CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: philipinoe2

H1N1..(update angka korban: 72!!!)

[Copy link]
Post time 18-8-2009 10:03 PM | Show all posts
258# ain_lazerella


haaa...itu lagi satu vengong + vongok....dah kalo xmencegah mcm mana lah nk sume nya okay...

mmg vengong gile...aku xphm betol lah ngan malaysia nie...choii jah..nasihat s ...
jingga007 Post at 18-8-2009 21:53


betul betul marah nie...
takut faliq nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 10:04 PM | Show all posts
tapi mmg betul lah..mask tu mahal la nak beli..
tapi terpaksa beli gak sebab nak mencegah..
cuma dalam hati nie geram sebab org2 atasan skg tak reti pikir gaknye..
ain_lazerella Post at 18-8-2009 21:57



kann...nak xnk kenalah jgk beli...sbb nk kena mencegah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:05 PM | Show all posts
betul betul marah nie...
takut faliq nanti..

stingbeh Post at 18-8-2009 22:03



muahahahaha....sejuk sikit hati mek ... bile baca ada nama faliq...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 12:05 AM | Show all posts
Jumlah Kematian : 69 - 24 ogos 2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 10:40 AM | Show all posts
ingtkan da xde yg mati sbb ech wan en wan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 01:22 PM | Show all posts
Setakat 25 Ogos 2009, 9 pagi
Kes Kematian : Satu
Jumlah Kematian : 70

Hari ini sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 162 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 buah hospital termasuk 1 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, terdapat 2 kematian sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2009 11:11 AM | Show all posts
update plisss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2009 11:19 AM | Show all posts
71 yg dah mati kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 04:25 PM | Show all posts
Dimaklumkan sehingga 30 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, Jumlah Kematian : 72
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:22 PM | Show all posts
aku tgk pm dan menteri msia ni rilek jer tgk rakyat makin ramai mati:kant:
tun det sendiri risau tgk org msia ni mcm tak ambik peduli penyakit ni
mungkin sbb dia doktor so dia faham
bukannya makin kurang ksedaran, kematian makin bkurang
makin btambah adalah...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:40 PM | Show all posts
Untuk makluman, 1 kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini. Kes kematian tersebut adalah seorang lelaki berumur 49 tahun tanpa pekerjaan tetap serta bermasalah kesihatan hepar (hati) telah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 13/8/09 dengan simptom demam dan batuk selama dua hari serta muntah. Pesakit terus dimasuk ke wad dan rawatan antiviral influenza dan antibiotik telah dimulakan serta merta. Ujian TB, Tifoid, Denggi, Leptospira serta H1N1 didiapati negatif pada 18.08.09. Rawatan telah diteruskan walau bagaimanapun pesakit menjadi tenat kerana masalah paru-paru. Beliau dipindahkan ke ICU dan meninggal dunia pada 19.08.09 disebabkan oleh Severe pneumonia with septicaemic shock and H1N1. Laporan biopsi postmortem yang diterima mendapati sampel paru-paru positif influenza A(H1N1) pada 24/08/09.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 01:34 PM | Show all posts
latest yg meninggal, dokter ICU....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 01:41 PM | Show all posts
doktor????
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 03:23 PM | Show all posts
Dimaklumkan sehingga 31 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 99 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 240 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,374 pesakit ILI sedang dirawat di  98 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 286 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 03:39 PM | Show all posts
Doktor mangsa terbaru selesema babi


KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Seremban (SSH) sejak 21 hari lalu, meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai akibat dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Dr Noorfiza Isa, 43, yang bertugas di hospital itu sejak lima tahun lalu, sebelum itu dikatakan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi semalam dan dikatakan doktor pertama di negara ini yang meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Menurut sumber, Allahyarham bertugas di Unit Kecemasan dan mengalami tanda penyakit berbahaya itu pada 6 Ogos lalu dan dimasukkan ke wad tetapi dibenarkan keluar sehari selepas itu.



Bagaimanapun, keadaan mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, semakin buruk dan dimasukkan semula ke wad hospital berkenaan pada malam 9 Ogos dan koma sehingga meninggal dunia awal pagi semalam.

"Mangsa adalah antara tiga doktor di hospital itu yang dijangkiti H1N1 tetapi keadaan mangsa yang paling teruk dan dirawat selama 21 hari sebelum meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, berkata setakat ini hanya 15 kakitangan yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan di seluruh negara dijangkiti wabak berbahaya itu tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

"Bagi kematian membabitkan doktor wanita itu, setakat ini tidak dapat disahkan punca kematiannya sehingga keputusan ujian mengenainya mungkin dikeluarkan esok (hari ini)," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataannya semalam, menyebut seorang lagi berusia 49 tahun dengan masalah kesihatan hepar (hati) menjadi mangsa korban terbaru jangkitan wabak itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 03:40 PM | Show all posts
ishh... tak tawu lah lagik ape nk kate.... doc pon meninggal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.257717 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list