CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4779|Reply: 8

tapak kaki dinosaur TERbesar dijumpai!!!

[Copy link]
Post time 8-10-2009 06:56 AM | Show all posts |Read mode
Tapak kaki terbesar dinosaur dijumpai


GAMBAR menunjukkan satu kesan tapak kaki dinosaur yang dipercayai terbesar
di dunia ditemui di Plagne, timur Perancis pada 5 April lalu.


PARIS - Pakar-pakar haiwan purba Perancis mendakwa mereka menemui tapak kaki dinosaur baru-baru ini yang dipercayai terbesar pernah ditemui.

Menurut seorang saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Jean-Michel Mazin, kesan tapak kaki itu yang berukuran antara 1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui di pergunungan Jura.

Setakat ini sebanyak 20 tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun saintis percaya terdapat ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui.

Tapak kaki itu terpelihara dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun.

Penyelidik-penyelidik berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih baik mengenai haiwan berleher panjang itu.

Berdasarkan saiz tapak kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinosaur itu antara 30 hingga 40 tan dan panjang lebih 25 meter. - Agensi




25 meter, 40 ton dinosaur????? pshawwwwwww  besar nyer hah!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 07:46 AM | Show all posts
kalu ada lg sure org dulu kala dah buleh bina bangunan tertinggi di dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 03:25 PM | Show all posts
dah macam citer flinstone jer
ermmm tapak kaki manusia dulu2 pun besor gak apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 04:24 PM | Show all posts
kalau dinasor nie besar gedabak.... pokok2 masa tu macam mane la ek tingginyer.. melepasi awan ker?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:04 AM | Show all posts
yg pastinyer binatang besar ni dah hidup beribu ribu tahun terdahulu dari manusiaaa.....yg peliknyer masih ader lagi kesan2 tinggalannyer...padahal bukankah benda2 ni dulu dah musnah bersama2 hilangnyer binatang besar nihhh......mushkil betul otak aku nihhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:04 AM | Show all posts
yg pastinyer binatang besar ni dah hidup beribu ribu tahun terdahulu dari manusiaaa.....yg peliknyer masih ader lagi kesan2 tinggalannyer...padahal bukankah benda2 ni dulu dah musnah bersama2 hilangnyer binatang besar nihhh......mushkil betul otak aku nihhh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2009 10:49 PM | Show all posts
kalau tapak diorang pijak tu tenggelam, maksudnya ada kehadiran air sket, ataupun tanah lembap.. kalau betul meteor besar menghempas ke Bumi ribuan-jutaan tahun dahulu berlaku, gelombangnya yang panas akan mengeringkan tanah tersebut, manakala dinosour terpelanting jauh, terbakar, hangus, or mati serta-merta..

kemudian kabus atau asap hitam daripada kebakaran dunia menyelubungi Bumi selama beberapa bulan-tahun, menyebabkan tiada cahaya Matahari dapat tembus sepenuhnya ke Bumi, menyebabkan Bumi menjadi sejuk dan datanglah Zaman Ais, tapak dinosour tadi yang tidak berusik terus kekal di situ, beku.

bila kabus dah hilang.. Matahari sampai ke Bumi, ais mencair perlahan-lahan..

kroit rasa camtu, ni adalah teori buatan sendiri yang amat salah, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:16 PM | Show all posts
bagus lahh kroit keluarkan teori... dari teori laa timbulnya kajian... mana tau teori tuhh memang benar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 10:51 PM | Show all posts
8# edy137

entahler, rasanya macam salah teori tu..

kalau betul hentaman besar boleh menyebabkan gelombang besar yang mampu melenyapkan hidupan di permukaan Bumi or darat, maknanya akan ada gegaran kuat pada tanah yang mampu menukar bentuk geografi alamkan? Oleh itu, automatik kesan tapak kaki tu akan hilang ataupun dilitupi debu & tanah yang menenggelamkan bentuk sebenar tapak tersebut dan akhirnya tiada kesan yang tinggal. Ini juga salah satu kemungkinan yang dapat dicipta..

ni yang nak travel balik ni, pinjam mesin masa Doraemon jap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050878 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list