adalah darah dagingnya itu membuatkan penonton sendiri pastinya bersimpati terhadap kedua-duanya.
Cuma penulis rasa tidak puas untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Che Aminah dan Mansor setelah Natrah diambil semula oleh keluarga kandungnya.
Babak ibu angkat dan suami Natrah itu terhenti di situ saja dan apa yang berlaku selepas itu ditonjolkan dengan keratan-keratan akhbar dalam bentuk 'slide show'. Namun, penulis memahami durasi pementasan yang pendek pastinya membataskan Erma untuk menyampaikan semua penceritaan sekaligus.
Penulis juga agak hairan mengapa elemen Hindustan turut diselitkan di dalam teater ini dari aspek tarian dan lagu. Nampak sedikit 'pelik' sebenarnya, namun difahamkan Erma mempunyai alasan tersendiri dan menegaskan elemen itu memang amat disukai oleh masyarakat.
Bagi yang ingin menyaksikan teater ini, tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 boleh dibeli dengan menghubungi talian 03-40265558 atau secara online di laman web www.ticket2u.biz |
|
|
|
|
|
|
|
macam best je. boleh la pi tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak tengok Natrah tapi tak free .. suka jgk tonton teater |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nyer nak tgk....nak book tiket..lor fully booked |
|
|
|
|
|
|
|
yes!! nk g tgk rabu nie....:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
25# choice
betul....best!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
teater nie mmg sarat dgn emosi |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia....8/12/09
Tiket Teater Natrah habis dijual
| PRATONTON Teater Natrah di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Sememangnya Teater Natrahyang sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sejak 30November lalu telah mencetuskan satu fenomena baru.
Sebelum ini, ramai beranggapan pementasan yang mengangkat naskhah berat seperti Natrah akan gagal menarik perhatian penonton.
Bagaimanapun, teater arahan Erma Fatima itu membuktikan sebaliknyaapabila kesemua tiket berharga RM50, RM70, RM100 dan RM150 untuk empathari tambahan yang akan berakhir 13 Disember ini habis dijual.
Hanya tiket berharga RM30 masih dijual dan kini tinggal lebih kurang 10 peratus sahaja lagi.
Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, kejayaan luar biasa Teater Natrah itu membuktikan kisah sejarah mampu menarik perhatian ramai jika ia digarap dengan baik.
Apa yang membanggakan apabila 60 peratus daripada jumlah penonton setakat ini merupakan golongan remaja.
"Sambutan yang diberikan terhadap Teater Natrah ini memang tidak disangka-sangka sehingga meletakkan ia sebagai produksi terbitan IB paling berjaya setakat ini.
"Ia juga membuktikan bahawa dengan kos yang kecil dan minimum, IBmampu menerbitkan sebuah teater yang akhirnya meninggalkan impak yangbesar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Teater Natrah yang mula dipentaskan sejak 30 November lalu itu sepatutnya berakhir 9 Disember ini.
Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim menyarankan pementasan itu dilanjutkan empat hari lagi bagimemberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menghayati sejarahNatrah.
Tambah Mohamed Juhari lagi, antara faktor utama kejayaan Natrahialah subjek itu sendiri yang dilihat begitu dekat dengan rakyat negaraini.
Selain itu, bintang-bintang besar tanah air yang berlakon di dalam produksi itu juga merupakan salah satu faktor mengapa Teater Natrah mendapat sambutan hebat.
Ditanya kemungkinan Teater Natrah akan dipentaskan untuk musim kedua, Mohamed Juhari memberitahu, semua itu bergantung kepada keadaan.
"Dengan sambutan yang diberikan, saya lihat tidak ada sebab untuk Teater Natrah tidak disambung bagi musim kedua.
"Siapa tahu dengan adanya musim kedua kelak, ia akan memberi peluangkepada mereka yang tidak berkesempatan menontonnya," ujarnya lagi.
Teater Natrah mendapat sokongan daripada Kumpulan Utusan selakumedia rasmi di samping stesen radio Sinar FM sebagai radio rasmi.
Teater Natrah dibintangi Maya Karin selaku Natrah ketika berusia 13dan 20 tahun, Remy Ishak (Mansor Adabi), Umie Aida (Che Aminah), SofiaJane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline).
Selain barisan pelakon utama, Teater Natrah turut melibatkan hampir 100 pelakon lain termasuk pelakon kanak-kanak.
Ia menceritakan kisah benar seorang wanita Belanda yang bernamaNatrah atau Maria Huberdina Hertogh yang diserahkan oleh ibunya kepadaChe Aminah tanpa pengetahuan bapanya yang ditawan tentera Jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
sgt best! sian maya terjatuh tp still pandai cover.. |
|
|
|
|
|
|
|
29# cloudnine_mm
br plan nk beli tix nk tgk blk......
mmg sedih...... |
|
|
|
|
|
|
|
nak mencelah
sangat berpuas hati
aku tengok last day 5 disember
tapi tetaer dlanjutkan sampai 7 disember
masa 5 dis tun mahathir dtg sambut bday
erma fatima bacakan sajak
aku mmg puas hati
watak sofea jane...memang wat aku menangis
umie aida pun samer
maya tak kurang hebatnyer
salut jugak utk fizz fairuz ngn aaron
remy plak watakj dia sikit jerk sebab mansor adabi tak banyak main peranan
tapi dlm tetaer nie nampak sgt semangat org melayu dulu2
sanggup berkorban nak selamatkan natrah
aderkah jati diri kita sekarang mcm org dulu2 kalau kes sama berulang??? |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat paper hari ni natrah musim ke3 akan dipentaskan 30 hari
klau musim ke2 gimiknya mansor adabi bergelek plus byk pelakon2 popular turut serta,musim ke3 apa pula ye..... |
|
|
|
|
|
|
|
hah..!!!??? ada teater Natrah musim ke3 plak..?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|