View: 13138|Reply: 11
|
DOA&AMALAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by myahakeem at 7-10-2009 11:49
salam...nak tanya pada forumers kat sini..apakah amalan dan doa kalian semua untuk memulakan perniagaan...
jom kongsi kat sini...
terima kaSIH...
Antara amalan2:
'Ayat Kursy" Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Bagi yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
Baca surah alWaqiah. Surah ini menjadi sebab yg kuat utk mendatangkan rezeki
Selepas selepas solat subuh tasbih ini:
Subhanallahi wabihamdihi subhanallahilazim astaghfirullah-100x
Iaitu tasbih yg menjadi solatnya sekelian makhluk yg dgnnya mereka diberi rezeki. Dunia akan dtg dgn merendahkan dirinya.
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
Berdoa:
Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
Jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
Doa dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Solat yang wajib itu jangan sesekali ditinggalkan.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la kedai mamak ada no 786 ... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok kat kedai mamak mesti ada ayat seribu dinar... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok kat kedai mamak mesti ada ayat seribu dinar...
msstylo Post at 7-10-2009 17:11
hati2 jika nak gantung ayat tertentu...
jika tersilap niat, boleh terjebak ke dalam syirik... |
|
|
|
|
|
|
|
aku biasanya memperbanyakkan beristighfar... |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yg tak seberapa.
Amalkan selalu Solat Dhuha, dan kemudian diikuti dengan solat hajat.InsyaAllah murah rezeki, tercapai cita2 utk memajukan perniagaan ataupun karier. |
|
|
|
|
|
|
|
dan aku juga mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari... |
|
|
|
|
|
|
|
selain dari 17 rakaat yg biasa, buatlah juga 7 rakaat tambahan, (dhuha + witir +tahajud).
pasti hidupmu lebih lapang dan mind mapping pun senang nak buat.
sekadar nak share juga pasal perkataan "murah rezeki"
ustazah saya (berlatarbelakangkan pendidikan arab), pernah memperbetulkan doa kami tentang murah rezeki.
komen beliau, "kenapa mintak murah rezeki?, murah is as same as "cheap", so kenapa mintak rezeki yang cheap?? (beliau juga fasih berbahasa french, mandarin...)
dan suggestion beliau gunakan perkataan "barakah" iaitu berkembang, bermakna setiap kali kita dikurniakan rezeki, panjatkan syukur dan berdoa supaya rezeki itu dibarakahkan.(rezeki yang dapat tadi diperkembangkan)......
memperbanyakkan istigfar adalah salah satu pembuka rezeki
dan defination rezeki itu sendiri amat2222222222 luas, bukan dari segi RM...
dapat peluang menjadi usahawan adalah satu rezeki
dapat menimba ilmu disini adalah satu rezeki
dan bila dapat dugaan, rahmat yg datang selepas dugaan itu juga adalah satu rezeki...
bagaimana nak mengatasi dugaan - HANYA BILA KITA REDHA bahawa itu adalah ketentuan Allah kepada kita hambaNya.
dan jagalah 2 hubungan ini - hubungan antara kita dan Allah, serta hubungan kita dengan hambaNya yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul. Definisi rezeki teramatlah luas. Mungkin dari segi ROI tu kureng. Duit yg kita dpt tu berkat |
|
|
|
|
|
|
|
Taat Perintah Allah & Ikut Sunnah Nabi, juga punca Allah memberkati dan memurahkan rezeki kita. |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting amalan yang kita buat biar berterusan walau sedikit....
moga2 mendapat keberkatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|