|
Sebab mengapa aku berubah menjadi usahawan beretika...
[Copy link]
|
|
41# zaidi_MZZ
aku sokong tu... |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah...walau kita xsempurna,tapi kita harus berusaha kearah kesempurnaan...bagi saya seorang peniaga dan anda semua,Allah menguji kita di dalam perniagaan.rezeki memang luas,tapi kita harus bijak memilih yang halal lagi baik.Allah xkan halang kita cari apa jenis rezeki...tapi yang baik,balas nya baik,yang jahat balas nya jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah bagusla anda sudah bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by myahakeem at 28-9-2009 18:17
Kenapa Allah lebih cinta org MUDA yg berTaUBaT berbanding org tua?
Kiriman: asbat79 pada Rabu, 05 Julai, 2006 - 02:21 AM GMT
Bismillahir rahman nirrahim...Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah. Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripadahamba-Nya.
Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnyaan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.
Sumber;Diari Islamiah 2005 (1425-1426 Hijrah)Editor: Yujeffry YusoffPublisher: Sterling Crown
Dicatat oleh Muhammad di 11:38 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by thedude at 29-9-2009 14:31
saya bukan bisnes dobi ... tapi ini hujah saya tentang perbuatan campur2 pakaian client semasa membasuh ... ..
saya akan berikan hujah yang tidak bersandarkan kepada mana2 ayat suci untuk mengelakkan perdebatan yang tidak perlu hehe ... strictly business
Mencampurkan pakaian client semasa membasuh ni .. tak salah sekiranya kita sendiri tak pernah janji untuk tidak mencampurkannya ...
Tapi dari segi bisnes .. adalah tidak bijak untuk mencampurkan pakaian2 customer tu. Sebabnya ..
1) mengasingkan pakaian menunjukkan kita mengambil satu langkah ke hadapan berbanding peniaga-peniaga dobi yang lain. We give special treatment to customer clothings.
2) menunjukkan kita lebih sensitif dan prihatin tentang soal kebersihan (walaupun secara logiknya .. kuman dan virus kebanyakannya telah mati dibunuh klorin dan kimia dalam sabun basuh tu, tak kiralah kita campur pakaian2 tu atau tidak).
3) tidak mencampurkan pakaian2 tu adalah satu bentuk value-add (tambah nilai).
It's all about giving extra service. Best bang for the buck.
Jangan lupa untuk tulis signboard "setiap bungkusan pakaian dicuci berasingan". Kita educate sikit pelanggan2 kita tentang kebersihan. Kalau takde signboard ni .. sia2 je korang buat baik ... hehehehe ... pelanggan takkan appreciate benda yang diorang tidak sedari kewujudannya ... tonjolkan kelebihan kita berbanding kedai dobi lain.
Ataupun kalau nak lagi flexible ... tanye customer "boleh campur ke tak" ? Pastu charge harga berbeza ... jgn jauh sgt beza udahler .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa untuk tulis signboard "setiap bungkusan pakaian dicuci berasingan". Kita educate sikit pelanggan2 kita tentang kebersihan. Kalau takde signboard ni .. sia2 je korang buat baik ... hehehehe ... pelanggan takkan appreciate benda yang diorang tidak sedari kewujudannya ... tonjolkan kelebihan kita berbanding kedai dobi lain.
thedude Post at 29-9-2009 14:27
satu idea yang menarik... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, kerana anda berani berubah. Semoga Allah memberi lebih byk hidayah dan dilimpahkan rezeki yang luas bukan shj dari segi kewangan, tapi kesihatan dan keimanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by thedude at 29-9-2009 14:31
saya akan berikan hujah yang tidak bersandarkan kepada mana2 ayat suciuntuk mengelakkan perdebatan yang tidak perlu hehe ...strictly business
thedude Post at 29-9-2009 14:27
betul tu....
anyway, bukan ke biasanya dobi tu charge per load?
separuh pun charge satu load jugak kan? bukan nya charge half load...
aku always assume dorang tak campur dgn orang lain punya
kalau tak kenapa charge per load basis kan?... |
|
|
|
|
|
|
|
aku always assume dorang tak campur dgn orang lain punya
kalau tak kenapa charge per load basis kan?...
aarie Post at 30-9-2009 12:49
ada peniaga yang campur...
dan...ada juga yang tak campur...
bila nak keuntungan berlipat kali ganda, orang sanggup buat apa saje... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|