CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: kekure

Duhai Si Pari-Pari - Tayangan 31 Disember 2009

[Copy link]
Post time 30-12-2009 09:19 AM | Show all posts
Oleh: Hafizatul Baharudin

BINTANG:
Keseluruhan: 3
Lakonan: 3
Plot: 3
Efek: 1.5
Sinematografi: 2

Tonton filem ini jika anda suka: "Aquamarine"


Filem terbaru terbitan Tayangan Unggul yang telah menelan kos sebanyak RM1.4 juta, "Duhai Si Pari-Pari" (DSPP) bakal menjadi penutup kepada filem tempatan bagi tahun 2009, sekaligus menjadi filem tempatan pertama ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 2010. Filem yang mengetengahkan genre 'fairy tale comedy' ini mendapat sentuhan pengarah yang pertama kali diberi peluang mengarah filem, Azmi Md Hata. Penampilan barisan pelakon utama yang berbakat, Que Haidar dan Liyana Jasmay dikatakan telah memberi keyakinan kepada Azmi dalam merealisasikan kisah cinta sejati yang diambil daripada kisah Aladdin dan juga sebagai 'buah tangan' pertama kepada penonton.

Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) yang tinggal di kayangan turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya bertemu dengan seorang jejaka lurus bendul yang bernama Syadon (Que Haidar). Walaubagaimanapun Syadon 'gila bayang' kepada Mala (Nabila Huda) yang mempunyai rancangan jahat.

Seperti tagline DSPP, 'Cerita Cinta Biasa Tetapi Luar Biasa', filem ini sememangnya mengetengahkan tema cinta. Bezanya ia mengisahkan cinta antara dua orang yang berasal dari dua tempat berbeza. Di samping itu, kasih saying antara bapa dan anak turut diselitkan yang jelas dipamerkan oleh Para (Harun Salim Bachik).

Dari segi lakonan, Que Haidar yang sebelum ini lebih terkenal dengan watak emosi dilihat sedikit kaku membawa watak si lurus yang kelakar dalam filem kali ini. Gandingan Que bersama-sama Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), Liyana Jasmay pula dilihat seperti adik-beradik dan bukanlah sebagai pasangan kekasih. Lakonan Liyana kali ini juga kurang memberi 'umph'. Mungkin ia disebabkan filem genre dan watak yang berbeza yang pernah Liyana terlibat. Tidak banyak pelakon yang terlibat dengan DSPP. Selain daripada Que, Liyana dan Harun, DSPP turut dibantu oleh Nabila Huda, Remy Ishak, Dato' Aziz Satar dan penampilan khas oleh Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Hans Isaac.

Malangnya teknik penjanaan berkomputer (CGI) yang terdapat dalam DSPP kelihatan sangat amatur dan seolah-olah tiada kaitan dengan jalan cerita tersebut. Antaranya ketika Para bertemu dengan si Pari dengan berpakaian sebagai angkasawan di dalam tandas, kelopak bunga dan juga babak ketika Para bergaduh dengan Budi (Remy Ishak).

Kepada penggemar filem genre kisah dongeng dan komedi, filem ini mampu membawa anda merasai sebuah kisah cinta sejati serta aksi yang cukup menghiburkan. Walaupun CGI mungkin gagal untuk menarik perhatian anda, yang pasti gandingan Que Haidar dan Liyana Jasmay pasti mampu menarik anda ke pawagam. DSPP telah diolah daripada kisah Aladdin agar ia bersesuaian dengan selera penonton tempatan. Filem yang berdurasi 110 minit ini sesuai ditonton bersama seisi keluarga terutama sekali bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang seringkali terbuai-buai dengan kisah dongeng.

http://mytupai.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 11:18 AM | Show all posts
Semalam tanya adek aku, katenyer citer nih busan . Ade beberapa part je lawak. Lagi best citer pari2 kat astro tu. Liyana jugak yang berlakon .
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 07:51 PM | Show all posts
ala, baru ingat nak tgk sbb ada LJ ngn Q..
x jadi la camni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 11:46 AM | Show all posts
Remy Ishak Si Koboi Jahat
Sekali-sekala tengok gambar Remy Ishak dengan berpakaian koboimemang menggerunkan jugak. Memang sesuai sangat kalau diberi watakseorang koboi. Betullah orang kata, Remy Ishak ni muka dia sangat machodan maskulin. Tapi berapa kerat filem kita nak tawar watak jadi koboiuntuk Remy Ishak. Tak banyak kan?


Cuma setakat ini, ada satu je filem yang menawarkan keganasan RemyIshak… tak lain dan tak bukan filem DUHAI SI PARI-PARI. Remy Ishak bawawatak seorang lelaki jahat bernama Budi. Nama aje Budi tapi tak berbudilangsung! Huhu, macam pernah dengar aje ayat ni kan. Tapi betul, korangboleh tengok watak Remy yang jahat dalam filem ni betul-betul ganas.Budiey pun takut nak tengok bila dia cuba buat kelakuan tak senonoh danbersepakat dengan Mala lakonan Nabila Huda.


Jangan kat luar Remy Ishak ganas macam dalam filem Duhai Si Pari-Pari sudahlah ya.








Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 08:44 PM | Show all posts
alahai pilem sampah lagi ke:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 08:45 PM | Show all posts
44# kekure iols tgk gamba remy cam klakar jerk watak dia..apa yg ganasnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-12-2009 09:26 PM | Show all posts
46# arisa_imamura
Dalam filem ni dia jadi penjahat bersama Nabila
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 08:43 AM | Show all posts
dah tgok semlm...
kalau nk compare lakonan que dalm filem ni dgn filem n drama yg  lpas2, mmg mengecewakan. que x sesuai jd org bodoh2 alang. tapi nk wat camana, dh skripnye cam tu...lakonan harun salim bachik n nabila best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 09:04 AM | Show all posts
cmne la remy bley blakon cite cengini??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 11:30 AM | Show all posts
urgh...  15 mins after filem ni main, aku tidor dkat 1/2 jam kot.. boring giler.. irritating ngan watak Que tu.. over sesangat.. adoi... aku ni turutkan adik aku yg nak tgk sgt2 ajak nonton wayang nih... huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:33 PM | Show all posts
Walau apapun alasannya, marilah kita sama-sama menyokong filem tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin menontonnya.

aku paling menyampah dgn alasan cenggini w/pun filem tu taraf sampah sarap...alasan yg seolah2 penonton takde choice dgn filem melayu melainkan disajikan dgn filem sampah belaka..ntah apa aku merepek ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 04:00 PM | Show all posts
aku TERbeli gak tiket film ni smlm
komen aku:
-aku stim dgn Remy Ishak je
-part yg lawak aku bleh gelak ms HSBC bawak teksi,
si syadon (QH) cakap "bang tolong kejar keter depan tu SEPANTAS KILAT"
tetiba ada kilat sabung menyabungggg...HSBC tanya "errr awak nak kilat atau spantas kilat?"
- si syadon yg lurusss bendul sbb bila si pari cakap "di luar sana ramai yg menunggu kan abang"..terus si syadon tanya "hah? mana dia? mana dia?"
betul2 lurussssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2010 06:31 AM | Show all posts
53# cmf_premierleag

Selagi ada thread berkaitan Remy musti ko datang merembeskan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.189934 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list