CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 13

Siti sunyi bila suami tiada di sisi

[Copy link]
Post time 14-8-2009 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Jumaat Ogos 14, 2009         
                      Siti sunyi bila suami tiada di sisi         
                      Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


        Sitiketika rakaman program raya, 'Lentera Aidilfitri Datuk Siti' di Astro,Bukit Jalil semalam. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG


KETIADAAN Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di sisi pastinyadirasai oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza lantaran dia akui tidakboleh berpisah dengan suaminya itu.
Baru-baru ini, Siti mengaku berasa sunyi apabila ditinggalkan dalammasa empat hari sahaja kerana suaminya yang mesra disapa Datuk K itupergi menunaikan umrah.
Mujurlah jadual aktiviti seni Siti agak padat yang membolehkan diamelupakan sementara daripada memikirkan rasa rindu terhadap suamitercinta.
Bagi Siti, pergilah ke mana-mana pun, dia pasti mahukan suaminyasentiasa berada di sisi melainkan jika ada perkara yang tidak dapatdielakkan seperti tidak dapat mengikut suami dan anaknya, Asyrafmengerjakan umrah.
Menurut Siti, dia tidak dapat menyertainya kerana terikat dengan majlis makan malam Jusco pada 6 Ogos lalu.
“Alhamdulillah, suami pun dah balik ke sini selepas mengerjakan umrah selama empat hari.
“Sepanjang bulan ini saya terlalu sibuk jadi sebab itu saya tak boleh ikut.
“Tapi bila masa nak tidur tu sudah tentulah saya rasa sunyi..,” kataSiti ketika menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Datuk Siti’untuk disiarkan pada Hari Raya Puasa yang kedua nanti di saluran AstroRia.

       


Walaupun begitu, Siti tetap berasa bersyukur kerana suaminya ke sana untuk mengerjakan ibadah.
Tambahan lagi, penyanyi nombor satu Malaysia ini bukanlah pertama kali ditinggalkan suami.
“Sebelum ini, saya pernah juga ditinggalkan Datuk semasa dia keChina selama tiga hingga empat hari atas urusan bisnes. Paling lama pundia hanya tinggalkan saya dalam empat hari sahaja. Lebih dari itu takpernah..
“Tapi saya bersyukur kerana suami pergi umrah baru-baru ini pun untuk mendoakan kebahagiaan dan murahkan rezeki kami berdua.
“Semoga Allah memberkati doa itu,” ujar Siti yang disahkan mendapat7 per 88 bahagian harta peninggalan arwah bapanya, Tarudin Ismail olehMahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dua hari lalu.

       


Jelas Siti, dia juga bersyukur dan bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.
“Saya dan adik-beradik tiada masalah dan menerima pembahagian hartaitu dengan hati terbuka kerana sudah mengikut hukum faraid,” jawab Sitiyang tidak mengetahui apakah harta arwah yang bakal diterimanya nanti.
Dalam pada itu, Siti juga sempat memberikan komen tentang pemergianvokalis kumpulan Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang telah meninggaldunia semalam.

       


Seperti rakan artis yang lain, Siti juga berkata dia bersimpati dan merasakan kehilangan Asri.
“Saya turut bersimpati dan rasa kehilangannya sebab saya senang apabila bekerjasama dengan arwah.
“Dia seorang yang baik hati, merendah diri dan tak pernah beza-bezakan penyanyi yang datang dari genre muzik yang lain.
“Dia sangat disenangi dan sungguh tinggi budi bahasanya,” luah Siti.
Kali terakhir Siti bertemu dengan Ustaz Asri semasa mereka sama-samamenjayakan Konsert Maulidur Rasul di Stadium Malawati, Shah Alam padaFebruari lalu.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu Ustaz Asri telah kembali. Sayadoakan semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman..,”tutur Siti dalam nada tenang.
Selain pernah menjayakan konsert kerohanian, Siti juga dalam prosesuntuk membikin album ‘Tahajud Cinta’ yang memuatkan lagu-lagukerohanian dan akan dilancarkan pada awal Ramadhan nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 05:00 PM | Show all posts
tangan ct ni macam x sihat je kan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 05:09 PM | Show all posts
nampak gemuk tangan die...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 05:16 PM | Show all posts
tangan macam orang wat keje umah berat2....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 05:48 PM | Show all posts
kene dera kt umah kotzzz
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 06:01 PM | Show all posts
bunyi macam siti ni gersang je. ala.anak tiri bederet.tibai je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2009 06:07 PM | Show all posts
cntk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 06:13 PM | Show all posts
hehehe maksud ko, project dgn anak tiri dia ke? mmmm handsme2 tuh! tak baik, sumbang mahram uolsz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 08:10 PM | Show all posts
geli ok tajuk nie..hehheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 07:10 AM | Show all posts
“Tapi bila masa nak tidur tu sudah tentulah saya rasa sunyi..,” kataSiti ketika menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Datuk Siti’untuk disiarkan pada Hari Raya Puasa yang kedua nanti di saluran AstroRia.

perlu ke statement panas camni????????
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 10:46 AM | Show all posts
dulu2 arwah nenek aku ckp yg tgn CT ni jenis besar drpd muke...

org ckp jenis murah rezeki....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2009 11:15 PM | Show all posts
ok la tu

biasala isteri mmg sunyi klu suami pg nun jauh ke seberang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 12:47 AM | Show all posts
“Tapi bila masa nak tidur tu sudah tentulah saya rasa sunyi..,” kataSiti ketika menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Datuk Siti’untuk disiarkan pada Hari Raya Puasa yang kedua nanti di s ...
rotibusuk Post at 15-8-2009 07:10


asal siti jer panas -- - mmg  panas --
kalo si mangkuk lain mmg terus sejuk beku je kekdahnya -
kita berbeza laa siti no.1 - -
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 08:32 AM | Show all posts
yeah!!!!!!!!

no 1 forever!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041811 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list