CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 19

Peserta program PHASER teraniaya

[Copy link]
Post time 9-9-2009 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Peserta program PHASER     teraniaya   
                               SAYA wakil peserta PHASER 2004 yang kecewa dengan program berkenaanyang dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Mara.PHASER adalah satu program mentor-mentee di bawah kementerian berkenaanyang di'outsource' kepada sebuah syarikat swasta dan Mara selaku penajakewangan.

Mengikut program itu, peserta ditempatkan di bawah satumentor yang kononnya sudah berjaya di bidang perniagaan dan dikehendakibelajar bersama mentor secara sepenuh masa. Jadi, peserta yang bekerjaperlu berhenti dan mengikuti program ini sepenuh masa.

Wang elaun RM500 dijanjikan pada setiap bulan yang mana akanditaja oleh Mara. Peserta perlu menjual barang mentor dan meraihkomisyen bagi menampung keperluan hidup selama mengikuti programsebagai tambahan kepada wang elaun diatas.
        
   
      Malangnya, program itu tidak secantik digembar-gemburkan. Seribu satu permasalahan muncul dari permulaan program, antaranya;

l Syarikat berkenaan tidak berkemampuan, tidak berkemahirandan tidak berpengalaman dalam program mentor-mentee dan keusahawanan;

l Pihak syarikat tidak ikhlas untuk membantu peserta tetapilebih tertumpu untuk mengaut untung dari dana yang disediakan pihakkementerian

l     Syarikat itu juga tidak membantu menyelesaikan masalah peserta;

                                 
l    Mentor dan syarikat tidak sehaluan dan bercanggah pendapat dalam menentukan hala tuju peserta;

l    Terdapat mentor yang tidak berkemahiran dan masih baru dalam bidang perniagaan;

l   Mentor tidak jelas dengan matlamat dan keseluruhan program PHASER;
                                l Mentor yang terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk membantu danmemberi tunjuk ajar. Mereka hanya mahu menggunakan perkhidmatan pesertasecara percuma;

l Terdapat produk yang disediakan berskala besar (ratusanribu ringgit bagi produk ICT). Jadi peserta tidak dapat menjual produkitu kerana masih di peringkat belajar keusahawanan dan tiada jaringannetwork;

l     Tiada produk untuk dijual (peserta herbs, automotif, restoran dan perkilangan);

l Tidak pernah walau sekali pihak kementerian mengunjungipeserta bagi mendapatkan maklum balas, bertanyakan kemajuan ataupermasalahan peserta.

Jadi, akhirnya kami peserta PHASER menjadi mangsa ataskegagalan program ini. Kami terpaksa menanggung bebanan hutang Mara,hutang kad kredit dan hutang lain bagi membolehkan kami 'survive'ketika mengikuti program ini. Hal ini demikian, wang elaun yangdijanjikan tidak muncul dalam 6 bulan pertama dan tiada satu produk punyang boleh dijual bagi meraih komisyen.

Pihak kementerian pula hanya cuci tangan, walaupun merekamengakui banyak kelemahan di bawah program berkenaan dan mengakuiprogram ini gagal. Tiada sebarang tindakan diambil, walaupun banyakmesyuarat diadakan. Hanya janji kosong diberikan dari semasa ke semasa.

Kini permasalahan kami menjadi semakin runcing selepaskementerian berkenaan dibubarkan. Kami tidak tahu pihak mana harus kamiajukan permasalahan ini. Kami kini hanya menanti masa untuk disenaraihitamkan Mara dan kes ini dibawa ke mahkamah. Mungkin mahkamah akanmengisytiharkan kami bankrap.

KAMI YANG TERANIAYA,
Wakil peserta PHASER 2004
Source: Berita Harian , Rabu,09September2009

Apa pandangan korang...
  • |

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 08:51 AM | Show all posts
tak komplen ke kat MARA?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:29 AM | Show all posts
sume pihak salah... terutama penganjur yg x tau motif pengajurannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:15 PM | Show all posts
peserta program PKNS pun bermasalah jugak...memana yang amik franchais kedai kasut Jukebox skang ni pening kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:35 PM | Show all posts
tak komplen ke kat MARA?
undark Post at 9-9-2009 08:51


Rasanya kalau MARA ni..boleh komplen le...perabis air liur aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:37 PM | Show all posts
gitu laa lumrah idup.. mengeluh je la.. tp apa2 pun itu batu lonjatan utk berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2009 12:38 PM | Show all posts
Prancais kat Msia nie..... meme makan duwet jee......

Byr royalti utk guna jenama dier jer ratus2 ribu.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:38 PM | Show all posts
peserta program PKNS pun bermasalah jugak...memana yang amik franchais kedai kasut Jukebox skang ni pening kepala...
aku_komeng Post at 9-9-2009 12:15


bukan PKNS...PNS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 12:42 PM | Show all posts
Prancais kat Msia nie..... meme makan duwet jee......

Byr royalti utk guna jenama dier jer ratus2 ribu.......
mjla Post at 9-9-2009 12:38


betul tu...kalau ade duit..buat biz sendiri.kecil2lan dulu,then kembangkan...semua untung dpt kt kita jer..francise ni..taukeh tu kaya raya amik duit fee jer...ade sorang member francisor ni..masyuk 5 juta sebulan...duit fee jer...tiap2 bulan dia tukar keter,pi melancong..mkn pagi kt singapore..makan tengahari kt kl.makan mlm tomyam kt bangkok...lu fikirlah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:44 PM | Show all posts
bukan PKNS...PNS.
faisyah Post at 9-9-2009 12:38

ohh...terlebih huruf lak...

maklumlah...berpose...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 03:50 PM | Show all posts
donia donia ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 11:56 PM | Show all posts
l Terdapat produk yang disediakan berskala besar (ratusanribu ringgitbagi produk ICT). Jadi peserta tidak dapat menjual produkitu keranamasih di peringkat belajar keusahawanan dan tiada jaringannetwork;
tempur Post at 9-9-2009 08:27


samada skala besar atau kecil.. the proses is the same..
might as well buat besar terus.. tapi must be properly trained and directed..
primary important is how strongly u want to learn and to succeed..
and how hard u are willing to work...

one of my sale staff generated more than 5million sales in her first yr..
no experience fresh grad but with fantastic attitude..
three of them just started a company this year to be my distributor..

maybe ai shud start a training company mintak mara sponsor... hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:08 AM | Show all posts
sian la pada yg terkena...harap2 lps ni xde la lgi yg nk join progrm tu progrm ni...lebih baik wat loan wat bisnes sendri...wpun kecil2an...mcm sya, mula dr bawh...tak gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:31 AM | Show all posts
kalau bleh cuba laa kumpul duit sendiri dulu baru buat bizness..
yg selalu jd masaalah ni pasal tak bleh service loan...

bizness dah laa tak menjadi...
hidup selamanya dikejar bayang hutang.. susah nak recover...

instead cuba gunakan bank project financing facility
at least project completed.. facility fully paid.. takde hutang...
hati pun senang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 10:58 AM | Show all posts
ni la jadi kalau pegawai2 yg ada tu buat kerja hanya utk penuhkan jadual aktiviti tahunan atau hanya utk memenuhi permintaan pegawai atasan supaya ada aktiviti utk "melahirkan" usahawan. kononnya la...

takpa la. sapa2 yg dah terkena tu, alhamdulillah la sbb dh ada pengalaman utk jd usahawan. teruskan niat, jgn berhenti takat tu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 10:09 PM | Show all posts
ape program pun klu dasar problemnye diri sendri...x guna gak blame org lain... ade ex phaser dah jadi milionaire per....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 10:27 PM | Show all posts
tu la aku katakan... jadikan sebagai batu lonjatan walaupun ia sangat pahit..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 03:45 AM | Show all posts
Sebenarnya susah gak nak ckp sbb lain org lain misi dan matlamat mereka..
Dan berbeza pengetahuan dan pengalaman..

Kalau yg mmg betul2 noob dan berharap progam tu membantu mestilah expectation dia lain mcm skit. Then kalau yg jenis suke gerak sendiri dan menjadikan program ni tempat melompat lebih tinggi so takde isu rasanya..

Sekadar pandangan dr pacal yg hina ni..chewah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 06:14 AM | Show all posts
yes.. pada matlamat keputusan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 06:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_WonBin at 12-9-2009 19:00

Post Last Edit by cmf_WonBin at 12-9-2009 18:58

Aku reti komen pasal yang produk ICT tuh. Kalau kau bagi budak baru grad isi borang tender dan submit dgn good pricing supaya menang, itu no problem. Satu tender pon mudah2 aja value RM1 juta. Tapi ini barang yang takda tender, kena approach customer supaya beli. Barang ICT berskala besar jenis kena find totally new market ni bukan mainan budak hingusan baru merangkak. Hanya somebody aja yang boleh buat benda ni jalan. Orang di sebalik company tuh memang orang 'somebody' dalam market. Dia boleh bertepuk bertampar dengan GM, director, Datuk, tan Sri kat Telekom Malaysia dan company besar2 kat padang golf. Budak mentah yang takda nama, takda pengalaman dan takda status tak boleh buat. Ini bukan jenis franchais karipap dan kedai roti macam yang Mara selalu buat. In the market, if you are nobody, jangan nak bullsh!it talking about something big sebab susah untuk customer beli...... they wont buy unless terdesak giler2 seperti kamera thermal untuk kesan H1N1. Kementerian amik sahaja janji ada stock. barang2 lain tu melobi sampai setahun pon customer tak beli. Market kat luar sana lain, bukan macam dalam nota kursus latihan usahawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070497 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list