View: 3229|Reply: 10
|
Faizal Makan Pil Tahan Sakit Demi Hiburkan Peminat
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by washere2 at 16-11-2009 14:07
Isnin November 16, 2009
Faizal Makan Pil Tahan Sakit Demi Hiburkan Peminat
Oleh AU YEONG HOW
Faizal bergambar bersama Shila OIAM semasa konsert Fly FM pada Sabtu lalu.
PENYANYI tersohor, Faizal Tahir mengakui terpaksa makan piltahan sakit semata-mata untuk menghiburkan peminat-peminatnya selepasmembuat persembahan di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary".
Faizal, yang ditemui di konsert yang berlangsung di Central ParkAvenue, 1 Utama, Bandar Utama pada minggu lepas, kelihatan masihbertenaga walaupun terpaksa menahan kesakitan.
Malah, pelantun lagu 'Bencinta' itu memberi tumpuan penuh kepadapersembahan bertenaganya di atas pentas walaupun lutut kanannya masihbelum pulih sepenuhnya.
Biarpun pergerakan atas pentas agak terbatas, lontaran suaranyatetap memukau kira-kira 10,000 penonton yang tidak berganjak daripentas walaupun hujan.
"Semasa berseronok di atas pentas, saya langsung tidak fikir tentangkesakitan pada lutut kanan atau samada saya telah berikan persembahanyang terbaik.
"Saya hanya ingin bergembira dan menghiburkan para hadirin. Selepasini, saya kena makan pil penahan sakit semula apabila balik ke rumah,"katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan sebagai artisundangan.
Faizal turut mendendangkan Medley Michael Jackson termasuk Thriller,Smooth Criminal, Human Nature, Man In The Mirror, Black Or White, TheyDon't Care About Us dan Beat It.
Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya tahun ini, Faizalmenjalani pembedahan lutut kanannya di Hospital Prince Court, KualaLumpur selepas tercedera kerana bermain futsal di 1 Utama.
Kata Faizal, kecederaan lutut kanannya itu sudah berlarutan selama 11 tahun akibat bermain bola sepak.
Namun, Naib juara musim pertama rancangan realiti One In A Million(OIAM) ini tidak menyesal menjalani pembedahan sekarang kerana ituadalah tindakan terbaik.
"Saya sedar saya terpaksa membatalkan beberapa pertunjukan selepas pembedahan itu.
"Memang ia menjejaskan sumber pendapatan saya tapi saya tak nakmembuat persembahan dengan bertongkat," jelas Faizal yang pada mulanyatidak menjalani pembedahan kerana bimbang ia akan mengganggu kerjayanya.
Ditanya sama ada kecederaan di lutut kanannya akan menjejaskanpersiapannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2009 nanti pada 20November ini, Faizal berkata:
"Saya tidak akan beraksi 'selincah' macam malam ini. Saya mungkinduduk sambil menyanyi," katanya yang pernah merangkul tiga anugerahuntuk lagu 'Sampai Syurga' iaitu hadiah Persembahan Terbaik, VokalTerbaik dan Lagu Balada Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal2009.
Pada pertengahan tahun ini, Faizal juga merangkul empat anugerah dimajlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, PersembahanVokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis BaruTerbaik.
Faizal yang memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannyaberkata dia tidak meletakkan harapan tinggi kerana persaingan kali inisangat sengit.
Katanya, selain tiada kategori untuk lagu-lagu yang dipertandingkan, semua lagu adalah antara yang terbaik.
Pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 2009 di Sri Pentas 2,Shah Alam pada minggu hadapan, Faizal Tahir akan mempertaruhkanlagunya, 'Bencinta'.
Faizal yang selalu mendapat jolokan 'Superman' akan berentap denganBunkface (Situasi), Tomok (Rindu Terhenti), Stacy (Pakai Buang),Jinbara (Patri), Aizat (Pergi), Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Hafiz(Masih Jelas), dan Noraniza Idris (Enjut).
Dalam perkembangan berkaitan, Faizal memberitahu dia mengeluarkan album baru pada bulan Disember ini.
Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan tajuk album itu dan berharap dapat memuatkan 10 buah lagu dalam album terbarunya itu.
mstar 16 Nov
kesian FT, dia minta maaf tak dapat jumpa peminat lepas konsert sebab terlalu sakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# washere2
tak dapat jumpa peminat pun tak per la Faizal...yang penting semangat yang awak tunjukkan tu dah lebih dari bagusss... gitu lah kalau nak terus bersinar dalam industri ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
last night siti nyanyi lagu mahakarya cinta masa konsert kat stadium malawati..masyukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
y pejal tahir now tiru MJ pulak??? |
|
|
|
|
|
|
|
lepas show CNI di Genting 1 Nov, dua hari sebelum Fly consert ni ada show tuk ETIQA
lepas this fly consert pulak, dia kena bersedia ke another show semalam, jadi dia ligat walau pun sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by urockmyworld at 17-1-2010 01:00
faizal tahir x tiru MJ....dia mmg minat MJ...tapi biasalah MJ kan masa-masa terakhir hidup dia byk bnda2 x elok org dok ckp psl dia...so, kbykn peminat dia tpksa 'bersembunyi' la,x brani nak tunjuk taring...jdk silent fan...
FT pn ad mengaku dia planned nak bw lagu They Don't Care About Us masa OIAM dlu, tp tpksa digugurkn sbb x ckup ms...masa ntk berlatih x silap la...dia nak ubah lagu tu skit kot...aku x ingat la...korg gugel la seniri k....
So,bila org tu pn da mati,brula masing2 sedar dan tak kurang jugak yg menyesal...nk buat tribute itula,inila...ada brula nak start jdk more obsessive like me... |
|
|
|
|
|
|
|
kte sme la u rock my world..
ft mmg dah lme minat mj..
tak salah kalo nk wat mcm mj pun..
rmai artis dah tiru mj ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
respect ngan semangat ft..
tak nak kecewakan peminatnya, sanggup tahan sakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
kte sme la u rock my world..
ft mmg dah lme minat mj..
tak salah kalo nk wat mcm mj pun..
rmai artis dah tiru mj ni..
masterdyanna91 Post at 17-1-2010 01:48
a'ah masterdyanna91, skrg da berlambak artis2 luar negara ambil idea2 dari video klip n performance tour MJ,cthnya korang bleh tgk dlm video klip lady gaga Bad Romance n performance on stage beyonce. kalo kat mesia ni cth terdekat masa AJL tu....pakaian semua peserta ala2 military jacket...yang CT plak tgk corak baju berbunga2 tu...mcm corak bju Balmain kegemaran MJ n but emas yg dia pkai tu.... mcm but MJ time on-stage performance...FT x pyh criter...totally MJ! |
|
|
|
|
|
|
|
respect ngan semangat ft..
tak nak kecewakan peminatnya, sanggup tahan sakit..
masterdyanna91 Post at 17-1-2010 01:49
psl mkn2 ubt n sygkan peminat ni pn mengingatkn aku kpd MJ....go faizal tahir!we love you! |
|
|
|
|
|
|
| |
|