View: 1625|Reply: 0
|
Usahawan converter yg wajar dicontohi...
[Copy link]
|
|
OnePure produk kosmetik halal
| Layla Mandi memperagakan produk kosmetik OnePure di kedainya bulan lalu. - AFP
|
DUBAI 11 Sept. - Bagi wanita Islam, yangragu-ragu untuk menggunakan krim kulit yang dikhuatiri mengandungicampuran alkohol dan sumber babi, Layla Mandi ada jawapan: produkkosmetiknya terjamin halal.
Artis solek dari Kanada yang memeluk Islam itu sedang memasarkankosmetik yang dipanggil OnePure, yang menurutnya merupakan produk mewahbertaraf antarabangsa serta tidak mempunyai elemen-elemen yang ditegahIslam.
"Hampir semua produk kosmetik mempunyai campuran alkohol dan sumberbabi, jadi umat Islam perlu menggunakan bahan yang benar-benar halal,"kata Mandi.
Produk keluarannya, bagaimanapun belum lagi memasuki pasaran secarameluas, tetapi boleh dibeli di gedung-gedung dalam talian di Malaysia,Jordan dan Britian.
"Setiap orang Islam sudah tentu tidak mahu beribadah dan melalukansolat dengan bahan campuran babi ada pada badan mereka," kata Mandiyang berpakaian abaya berwarna hitam dan memakai tudung menutuprambutnya.
''Saya datang ke Asia Barat semata-mata untuk mendalami apa yangorang di sini mahukan. Kebanyakan mereka terkejut apabila sayamemberitahu mereka bahawa kebanyakan produk penjagaan kulit dankecantikan yang mereka gunakan mengandungi campuran babi," katanya.
Menurut Mandi, krim-krim pelembap, syampu, pelindung muka dan gincusemuanya mengandungi campuran lemak asid dan gelatin daripada sumberbabi.
Bagi memastikan produk yang dihasilkannya benar-benar halal, Manditurut membawa ahli dermatologi dan ahlia kimia bersama-samanya danmeminta mereka membuat akujanji: semua produk kosmetik dan pencucikulit yang mereka hasilkan bebas daripada sumber alkohol dan babi.
OnePure dijamin bebas daripada campuran alkohol dan babi, katanya.
OnePure yang ditawarkan dalam bungkusan pelbagai bentuk dan daya tarikan mampu bersaing di pasaran global yang kompetitif.
"Saya mahu pastikan pembungkusan OnePure benar-benar kelihatan mewahdan menarik agar tidak ada orang yang memperkatakan 'saya mahu beliproduk halal, tetapi pembungkusannya tidak menarik'," katanya.
Produk kosmetik berjenama halal yang pertama untuk pasaran AsiaBarat itu telah mendapat perakuan daripada badan pensijilan halal diMalaysia.
Setakat ini, Mandi telah menjual produknya secara dalam taliandengan penerbangan Arab Saudi yang menjadi pelanggan pertamanya sejakJulai lalu, serta di butik kecantikan Souk al-Bahar di kompleks membelibelah dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai. - AFP
utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|