CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 12

perniagaan property

[Copy link]
Post time 22-12-2009 11:30 PM | Show all posts |Read mode
arini aku jumpa seorang kawan yg berniaga property dimana dia bukan menyimpan aset sesebuah bangunan atau rumah dan kemudian menyewakan atau menjual kembali...
tapi perniagaannya lebih kepada penyewaan atau penyewaan...macam mana tuh...

ok. dari aku sembang ngan dia.. dia kata, dia bermula dari masa tinggal bujang dulu di rumah sewa dgn ketiadaan modal... jadik, untuk berulang alik keje. dia cari bilik sewa tuk lelaki agak susah di kawasan dia.. jadi dia amik keputusan untuk menyewa rumah dan bilik2 kosong dalam rumah disewakan kepada org lain untuk mengurangkan jumlah bayaran bulanan...

lama kelamaan, dia nampak aset nih, jadi dia pun menggunakan modal yg kecik serendah rm2k untuk menyewa rumah kedai berharga sewaan rm450 sebulan dari property agent, dan bila membayar deposit 2 bulan, deposit api air dan sewaan rumah dan agrement fee... jadik bilik2 semua tuh diberikan sewa melalui iklan2 yg dibuat bilik untuk disewa.. harga bilik dibahagikan mengikut kadar keluasan....contoh.. bilik besar rm270, bilik sederhana rm250 dan bilik ketiga berharga rm230, jumlah rm 750... manakala bill api dan air harus dibahagikan pada penyewa tersebut.... jadi disini untuk satu rumah, dia untung sebanyak rm300.00 setiap bulan untuk satu rumah....

jadi darabkan jika dia mempunyai rumah sewaan sebanyak 5 biji.. income sebulan dia rm1500.00 sebulan...kalau 10 biji rumah sewaan... dia cuma running setiap hujung bulan untuk collect payment penyewa atau penyewa bank in direct pada dia ajerkk... hari2 lain.. dai dok jalan2 sambil buat keje kecik2 setelah berenti keje....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 01:11 AM | Show all posts
bagus jugak tu.... idea bernas... bleh diperluaskan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 08:31 AM | Show all posts
bagus jugak tu.... idea bernas... bleh diperluaskan lagi.
sinar_inspirasi Post at 23-12-2009 01:11


tuh laa.. bila kita rasa tertekan, jumpa ramai org, ideal untuk mengembangkan perniagaan datang sekaligus... nak gerakkan dan cantikkannya ajerkk atas diri kita...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 08:37 AM | Show all posts
Dua totok kat atas tu kembar ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:24 AM | Show all posts
arini aku jumpa seorang kawan yg berniaga property dimana dia bukan menyimpan aset sesebuah bangunan atau rumah dan kemudian menyewakan atau menjual kembali...
tapi perniagaannya lebih kepada penyewa ...
totokumngok Post at 22-12-2009 11:30 PM


bila inche totok nak buat tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:35 AM | Show all posts
Mcm buat hostel... hehehe.... tapi bukan sahaja buat bisnes, ada juga unsur2 kebajikan. Anda menyediakan kemudahan pada harga berpatutan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 01:00 PM | Show all posts
bila inche totok nak buat tuh???
TanSriJess Post at 23-12-2009 09:24


sok, ko nak sewa ker... leh simpan tomyam seberang sungai ko...hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 01:11 PM | Show all posts
Mcm buat hostel... hehehe.... tapi bukan sahaja buat bisnes, ada juga unsur2 kebajikan. Anda menyediakan kemudahan pada harga berpatutan
cmf_WonBin Post at 23-12-2009 11:35


hostel nih kita perlukan dome dan bagi sewa pada pihak pengurusan kolej belajar camtuh...

ada satu cara, kita beli rumah di sekitar kawasan lokasi tempat belajar macam UPSI, dan pajakkan kepada UPSI untuk buat hostel dan bulanan UPSI akan bayar pada kita, tak kira flat atau teres... sewaannya masih berbaloi dan menguntungkan...

property amat penting dan satu bisness yg amat menguntungkan, aku minat dengan property nih bermula dari rumah yg aku duduk dulu, bila tgk setiap pagi, kita sebuk bersiap nak pegi kerja, kejar masa,, sedangkan apek2 cina sambil jalan2 pegi padang, kumpul beramai-ramai sambil senaman tai chi, menari sambil pasang lagu... tapi hidup kaya dan bleh tinggal di kawasan rumah mewah... aku selalu terpikir, keje aper laa apek2 nih... org sebuk gi keje carik rezki, cina nih rilek jerkk makan2 angin pagi...

jadi aku tanya cina jiran aku sebelah umah, jadi dia bercerita laa kebanyakan cina2 yg pagi2 tai chi nih ada yg anak bagi duit bulan2, tapi ramai yg sebenarnya bisness property iaitu membeli byk rumah2 kos sederhana dan kedai2 dan bagi sewa...jadi setiap bulan mereka makan duit sewaan rumah jerkk yg bleh cecah 20k sebulan...

cara mereka beli rumah, adalah rahsia.. tapi dia ada citer kat aku sket2 rahsia beli rumah walaupun duit tak byk buat permulaan... x leh citer sini...dari situ aku bermula minat bidang property ni, bagaimana cara membaca kawasan tuh berpotensi, nilai semasa, keuntungan membeli walaupun harganya mahal, tapi bila siap, harganya naik berkali ganda..

rasanya bidang nih aku tak pernah putus asa nak buat, walaupun sekarang aku masih blum mampu nak masuk bidang nih.. tapi akan datang aku pasti akan melakukannya...insyallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 01:17 PM | Show all posts
tahniah.. teruskan cita2 tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 05:32 PM | Show all posts
bagi aku ..semua perkara yang kita nak buat mesti ade masalah dan risikonya....bidang penyewaan property nie mmg bagus sebab kita leh untung atas angin...maksud aku jika umah tu kita sewa sebuah rm500 dan ia mempinyai 4 bilik dan tiap2 bilik tu kita sewakan antara rm200 ke rm350...mmgla menguntungkan!! tapi risikonya kita terpaksa menghadapi ramai penyewa...ini bermakna diaorg nie banyak ragam ...iyalah kang satu bilik tu penyewanya steady..bayar tiaap2 bulan tak mis...yang bilik kedua lak lain kepala...kang bulan pertama dia bayar,begitu jua bulan kedua..bulan ketiga dia wat tak tahu...haa baru citer penyewa kedua,lom ag ketiga dan keempat...cam2 karenah diaorg nie...sebab tu ramai antara kita lebih selesa menyewakan kepada sorang penyewa..pe2 yang berlaku kat umah kita,kita tahu nak tuju siapa ...tapi kalau dah ramai2...nak tuduh siapa ..yang patahkan kepala paip lain,yang sumbatkan tandas lain,yang robohkan pagar lain...dan macam2 ag...mana tak pening...aku bukannya ape...aku ade pengalaman wat bidang nie tapi mungkin kerana aku sorang pompuan maka mungkin senang diperkotak-katikkkan...orang selalunya tak takut aku...jadi ler time aku nak collect sewa,diaorg nie mula citer masalah diaorg..."kak,bulan nie tak dapat bayar la...nak bayar duit kereta..."...terkedu aku seketika...bulan berikutnya"kak..mak sakitla kat kampong..." terkujat sekejap  dan bulan seterusnya tak nampak  batang hidung...apa lagi...melopongla...itulah pengalaman aku yang tak seberapa tu tapi aku tetap percaya bidang  nie menjanjikan satu prospek yang baik 1# totokumngok
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 05:40 PM | Show all posts
bagi aku ..semua perkara yang kita nak buat mesti ade masalah dan risikonya....bidang penyewaan property nie mmg bagus sebab kita leh untung atas angin...maksud aku jika umah tu kita sewa sebuah rm500 ...
tira Post at 23-12-2009 17:32


kebiasaan menghadapi situasi macam nih, surat agrement kena ada, mana kala deposit wajib dibayar... apa yg penting kita harus tegas dan manage sebagai perniagaan, bukan kerana part time. jadi jika satu penyewa bayar deposit 1 bulan + sewa 1 bulan.. jadi bila dia kesuntukan duit dan tak dapat membayar, kita akan tolak depositnya... bulan kedua, jika dia tak bayar, terpaksa kita bagus surat kuar dari rumah dan keluarkan barang2 mereka.. ini adalah prosuder bukan zalim tapi perniagaan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 08:34 AM | Show all posts
sok, ko nak sewa ker... leh simpan tomyam seberang sungai ko...hehhehe
totokreturn Post at 23-12-2009 01:00 PM


ko punya pasal...bayar triple pun aku sanggop

janji ada "tonto"

teruskan niat & cita2 murni ko tu yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2009 06:16 PM | Show all posts
ko punya pasal...bayar triple pun aku sanggop

janji ada "tonto"

teruskan niat & cita2 murni ko tu yer
TanSriJess Post at 24-12-2009 08:34


hopefully, walau sampai tua pun, aku musti kena ada aset, alaa kira duit2 pencen laa sewa-sewaan nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.574722 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list