CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 2

IKHLAS

[Copy link]
Post time 21-12-2009 08:33 PM | Show all posts |Read mode
IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhanhinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidakdapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka.Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinyayang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas.” “Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas,siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yangikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yanglain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun,tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidakkhalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar,berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-matakerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nyakerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niatyang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orangminta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal dirumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah,kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Denganitu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dianiat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai“kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitankepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandanganumum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depanorang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yangtidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedariatau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat)telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular” “Aku akan jadi terkenal…” “Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongantertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orangyang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudahbaik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atauada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan ituhingga hati kecil kita berkata: “Hebat juga aku hingga ada orang bolehterima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidakada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dariberceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datangdari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan daridirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkanrumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubahsebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubahsebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlahkerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterimaamalan kita atau ditolak.

*moga ada manafaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 09:03 PM | Show all posts
Sangat bermanfaat...~
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 09:36 PM | Show all posts
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas.” “Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas,siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yangikhlas sekalipun yang empunya diri.


maknanya tak boleh langsung cakap ikhlas?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.161523 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list