CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2251|Reply: 10

Mengandung before nikah, BETUL KE INI??????

 Close [Copy link]
Post time 28-10-2009 03:15 PM | Show all posts |Read mode
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP

SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant  luar  nikah, cepat cepat  kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.



Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.



Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.



Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.   Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.

WAHAI PARASAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 03:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by fantaghero1818 at 28-10-2009 15:29

TOPIK NI DAH ADA LAAAA...........ni tajuknya  ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..  ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:26 PM | Show all posts
eh tp aku ada baca kat paper, Dr Mashitah jwb perkahwinan tu sah.. apa sebab dia aku dah igt2 lupe.. dah jd kompius lak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:29 PM | Show all posts
aku pon dah lame tahu.......
tapi mcm mane org yang cerdik pandai dalam agama islam xnk war-war kan pada semua ttg hukum ni.....
aku musykil.....
ade yang perut dah besar bru nak nikah,tok imam x tau ke syarat sah nikah......
pelik......takut kalau x diambil serius nanti,ALLAH akan beri pengajaran pada kita......
Astghafirullah.......mintak dijauhkan.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:31 PM | Show all posts
pandai buat pandai tanggung la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:32 PM | Show all posts
lain kali juru nikah kena compem betul2. b4 nikahkan penganti pompuan. if not dia subahat. eh! betul ker? takuttttttttttttttttttt{:2_78:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 03:37 PM | Show all posts
.....yang penting baby tak bleh buang mcm sampah atau dibunuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:46 PM | Show all posts
prosidur sekarang ni pun kalau time nak nikah mmg kadi akan kira (dari tarikh mak & ayah nikah hingga ke tarikh lahir si pengantin). yg ni untuk pastikan yg si pengantin bukan anak luar nikah. kalau xsilap aku, kalau si pengantin tu anak luar nikah (terutama anak ppuan) xboleh berwalikan bapanya. kena berwalikan hakim..

7# cekman s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:01 PM | Show all posts
dah ada topic ni. jangan main bukak thread je
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:02 PM | Show all posts
ermmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076076 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list