Post Last Edit by ibnur at 14-4-2011 21:15
perkataan di edit. - ibnur
...tujuan bahasa Arab tu sebab nak bagi orang arab paham aje, takde pulak Allah kata itu bahasa surga...
[14:4]
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnyasupaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkansesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberihidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undangperaturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[16:103]
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata:” Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia”. (Padahal) bahasa orang yangmereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran iniberbahasa Arab yang fasih nyata.
[19:97]
Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahaiMuhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepadaorang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepadakaum yang degil dalam kekufurannya.
[44:58]
Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahaiMuhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untukberiman dan mematuhinya). |