|
Tak boleh buat pinjaman kerana kerja sendiri...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amirul_nazri at 9-1-2010 14:46
maksudnye, statement bank cik CT, cantik gile la tu.kalau statement bank suam2 kuku, mcm2 la dia mintak.mcm my fren, she is one of ABM in local bank, dia kata, kalau bank minta mcm2 tu, faham2 je ...
noraidil_06 Post at 8-1-2010 13:54
like u all doing business, kalau firasat hati korunk kata high risk...u all willing to take risk??
each retail2 loan application tak kira lah kereta ker, rumah ker, bizness ke sumer tue ada standard risk assesment (but sometime depend pada budi bicara officer), compliance to bank negara..kalau main approve jer, akan berulang edisi 1997-1998 ( there were too much public debt untill caused financial health deterioted)
when u all discuz issue2 ttg bank, loans kena reject or whatever related etc..plez remember, bank is business entity, bukan badan kebajikan... |
|
|
|
|
|
|
|
NI ADA SATU MAKLUMAT YG SANGAT BAIK KEPADA USAHAWAN BARU... YG SELALU MENGELUH SUSAH NAK DAPATKAN LOAN BANK KE APA ...
aku dpt dari rakan FB
Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?
Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..
Jadi, bagaimana yer?
Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!
Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. )
Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi? atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!
Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka saya ingin kongsikan info tersebut kepada semua pembaca blog ini..
Jadi.. bersedia…..
Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..
Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….
Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk
Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)
Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X 20% = RM6,000
Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri.. RM6,000 sebulan
Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?
Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600.
Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)
Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah..
Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total : RM3,100
———————————-
Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).
Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.
Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ko dpt beli umah nanti..bolehlah buat majlis kesyukuran dan jemput kengkawan yg tolong2 jawap di thread ni..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Penjelasan yg bagus drpd Encik Sinar. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg aku dapat merasai apa itu syarat2 ketat bank ... alhamdulillah.. hanya kita perlu sabar.. buat apa yg dia nak...
skrng bank ofer sangat bagus... sampai tak tergamak plak... |
|
|
|
|
|
|
|
22# sinar_inspirasi
Bagusnya tips ini. Aku tak tau pun hal nie. Terima kasih banyak banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
24# amirul_nazri
Errr MRTA tu ape ? Sorrylah aku kurang arif hal macam nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 22# sinar_inspirasi
tq sinar
good info |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info dlm ni.. walaupun thread dah lama..
mau tanya (esp ngan hazel)
1) buat sendiri EA form tu guna spesific software/application ka ?software apa ?? atau pakai excel sahaja ?
2) slip gaji pun gitu gak ker ? self produce pakai microsoft office atau pakai apa ?
tq yer |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|