CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aniece

busines aiskrim mingo mingo

[Copy link]
 Author| Post time 18-11-2009 03:41 PM | Show all posts
Niaga Mingo Mingo lumayan
Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
[email protected]


sha'ari Md. Salleh melayan pelanggan membeli aiskrim buatan Malaysia yang dijual di kedai runcit Al-Zudin Enterprise, Bayan Baru. - utusan/ zhafaran nasib
________________________________________

PULAU PINANG 3 Feb. - Kaum bumiputera sememangnya digalakkan menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan, tidak kira dalam menawarkan perkhidmatan mahupun produk atau rekaan.
Walaupun bidang ini ada 'turun-naiknya' namun dengan kesabaran yang tinggi dan semangat juang berkobar-kobar, pasti ia akan membuahkan hasil lumayan.
Bagi mencapai matlamat tersebut di samping mencari rezeki yang halal, ia mendorong seorang pemuda, Sha'ari Md. Salleh, 28, untuk menjadi seorang peniaga aiskrim produk bumiputera di sebuah kawasan perumahan di Persiaran Mayang Pasir, Bayan Baru di sini.
Bertempat di Pasar Mini Al-Zudin Enterprise, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk membuka 'kiosk aiskrim' miliknya yang baru beroperasi kira-kira sebulan lalu.
Apa yang lebih menarik, aiskrim jualannya itu bukannya datang dalam bentuk yang sudah siap tetapi dia sendiri perlu memprosesnya terlebih dahulu sebelum dijual kepada orang ramai.
Menurutnya, dia harus mendapatkan acuan perisa dahulu sebelum membekukannya dalam sebuah mesin kira-kira 30 minit sebelum menghasilkan aiskrim tersebut yang dikenali dengan nama 'Mingo Mingo' itu.
''Setiap hari saya akan mengubah perisa aiskrim ini iaitu vanilla dengan strawberi atau vanilla dengan coklat.
''Mesin untuk memproses aiskrim ini pula bukannya murah bagi peniaga kecil macam saya ini. Ia bernilai RM15,000 namun berbaloi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Penulis dan jurugambar diberi peluang menikmati aiskrim 'bancuhannya' itu dan ternyata ia setanding dengan aiskrim-aiskrim yang dijual di kiosk-kiosk syarikat makanan besar lain.
Rasanya lemak berkrim dan tidak terlalu manis.
Sementara itu, Sha'ari berkata, aiskrim Mingo Mingo sememangnya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di sekitar taman perumahan tersebut dan bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa turut meminatinya.
Katanya, produk tersebut merupakan 100 peratus keluaran bumiputera serta halal. Setiap aiskrim berkon itu dijual pada harga RM1.
''Pengasas aiskrim Mingo Mingo ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini dan difahamkan beliau pernah berkhidmat dengan salah sebuah syarikat aiskrim terkenal di negara ini tidak lama dahulu.
''Mesin untuk membancuh dan membekukan aiskrim ini turut diilhamkan daripada pengasas. Mesin tersebut dikatakan dibuat di China," jelasnya.
Sha'ari turut merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan menambah sebuah lagi mesin itu dan dibuka di kawasan lain pula.
Dalam pada itu, beliau melahirkan keyakinan perniagaannya akan berjaya dan mampu memberi pulangan yang memuaskan kelak.
''Sekarang ini pun, orang ramai mulai memboikot produk-produk dan jenama dari Amerika Syarikat (AS).
''Daripada guna produk-produk tersebut, baik guna barangan keluaran tempatan kerana bagi saya kualiti produk di sini tidak ada bezanya dengan barang luar," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 03:44 PM | Show all posts
21# aniece

kat mane ni...dekat dgn tmpt tinggal sy ni.....boleh berkongsi idea & pndapat tuk panduan ayah sy kat perak nun.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 07:54 PM | Show all posts
lepas 5tahun ada pilihan

cth modal yg 50K
1) kalau kita nak balik barang..akan dapat van tu la..atau..
aniece Post at 18-11-2009 15:24

kalau kita setup sendiri van tu, agak2 brape modal ye...

secara peribadi, aku lebih suka setup sendiri dan guna nama sendiri...kepuasaannya lebih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:39 PM | Show all posts
6# zaidi_MZZ

tak jual sendiri...ku nak jadi sleping partner jee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 04:41 PM | Show all posts
23# zaidi_MZZ

setup sendiri memang lagi banyak untung..
tapi kat mana nak cari bahan mentah...nak buat ais krim tu...

syarikat ni aada kilang sendiri....semua bahan mentah aiskrim ni buat kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 09:23 PM | Show all posts
25# aniece senang je cara2 nak buat aiskrim ni. try google.. byk resepi2 nya..
kalau dapat buat  ciptaan sendiri lagi best..

cth : komersial kan aiskrim asam kecut... nyum2 ... teringat zaman kanak2 rebina dulu.. aiskrim ni jadik kegemaran..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 11:41 AM | Show all posts
saya dah join dah...sain kontrak bulan mei lepas..saye byr 50K...after 3 months baru dapat 3.5K for tiap2 bulan selame 5 tahun..memang berbaloi baloi...insyaalllah next month nak masuk lagi 30K...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 02:30 PM | Show all posts
27# artline22

wahhh...menarik......tp klu guna bank loan berbaloi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 04:11 PM | Show all posts
Salam, melihat dlm perbincangan ini amat menggalakkan. So apa kata kalau lihat dlm web saya di http://zahir67.webs.com. bagi sesiapa yg berminat bolehlah tengok dlm web tu sbb semua penerangan dah saya berikan dlm web tersebut. Apa-apa pun tengok dulu dan fahamkan samada nak jalankan biz sendiri atau just sewakan balik kpd syarikat.

Thanks

http://zahir67.webs.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 04:23 PM | Show all posts
27# artline22
Cuba tengok web saya di http://zahir67.webs.com . Harap ia dapat membantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 04:27 PM | Show all posts
24# aniece

Cuba tengok web ni http://zahir67.webs.com.

Harap ia dapat membantu

Keluar dalam utusan perihal biz mingomingo ni
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0605&pg=ke_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&y=2009
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:09 AM | Show all posts
mcm mest je jadi sleeping partner ni...

tapi terjamin ke? kang tak pasal2 duit burn
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 11:40 AM | Show all posts
29# bearmarket
aku tengok yang pakej BERLIAN kat dalam web yang ko bagi tu...

2- Sewa balik & dapat 5% Sebulan
( RM 2,500 x 5 Tahun )
Tamat Tempoh 5 Tahun Boleh Jual Balik Ke Syarikat Dan Syarikat Akan beli Dengan Kadar 50% Dari harga Asal.

setahun dapat RM2,500 je...???



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:25 PM | Show all posts
33# zaidi_MZZ

Sori lambat balas. Sebab ada kerja lain nak dibuat.

Tersilap tu, utk pakej berlian ni dibayar duit sewa RM2500 sebulan x 5 Tahun ( 5% sebulan )
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:54 PM | Show all posts
32# narif

InsyaAllah , setakat ni alhamdulillah bayaran sewa bulanan dapat dibayar seperti dijadualkan. Penjualan aiskrim berlaku setiap hari. Ini kerana syarikat ini melakukan penjualan secara terus kepada pengguna/pencinta aiskrim melalui pekerja-pekerja yg berdedikasi dan berdisiplin. Program ini adalah program menang-menag kepad 3 penjuru, para mentor - KKMSB dan pekerja/penjual.

terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 03:22 PM | Show all posts
27# artline22

Kalau u direct ke compny mungkin u tak boleh masuk lagi. Diaorang akan kata dah tutup. So hanya beberapa org shj yg dibenarkan utk promote utk program sewabalik ni atas kebenaran pengarah urusan sendiri. Kalau u nak join lagi next month jgn lupa call/sms saya ye !

tqvm
0193826577
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 08:55 AM | Show all posts
masa mula-mula aku baca biz ni dekat utusan msia : 2 thn lepas,
aku tergedik2 nak buat

lepas tuh aku lupa mcm tuh ja..

sekarang.. aku tgk dekat pasaraya kat area kangar ni.. baru naik seketul stall eskrim ni..

terus macam.. menyesalnya aku tak buat dulu

skrg rasa mcm nak join plak.. esp bila baca latest news yg air tebu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 03:33 PM | Show all posts
skrg mingo2x ada problem kan ?
duit investor lama tak masuk dlm bank acct investor
ada sesapa tau ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:29 PM | Show all posts
baca kat sini.. ramai dah kena tipu...


http://www.bicarajutawan.com/forum/thread13246-154.html
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067768 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list