View: 6067|Reply: 0
|
Pusat Warisan Bung Bratak (Bidayuh)
[Copy link]
|
|
Kerajaan lulus pembinaan Pusat Warisan Bidayuh
KUCHING 20 Sept — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan meluluskan pembinaan Pusat Warisan Bung Bratak di Bau, dekat sini, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebagai satu usaha untuk mempamerkan sejarah dan kebudayaan Bidayuh terutama dari kawasan Jagoi-Bratak, kata Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos.
Katanya kementerian memberi reaksi positif dan akan membantu persatuan membiayai pembinaan pusat itu yang dijangka dibina di Bung Bratak, kawasan asal nenek moyang kaum itu terletak di puncak bukit yang dihuni 31 penduduk kampung Bidayuh di daerah Lundu dan Bau juga di Seluas/Singkawang di Kalimantan Barat, Indonesia.
“Projek itu dijangka bermula selepas RMK-9, iaitu bermula tahun depan, terima kasih kepada Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim yang amat memahami dan berminat untuk mewujudkan pusat ini di mana reaksi positif beliau amat dialu-alukan,” katanya kepada Bernama.
Katanya pusat warisan itu akan dilengkapi muzium, dua rumah panjang dan sebuah “baruk” atau rumah bulat tradisional yang boleh memuatkan 100 kapasiti untuk seminar atau dewan persidangan, bilik untuk bermalam dan kemudahan asas program inap desa.
Selain menganjurkan persidangan, ceramah dan seminar mengenai aspek sejarah dan budaya Bidayuh, beliau berkata, persatuan itu juga akan membuat promosi pelancongan Bidayuh tentang makanan, minuman dan kraftangan, termasuk tikar anyam tradisional “kasah”.
Bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat, aktiviti luar seperti latihan mendaki puncak bukit, lawatan dan berjalan kaki akan disediakan di kawasan itu, yang turut mempunyai dua air terjun dan kolam air panas.
Katanya kawasan Bung Bratak telah mengeluarkan ramai tenaga profesional seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan dan bidang profesional lain, tetapi pembabitan mereka dalam perniagaan moden dan industri masih lagi kurang.
“Usaha sedang dibuat untuk memperbaiki keadaan ini dan persatuan akan menjalankan peranan seperti menganjurkan ceramah dan seminar berhubung hal perniagaan di pusat yang bakal dibina itu,” kata Minos yang juga bekas presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh.
Bagaimanapun, katanya, kaum itu yang terkenal dengan ketekunan dan kerja kerasnya, telah bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri - “Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority” untuk membangunkan lebih 20,000 hektar tanah milik warisan kaum itu di Bau dan Lundu.
Dengan pembangunan tanah komersil itu, sebuah Kilang Minyak Kelapa Sawit Bau diwujudkan, sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti itu terutamanya mereka yang memilih untuk terus menetap di kampung, katanya.
tahniah pada masyarakat bidayuh... semoga worang lebih kenal lagi dgn tradisi warisan ethnic ni, ekkkkk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|