View: 2029|Reply: 4
|
Peniaga perlu bersedia hadapi pelaksanaan GST
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by saatcham at 17-12-2009 07:18
Peniaga perlu bersedia hadapi pelaksanaan GST
PENIAGA perlu mula melihat semula operasi mereka pada peringkatstrategik dan fungsinya sebagai persediaan menghadapi pelaksanaansistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah EksekutifKPMG Tax Services Sdn Bhd, Tan Eng Yew.
“Walaupun dijangkakan ada tempoh 18 bulan sebelum GSTdimulakan, perniagaan mesti menangani cabaran tambahan yang akan munculkesan daripada GST itu mulai sekarang,” katanya dalam satu kenyataansemalam.
Beliau berkata, sekarang adalah waktu yang sesuai untukmengenal pasti kos GST dan bagaimana rantai bekalan boleh distrukturmenjelang pelaksana-annya kelak.
Katanya, pada peringkat antarabangsa, GST sering dilihat sebagaisistem cukai yang dikawal sendiri kerana tuntutan bagi kredit cukaimemerlukan pendaftaran dan pematuhan menerusi penyerahan pulangan GST.
“Pendaftaran dan peraturan pematuhan akan mendorong kepadapeningkatan pematuhan kepada keperluan di Akta Cukai Pendapatan, 1967,”katanya.
Pengarah Eksekutif KPMG (Ketua Percukaian), Khoo Chin Guan,pula menggesa perniagaan menjadi proaktif bagi memastikan peralihankepada GST berjalan lancar dan berjaya.
“Dengan kadar standard empat peratus ke atas bekalan yang dikenakancukai seperti yang diberitahu sebelum ini, kadar GST adalah lebihrendah daripada kadar cukai perkhidmatan sedia ada iaitu pada 10peratus.
“Bagaimanapun, kesan kutipan hasil yang lebih rendah olehkerajaan berikutan kadar yang lebih rendah itu akan diimbangkan olehliputan GST yang lebih luas dan kutipannya sepanjang rantaian bekalanberbanding hanya pada peringkat pembuatan dan import,” katanya.
Seorang lagi Pengarah Eksekutif KPMG, Chew Theam Hock,berkata rang undang-undang GST menepati pendekatan kadar cukai yangdiguna pakai di beberapa negara seperti penarafan standard, penarafansifar dan pengecualian.
“Dengan had pendaftaran bernilai RM500,000 pada pendapatan, sebilanganperniagaan kecil akan berada di luar skop GST,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai GST sekitar 4%
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.
Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.
‘‘Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.
‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.
Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.
Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.
Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.
Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.
GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni ramai la peniaga declare revenue 500k jer... |
|
|
|
|
|
|
|
emmm...aku tak brape paham sangat pasal GST ni...
nanti, kfc dan mcd takkan charge customer 5% lagi ke...? |
|
|
|
|
|
|
|
ada bagus dan ada tak bagus...
setiap penggunaan akan dicukai.. pakai banyak, cukai pun banyak.. betul laa tu..
yg tak bagus tu.. kalau org miskin guna.. pun kena cukai jugak...
must study the final draft...
tengok apakah pengecualian to address some of the shortcomings... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|