kau dan aku | diari
Episod 12: Fitri Mula Benci Mila
7-Jan-2010 | Oleh: Razif Rosdi
Suasana kolej jadi kecoh apabila berita Farah dan Aril sudah putus cinta tersebar. Aril yang dahulunya terkenal dengan sifat sombong berubah menjadi seorang yang peramah dan baik hati. Ini menyebabkan hubungannya dan Mila kembali mesra. Kemesraan Mila dan Aril juga adalah hasil dorongan ibu Mila sendiri dan pada masa yang sama, Mila tidak sedar yang kemesraannya dengan Aril adalah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Akim yang dilihat kembali rapat dengan Lisa.
Hubungan mesra antara Akim dan Lisa sebenarnya adalah atas dasar kawan, walaupun Lisa sendiri sentiasa mengharapkan Akim kembali menjadi kekasihnya. Akim bagaimanapun telah menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk dia kembali bersama Lisa kerana hatinya kini hanya untuk Mila. Disebalik hubungan akrab antara Akim dan Lisa itu, wujud pula perasaan cemburu dari Farish.
Akim pula mencemburui keakraban Mila dan Aril namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sikap Mila terhadapnya masih dingin.
Farah pula mula memikirkan cara baru untuk memisahkan Mila dan Aril setelah rancangan awalnya gagal. Dia terfikir untuk mempergunakan Fitri dalam perancangan jahatnya, Farah tahu yang Fitri sebenarnya memendam perasaan terhadap Aril dan pada masa yang sama sangat mencemburui Mila. Rancangannya berjaya apabila Fitri sedikit sebanyak mula terpengaruh untuk membenci Mila.
kalau ada stacy lg aku x berkenan.......
Nadia90 Post at 20-10-2009 22:15
to Nadia90
Motip kau speku rumah stacy kemudian cakap cam ni?..sebagai bukan org malaysia aku rasa dunia seni penyanyi kat malaysia ni sempit....bukak radio lagu CT..buka konsert tv CT..xder perkembangan dunia seni.. malaysia xder artist lain berkebolehan ..sama org aja..buat skrg atau 2 hingga 10 taun mendatang akan tetap sama..
tak paham dgn watak mila dlm criter ni.
dah tahu fitri marah kat dia pasal aril. utk membaikkan perhubungan dgn fitri, bukan kah patut menjauhkan diri sikit dgn aril.
ni takkkk.....aril telefon, boleh lagi dia on speakerphone masa fitri in the room. tak paham!
tak paham sebenarnya dia suka aril ke tak? kat trailer for next week, dia nangis gila2 bila tau yg aril yg curi borang dia supaya they get back together.
nangis dia lagi gila2 dari fitri tuduh mila perempuan murahan.
WTH.
KDA 2 akan start November ni kan.. Harap2 better laa then last season.. Pelakon pun best2.. tak sbr nak tgk Anith berlakon.. hopefully blh kalahkan Mila last season... comellaa dia..